Melur Untuk Firdaus

Melur Untuk Firdaus ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Zamri Zakaria dengan skrip oleh Wan Mahani Wan Hasan. Dibintangi oleh Anna Jobling, Meerqeen, Nesa Idrus, Fimie Don dan ramai lagi, siri ini merupakan adaptasi dari novel 2019, My Rude Wife karya Cik Nor Cinta.[1][2] Musim pertama drama ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 bermula 27 Mei 2022 sehingga 15 Julai 2022 menggantikan Do You Love Me Captain.[3][4][5] Musim keduanya memulakan tayangan perdananya di Slot Akasia TV3 mulai 16 Mac 2023.[6][7][8]

Melur Untuk Firdaus
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel My Rude Wife karya Cik Nor Cinta
Ditulis olehWan Mahani Wan Hasan
PengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Duka Sebalik Tawa" oleh Puteri Khareeza
Lagu penutup"Bicara Menanti" oleh Tika Nasir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod63
Penerbitan
Penerbit eksekutifAmilia Amrina Affifudin
PenerbitDatin Wira Wan Kalsom Wan Yusof
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
A-Ten Alliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Disney+ Hotstar
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal27 Mei 2022 – kini

Ringkasan siriSunting

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
12827 Mei 202215 Julai 2022TV3
23516 Mac 2023sedang bersiaran

Musim 1 (2022)Sunting

Ibu bapa Firdaus Iskandar mahu dia berkahwin dengan Melur. Bagaimanapun, dia menentang perkahwinan itu kerana dia sudah mempunyai teman wanita bernama Dee. Ibu bapanya kemudian memberinya masa 48 jam untuk mendapatkan Dee mengahwininya. Bagaimanapun, Dee belum bersedia untuk terikat. Melur sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Firdaus dan sedih apabila mengetahui Firdaus tidak merasakan perkara yang sama. Namun dia sedaya upaya untuk memikat hatinya malah meletakkan 7 syarat yang perlu Firdaus patuhi agar Melur tidak mengganggu hubungannya dengan Dee.

Musim 2 (2023)Sunting

Perhubungan Melur dan Firdaus terus diuji dengan pelbagai rintangan. Namun, mereka nekad untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka. Kemunculan Mawar menggoyahkan lagi rumah tangga mereka.

Mawar merupakan anak tunggal kepada Tuan Idrus, pemilik Idrus Platinum Sdn Bhd. Mawar terjatuh cinta pandang pertama pada Firdaus dan sentiasa cari peluang berduan dengan Firdaus.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

  • Fimie Don sebagai Haris Danial (musim 1–2)
  • Nesa Idrus sebagai Dee (Diana Rahila) (musim 1)
  • Haleeda Mazlin sebagai Rohana (musim 1–2)
  • Zainol Ismail sebagai Nasaruddin (musim 1–2)
  • Kuza sebagai Kamariah (musim 1–2)
  • Azhar Amir sebagai Kamarul (musim 1–2)
  • Hairi Safwan sebagai Zain (musim 1)
  • Hani Nazrina sebagai Lily (musim 1–2)
  • Taib Zamannuri sebagai Raykal (musim 1–2)
  • Qaseh Qhairiena sebagai Damia (musim 1–2)
  • Eyka Farhana sebagai Mawar (musim 2)
  • Azim Yusof sebagai Zack (musim 2)

SambutanSunting

Drama ini telah mencetuskan fenomena di Malaysia dan Asia Tenggara setelah ditayangkan di TV3 apabila ia mencatatkan 11 juta penonton sehingga episod akhir pada 15 Julai 2022 dan mencapai 823 juta interaksi dalam media sosial sepanjang tayangan, berdasarkan sumber penarafan Nielsen 2022 bagi tempoh Mei hingga Julai 2022.[12]

PenarafanSunting

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
PENONTON DI MALAYSIA TONTONAN DI TIKTOK MEDIA SOSIAL KELAB PEMINAT SUMBER
11 Juta 2.7 Bilion 823 Juta 200 Akaun [13][14][15]

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2023 Gempak Most Wanted Awards 2022 Drama Trending Tergempak Melur Untuk Firdaus Menang
Anugerah Drama Sangat 2023 Drama Adaptasi Novel Terbaik Melur Untuk Firdaus Menang [16][17][18]
Drama Popular Melur Untuk Firdaus Tercalon
Pelakon Lelaki Popular Meerqeen Tercalon
Pelakon Wanita Popular Anna Jobling Menang
Pasangan Drama Terbaik Meerqeen & Anna Jobling Menang
OST Terbaik "Duka Sebalik Tawa" - Puteri Khareeza Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ Drama Melur Untuk Firdaus MyInfoTaip. Dicapai 26 Mei 2022
  2. ^ "Drama Melur Untuk Firdaus jadi kegilaan ramai". Kosmo!. 11 Jun 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  3. ^ Fatin Farhana Ariffin (8 Jun 2022). "Melur Untuk Firdaus 'luar biasa'". Berita Harian. Dicapai pada 20 Julai 2022.
  4. ^ Aqmar Mustaza (21 Jun 2022). "Melur Untuk Firdaus terus tarik perhatian". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 20 Julai 2022.
  5. ^ "Drama 'Melur Untuk Firdaus' Sampai Ke Penghujung, Peminat Dah Minta Musim Kedua". Oh Bulan!. 15 Julai 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  6. ^ Drama Melur Untuk Firdaus 2. Myinfotaip. Dicapai 4 Mac 2023
  7. ^ "Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju". MyKMU. 14 September 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  8. ^ "Tak Sabar! 'Melur Untuk Firdaus Season 2' Trending Di Twitter, Anna Jobling & Meerqeen Buat Peminat Excited". XTRA. 8 Januari 2023. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  9. ^ a b Fatin Farhana Ariffin (16 Ogos 2022). "Anna, Meerqeen dilayan bagaikan bintang di Jakarta". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  10. ^ Fatin Farhana Ariffin (3 Julai 2022). "Anna tak kisah dipanggil Melur". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  11. ^ Georgie Joseph (27 Mei 2022). "Berdebar respons peminat". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  12. ^ Affan Rostam (6 Jun 2022). "Tiada masalah ditayangkan di negara jiran". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  13. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (1 Ogos 2022). "Drama Melur Untuk Firdaus ditonton 11 juta orang". Berita Harian. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  14. ^ Ridzuan Abdul Rahman (31 Julai 2022). "Melur Untuk Firdaus catat 11 juta penonton". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  15. ^ Padin (30 Julai 2022). "Penangan Melur Untuk Firdaus Raih 11 Juta Penonton, Capai 832 Juta Interaksi Di Media Sosial". XTRA. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  16. ^ Ramlah Zainal (15 Mac 2023). "Dominasi naskhah berat". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  17. ^ Syafil Syazwan Jefri (15 Mac 2023). "Gandingan mantap 'Meerna'". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  18. ^ Deegun Rahman (12 Mac 2023). "Diiktiraf Drama Novel Terbaik, Melur Untuk Firdaus Angkat Pasangan Meerqeen Dan Anna". Boom Malaysia. Dicapai pada 16 Mac 2023.

Pautan luarSunting