Mohd Ali bin Ismail

Mohd Ali bin Ismail, lebih dikenali sebagai Ali Terra Rossa atau Ali XPDC merupakan penyanyi salah seorang penyanyi rock terkenal Malaysia.

Ali (Terra Rossa)
Album solo pertama Ali
Latar belakang
Nama lahirMohd Ali bin Ismail
Juga dikenali sebagai
Ali
Kelahiran (1968-10-23) 23 Oktober 1968 (umur 55)
Selangor Klang, Selangor, Malaysia
Berasal dariMalaysia
GenreRock, Metal, Kerohanian
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1988–kini
Syarikat rakaman
1996: Ponycanyon
2011: Life Records
Pengkarya berkait
Terra Rossa, XPDC, Mpire

Latar belakang sunting

Mohd Ali dilahirkan pada 23 Oktober 1968 di Klang, Selangor dan merupakan anak bongsu dari tujuh adik-beradik. Memiliki ketinggian 5'9'' dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Dato Hamzah, Port Klang, Selangor.

Kerjaya nyanyian sunting

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang muzik sebagai penyanyi pada tahun 1990 dalam kumpulan Terra Rossa. Setelah menghasilkan dua buah album, Ali bergerak sebagai penyanyi solo pada tahun 1995 dengan album solonya.

Apabila Mael menarik diri sebagai penyanyi dari kumpulan XPDC pada tahun 1997, Ali telah diambil untuk menggantikan tempatnya.

Pada penghujung 2005 pula, Ali mengundurkan diri dari Kumpulan XPDC atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Setelah keluar dari Kumpulan XPDC, Ali bersama beberapa orang pemuzik lain telah menubuhkan pula Kumpulan Mpire pada penghujung 2005. Namun kumpulan tersebut tidak dapat bertahan lama disebabkan keadaan pasaran muzik tempatan yang suram.

Kemudian Ali kembali menyanyi secara solo dan single terbarunya berjudul Sepi Rindu telah diterbitkan oleh LIFE Records & diterbitkan pada tahun 2011.

Pada tanggal 15 hingga 17 Mac 2013, Ali bergabung dengan empat penyanyi lelaki hebat lain iaitu Zamani SlamSaleem IklimAris Ariwatan dan Rahmad Mega menjayakan sebuah konsert iaitu Konsert Gegar 5 Legenda bertempat di Istana Budaya. Konsert ini mendapat sambutan yang cukup hebat dari peminat-peminat para penyanyi 'otai' tersebut dan membuktikan mereka tidak tergugat walaupun industri muzik Malaysia semakin dibanjiri penyanyi-penyanyi baru.

Ali kemudiannya mengumumkan beliau telah berhijrah dan menghasilkan album baru yang lebih bercirikan kerohanian. Album tersebut mendapat kerjasama dari penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus sebagai penulis lirik.

Diskografi sunting

Bersama Terra Rossa sunting

Epigoni (1992) sunting

  1. Bunga Angkasa 
  2. Epigoni 
  3. Biarkanlah 
  4. Parasit Cinta Disula 
  5. Kanvas Mimpi 
  6. Bukti Kesangsian 
  7. Coretan Durjana
  8. Kronologis 
  9. Cinta Berduri 
  10. Ratapan Memori Usang 

Terra Rossa 2 (1994) sunting

  1. Suratkhabar Lama
  2. Gering
  3. Happy Go Lucky
  4. Mungkir
  5. Paksi
  6. S.O.V
  7. Setelah Hujan
  8. Versi Kontra
  9. Juvana Kemana
  10. KehendakNya

Album Solo sunting

Ali Terra Rossa (1996) sunting

  1. Terjemahan Cinta
  2. Kita
  3. Jujur
  4. Angan Angan
  5. Permata Cinta
  6. Kau Yang Pertama
  7. Perjalanan
  8. Segala Yang Ku Impikan
  9. Penggoda Kotaraya
  10. Kasih
  11. Bunga Angkasa (Lagu Popular - Terra Rosa)

Sepi Rindu (2011) - Single sunting

Maghfirah Mu (2013) - album kerohanian sunting

Bersama XPDC sunting

Metal 50'60'an (1998) sunting

Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara (1998) sunting

Samurai (1998) sunting

Un'metal (April 2000) sunting

Real N Reality (November 2000) sunting

V6 (2002) sunting

Un'metal II (2003) sunting

Bersama Mpire sunting

Mpire (2007) sunting

  1. Prolog
  2. Angan Sang Taring
  3. Berasap Berabuk
  4. Peringatan Dari Yang Satu
  5. Kuda Ranggi
  6. Mereng
  7. Siapa Bilang Aku Tak Sayang
  8. Hasrat
  9. Merdeka
  10. Jangan Tunggu Lama-Lama
  11. Jadi Kita

Bidang lakonan sunting

Ali sempat mencuba bakat dalam bidang lakonan sewaktu bersama XPDC pada tahun 2003, iaitu menerusi telemovie berjudul Sugeh, Apa Nak Dikata dan Sakinah.

Rujukan sunting