Rahmad Tohak (lahir 19 Disember 1969) atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega ialah seorang penyanyi rock lelaki yang terkenal di Malaysia sejak dekad 90-an dan masih bertahan sehingga kini. Beliau mula dikenali sebagai vokalist kumpulan rock Mega yang popular dengan lagu Takdir dan Waktu pada tahun 1991.

Rahmad (Mega)
Latar belakang
Nama lahirRahmad bin Tohak
Juga dikenali sebagai
Rahmad Mega
Kelahiran (1969-12-19) 19 Disember 1969 (umur 53)
Johor Bahru, Johor
Berasal dariMalaysia
GenreRock, Pop rock, Slow rock
PekerjaanPenyanyi, pelakon, usahawan
InstrumenVokal
Tahun aktif1988–kini
Syarikat rakaman
1991–1996: JOJO's Production Sdn. Bhd.
1997: Ambang Klasik
2014–kini: Kelarai Sakti Sdn. Bhd
Pengkarya berkait
LY & Baiduri, Mega

Latar belakang Sunting

Beliau dilahirkan pada (1969-12-19) 19 Disember 1969 (umur 53) di Johor Bahru, Johor Darul Takzim dan menerima pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima.

Bidang nyanyian Sunting

Sebelum menganggotai Mega, beliau pernah menjadi vokalis Gerimis sekitar tahun 1988 dan sempat merakamkan sebuah album.

Nama beliau mula dikenali setelah beliau mula menerajui Kumpulan Mega pada tahun 1991. Beliau sebenarnya bukanlah vokalis asal Kumpulan Mega kerana Mega sebelum itu sudahpun mencipta nama dengan satu-satunya lagu yang amat panjang judulnya iaitu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara dan lagu Pasti pada tahun 1989 ketika Mega masih diterajui vokalis asalnya, Zarith. Kemasukan Rahmad sedikit sebanyak telah menaikkan lagi nama Mega dengan penghasilan lagu berhantunya iaitu Takdir Dan Waktu pada tahun 1991, ciptaan komposer Rahim Othman dan Bayangan Gurauan pada tahun 1993, ciptaan komposer LY.

Setelah anggota-anggota asal Mega membawa haluan masing-masing pada tahun 1997, Rahmad menjadi vokalis kumpulan Utama yang merupakan artis Ambang Klasik Sdn. Bhd iaitu anak syarikat TV3. Bagaimanapun kumpulan tersebut juga tidak mampu bertahan lama.

Bidang lakonan Sunting

Rahmad turut mencuba bakat dalam bidang lakonan. Penampilan pertamanya dalam drama komedi khas raya berjudul Lontong arahan Azwan Ali pada tahun 1995.

Filemografi Sunting

Drama Sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995 Lontong Selamat TV3 Drama pertama
2023 Geng Daddy Daddy Sham
Gadis Muzikal Kurt

Keluarga Sunting

Beliau mendirikan rumahtangga bersama isteri pertamanya dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Kemudiannya beliau berkahwin kali kedua dengan pelakon Ainina Ahmad B, namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila mereka bercerai sekitar tahun 2011. Hasil perkongsian hidup beliau bersama bekas isterinya, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Kerjaya solo Sunting

Kini, Rahmad masih aktif menyanyi meskipun bergerak solo tanpa rakan-rakannya sewaktu bersama Mega iaitu Adi, Sam, Munir dan Mat Mega. Pada tahun 2013 beliau telah bergabung dengan empat penyanyi lelaki hebat lain iaitu Zamani SlamSaleem IklimAli XPDC/Terra Rossa dan Aris Ariwatan menjayakan sebuah konsert iaitu Konsert Gegar 5 Legenda bertempat di Istana Budaya. Konsert ini mendapat sambutan yang cukup hebat dari peminat-peminat para penyanyi 'otai' tersebut dan membuktikan mereka tidak tergugat walaupun industri muzik Malaysia semakin dibanjiri penyanyi-penyanyi baru.

Pada tahun 2014 Rahmad telah menyertai satu program realiti TV berjudul Gegar Vaganza yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi berpengalaman lebih 10 tahun untuk berentap meraih gelaran juara. Beliau berjaya menempatkan diri di pusingan akhir dan menduduki tempat keempat.

Beliau juga telah menghasilkan album mininya yang berjudul Hujan pada hujung tahun 2014 di bawah label syarikat Kelarai Sakti Sdn. Bhd. di mana syarikat tersebut diterajui oleh komposer LY, orang yang bertanggungjawab menghasilkan lagu Mega yang paling berhantu iaitu Bayangan Gurauan. Selapas ini beliau merakamkan beberapa single solo.

Pada tahun 2017, Rahmad merakamkan lagu duet berjudul SAJADAH KAABAH bersama suara peninggalan penyanyi lagenda Indonesia , Allahyarham Deddy Dores sebelum allahyarham meninggal dunia. Selain itu, beliau kini menguruskan perniagaan secara multi-level sebagai kerja tetapnya.

Gegar Vaganza Sunting

Konsert Tema Lagu (penyanyi asal) Ked.
Minggu 1 Throwback "Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara" (Mega)
Minggu 2 Memori Berkasih "Final Countdown" (Europe)
Minggu 3 Kenangan Mengusik Jiwa "Merisik Khabar" (Dato' Sudirman)
Minggu 4 Ada Berani? "Aku Penghibur" (Jamal Abdillah)
Minggu 5 Impian Dan Dedikasi "Bayangan Gurauan" (Mega)
Minggu 6 Berdua Lebih Baik "Terharu" (Mawi & M. Nasir)
Minggu 7 Carta Lagu Hits "Alasan Untuk Bahagia" (Asfan)
Minggu Akhir Akhir "Suara Cinta" (Mega) / "Di Sudut Kamar Hatiku" (Jamal Abdillah) 4th place
"Kalau Aku Kaya" (Awi Rafael & Altimet)

Terpaling Juara Sunting

Konsert Tema Lagu (penyanyi asal) Ked.
Minggu 1 Game On "Bayangan Gurauan" (Mega) 1st
Minggu 2 3 Dekad "Merisik Khabar"
(Dato' Sudirman)
3rd
Minggu 3 Cinta "Ghazal Untuk Rabiah" (Jamal Abdillah & M. Nasir) 2nd
Minggu 4 Kapten "Jampi"
(Hael Husaini)
3rd
Minggu 5 Vice Versa "Bunga" (Ara Johari) Saved
Minggu 6 Duet "Keliru" (Ajai & Nurul) 2nd
Minggu 7 Band "Kejoraku Bersatu" (Search) 1st
Minggu Akhir Finale "Ku Akui" (Hafiz Suip) Juara
"Di Penjara Janji" (Dato' Awie)

Rujukan Sunting