XPDC
XPDC yang menerima asuhan daripada JS Kevin merupakan sebuah kugiran muzik rock Malaysia yang diasaskan oleh Mael dan Izo. Setelah perubahan beberapa anggota awal sehinggalah kemasukan dua orang ahli baru iaitu Zua (ex-Babylon - bass) dan Lee Space (ex-Fire Starter - dram), nama 'XPDC' yang diilhamkan oleh J.S. Kevin, penulis lirik terkenal sekitar lewat tahun 80-an, yang juga penerbit album pertama kugiran tersebut.
XPDC | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Tragedy (1983–1988) |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Rock, heavy metal, thrash metal, hard rock, un metal |
Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
Instrumen | Vokal/Band |
Tahun aktif | 1989–kini |
Syarikat rakaman | LIFE Records |
Pengkarya berkait | J.S. Kevin |
Ahli | XPDC: Ali - vokalis Izo (Ketua kumpulan) - gitar utama Lola - dram Eddie - gitar bass Arif - gitar irama XPDC Kita Peng-Yu: Ary - vokalis Jeff - gitar utama Zuar - gitar bass, suara latar Amy - dram |
Bekas ahli | Mael - vokalis (meninggal dunia) Yazid - dram Lee Space - dram Man Tobey - gitar bass Yan - gitar bass Pae - dram |
Kugiran ini telah menghasilkan 8 buah album studio yang terjual laris bermula tahun 1990 dengan album sulung mereka, 1. Darjah Satu.
2.Timur Barat 3.Kita pengyu 4. Brutal.
Album studio mereka yang keempat, Brutal, merupakan album pertama mereka yang berjaya dijual melebihi 450,000 unit pada tahun 1997. Berpuluh-puluh lagu mereka mendapat sambutan hangat di corong radio sehingga mereka berjaya mengadakan Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara dengan menampilkan penyanyi utama baharu mereka iaitu Ali yang berlangsung pada April 1998 di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Konsert tersebut telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila ramai pihak dan peminat menobatkan XPDC sebagai 'Metallica Malaysia'.
Pada ketika itu zaman muzik Rock sudah semakin malap dan semakin kurang mendapat sambutan. Hanya peminat2 tegar muzik Rock/Metal sahaja yang masih kekal, banyak peminat2 muzik telah beralih kepada muzik irama yang berbeza dan muzik baharu. Banyak kumpulan Rock yang ternama pada ketika itu sudah tidak mahu atau tidak berani mengambil risiko untuk melakukan konsert berskala besar.
XPDC dengan berani telah mengambil risiko, berkat keberanian dan keyakinan mereka perminat ada bersama mereka. Konsert di Stadium Negara telah di banjiri oleh puluhan ribu peminat2 muzik Rock/Metal terutama sekali peminat2/penyokong2 XPDC. Telah menjadi satu peristiwa bersejarah telah diabadikan di dalam bentuk rakaman audio kaset dan cd.
XPDC sekali lagi mendapat peluang untuk mengadakan konsert berskala besar. Konsert Raksasa XPDC Brutal Shah Alam Selangor. Konsert tersebut itu telah berjaya menarik penonton sehingga hampir 20,000 penonton. Peristiwa bersejarah Konsert itu telah berjaya di rakamkan di dalam bentuk video dan dikeluarkan di dalam bentuk sistem video rumah (VHS) dan video cakera padat (VCD). Rakaman itu telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk memasarkan album konsert itu.
XPDC meneruskan perjuangan mereka, diteruskan dengan album ke 5.Samurai. Terjadi perpecahan pada kumpulan XPDC. Pejuangan di teruskan album XPDC ke 6.V6 telah di lancarkan dipasaran.
Terjadi satu fenomena seluruh Malaysia, gaya pemakaian XPDC telah menjadi ikutan peminat2 XPDC, rambut, topi, cermin mata, baju, seluar dan kasut serba hitam.
Pada tahun 2009, 4 orang anggota asal XPDC bergabung semula sempena ulang tahun penubuhan mereka yang ke-26 dan merakamkan album terbaru ke 7.Rasopariso yang memuatkan sebanyak 20 buah lagu. Setahun selepas itu, album tersebut dikeluarkan semula dengan judul yang baharu, Rasopariso (The Relaunch).
Selepas 9 tahun berlalu tanpa sebarang album baharu, pada tahun 2018, XPDC yang dianggotai oleh Ali, Izo, Lola dan Eddie hadir dengan album ke 8.Doa selepas kepulangan mereka dari mengerjakan ibadat umrah. Album tersebut berkonsepkan dakwah melalui lagu-lagu bersifat ketuhanan & kemanusiaan.
Sejarah
sunting1983–1990: Era Tragedy (Sebelum kewujudan XPDC)
suntingPada asalnya, kugiran Tragedy telah di asas dan ditubuhkan pada tahun 1983 di Pantai Dalam, Kuala Lumpur oleh Izo (gitaris - Kelantan), Mael (penyanyi - Muar), Yazid (dram - asal Johor), Man Tobey (gitar Bass - Johor ) dan di bawah penjagaan Pak Kassim yang mana rumah Pak Kassim di kampung baru menjadi tempat penginapan mereka. Mereka kemudiannya aktif membuat persembahan di beberapa tempat, terutamanya di funfair.
Mereka sering membuat persembahan di majlis perkahwinan, Pesta. Namun, perjalanan karier mereka sebagai kugiran tidak semudah yang disangkakan. Pada suatu hari, mereka telah di tipu oleh pihak penganjur yang tidak membayar duit kepada mereka dalam satu persembahan yang diadakan di Pulau Langkawi, Kedah. Ini telah menyebabkan mereka terkandas di sana kerana tidak cukup wang untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Pada tahun 1988, perpecahan melanda kumpulan ini apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey menarik diri. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Zuar (ex-Babylon - bass) dan Lee Space (ex-Fire Starter - dram). Ketika Zuar dan Lee Space menyertai Tragedy, di sebalik tragedi yang melanda, nasib mereka akhirnya berubah apabila bertemu dengan seorang komposer terkenal bernama Zul Adnan bin Mohd Razali yang lebih dikenali sebagai J.S. Kevin.
Pada ketika itu, J.S. Kevin datang ke Langkawi bersama kugiran Bumi Putra Rockers (BPR) di mana BPR turut mengadakan persembahan yang disertai kugiran Tragedy. Pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Tragedy kepada XPDC. Pada mulanya, mereka tidak bersetuju dengan nama tersebut kerana mereka menyangkakan bahawa nama baharu tersebut dieja penuh sebagai Ekspedisi yang tidak begitu unik. Namun apabila J.S. Kevin menulis nama tersebut dengan ejaan mengikut bunyi huruf iaitu XPDC, mereka agak terkejut dan pada masa yang sama kagum dengan idea kreatif yang dicurahkan oleh J.S. Kevin. Di sinilah mereka menyedari bahawa JS Kevin adalah bukan calang calang insan kerana mampu menciptakan jalan baru untuk mereka dan mereka dengan rela hati meninggalkan jenama Tragedy (yang sememangnya negatif) kepada XPDC (yang lebih progresif)...
1990-1997 : JS Kevin serta penciptaan XPDC
suntingMereka telah pulang ke ibu negara, Kuala Lumpur, XPDC telah mengikat kontrak sebagai artis rakaman oleh Life Records seterusnya memulakan sesi rakaman untuk album pertama mereka. Namun, mereka cuma sempat menyiapkan 50% proses rakaman album studio pertama mereka telah selesai dengan bantuan dua pemuzik undangan iaitu Yan Lefthanded (bass) dan Amy Handy Black (dram).
Album studio pertama XPDC, Darjah Satu telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air dengan lagu hitnya, C.I.N.T.A. ciptaan JS Kevin. Namun di kala mereka mula mendapat tempat dalam hati peminat, Lee Space (dram) telah mengambil keputusan untuk meninggalkan daripada kumpulan ini. Tempat Lee Space kemudiannya digantikan oleh Amy, bekas anggota Kumpulan Handy Black yang turut telibat dalam pembikinan album Darjah Satu sebagai pemuzik undangan.
1997-2005 : Pertukaran Penyanyi Utama Pemain Gitar Bass & Drum
suntingPengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan penggiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Lebih uniknya album Brutal yang dipasarkan pada tahun 1997 (album terakhir Mael bersama XPDC) telah terjual melebihi 350,000 unit. Ia satu pencapaian jualan album XPDC yang tertinggi dann terbaik sehingga kini.
Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Ali telah mula menggantikan Mael untuk persembahan pentas pada sekitar tahun 1997 tidak lama selepas album Brutal dikeluarkan dan dipasarkan. Kehadiran Ali sedikit sebanyak telah meningkatkan kerancakan sokongan terhadap XPDC kerana beliau secara tidak langsung telah bersama-sama mempromosikan album Brutal dan selepas itu secara tidak langsung juga meningkatkan jualan album Brutal.
Sementara itu, Mael terpaksa meninggalkan XPDC atas sebab-sebab dalaman membuat para peminat berasa terkejut dan kecewa sama sekali. Akan tetapi XPDC menggunakan Ali sebagai penyanyi dan kemasukan Ali berjaya menyelamatkan XPDC yang ketika itu hampir jatuh akibat pengunduran Mael. Amy pula terlibat dalam satu kemalangan jalan raya menyebabkan kaki beliau mengalami kecederaan yang mendalam. Lola yang diperkenalkan oleh DJ bapakku FM Isma Halil Hamzah kepada XPDC bersetuju menjadi pengganti Amy buat sementara.
Ali mengambil risiko besar untuk mengalas tanggung jawab sebagai penyayi utama XPDC, meskipun Ali tahu yang dia akan mendapat kritikan dan kecaman yang hebat dari peminat² XPDC yang brutal sama seperti tajuk album 'XPDC brutal', mereka tidak sama seperti peminat² kumpulan rock/metal yang lain, mereka lebih agresif. Hingga terjadi perbalahan sesama mereka tidak kira di mana² platform mahu pun di tempat² lepak mereka sering tidak sependapat dan tidak sebulu terutama peminat² generasi lama, sehingga terjadi dua kelompok peminat XPDC, perbalahan itu terjadi hingga kini 2024, tetapi tidak pada generasi muda era Ali bersama XPDC, mereka lebih tebuka bijak dan matang menerima kedua²nya sekali "Ali dan Mael". Ada juga penyayi lain yang di tawarkan, tetapi mereka tidak sanggup mengambil risiko dan menanggung bebanan itu.
Ali seorang yang kental tabah serta sabar, sanggup mengalas tanggung jawab itu biar apa pun yang terjadi, sebelum apa² keputusan di buat, dia akan buktikan yang dia bukan calang² dan sememangnya dia layak dinobatkan sebagai penyanyi utama XPDC. Ali telah menarik perhatian peminat² XPDC di konsert Raksasa XPDC , dengan gaya vokalnya yang bernada tinggi serta garau bersama gaya aksinya yang brutal dan bertenaga serta lincah ketika beraksi di pentas konsert itu.
Tahun 1998 Konsert berskala besar dan malam bersejarah serta fenomena baharu telah terjadi. Konsert yang dinamakan "Konsert Raksasa XPDC di Stadium Negara Kuala Lumpur" pada bulan April 1998 yang dianggotai dan di barisi oleh Ali, Izo, Zua dan Lola telah mencatat sejarah kegemilangan mereka yang tersendiri ke tahap yang lebih tinggi, walau pun ketika itu muzik Rock/Metal telah suram. Apa yang terjadi pada malam konsert itu, Stadium itu telah di banjiri oleh puluhan ribu penonton kebanyakan berpakaian serba hitam bersama sepanduk dan kain rentang yang berkibaran di udara. XPDC telah berjaya menarik peminat² mereka dari seluruh pelusuk negeri termasuk peminat² Indonesia yang berada di Malaysia ketika itu untuk keluar menyaksikan persembahan mereka dan menjadi sejarah tersemat bersama mereka.
Ada beberapa pihak dan para peminat menobatkan XPDC adalah kumpulan rock No. 1 Malaysia secara impak selepas era kegemilangan Search, Wings dan MAY apatah lagi Amy Search dan Awie tidak lagi menyertai kumpulan mereka tersebut masing-masing. Namun XPDC tetap merendahkan diri bahawa tidak perlu dinobatkan sebagai kumpulan rock nombor 1 Malaysia. 'walhal mereka sememangnya layak'. Kerana menghormati kumpulan² senior mereka, dengan sikap seperti itu, XPDC di hormati oleh kawan, di geruni oleh lawan dan di hargai peminat mereka. XPDC juga dikenali sebagai Big 4 metal Malaysia pada ketika itu selain Cromok, FTG, Sil-Khannas.
Dengan nyanyian garau Ali yang bertenaga sambil diiringi aksi 'Head Banging' ala "Helicopter" telah mencuri perhatian ramai dan keterujaan para peminat yang dilihat seperti kumpulan Metallica. Di tambah pula aksi Zua yang brutal berlari-lari, melompat-lompat dan aksi Head banging, bersama aksi hangguk kepala Izo di sisi pentas dengan petikan gitar yang berat kasar dan garang, Lola yang mengantikan Amy menggunakan double paddle drum, menjadikan lagu² keras menjadi lebih berat kasar serta lebih bertenaga. XPDC di gelar Metallica Malaysia.
Ada peminat yang berpendapat belum ada lagi penyanyi rock yang mampu melakukan aksi 'Head Banging' seperti yang dilakukan oleh Ali. Inilah satu keistimewaan dan kelebihan Ali yang berjaya menarik perhatian para peminat dan berbagai pihak. XPDC semakin popular dengan aksi 'Head Banging'. Aksi 'Head Banging' Ali juga dikatakan sesuai dengan judul 'Brutal'. Selain itu, kebolehan vokal Ali menjadi faktor penting survival kumpulan XPDC pada ketika itu. Seumpama sebuah evolusi heavy metal (Tema Mael) kepada Thrash (Tema Ali), sekaligus menambahkan kreativiti dan membina identiti yang lebih besar kepada nama XPDC.
Konsert berskala besar (1998) ini juga adalah yang terbaik bagi XPDC yang ditonton hampir 10,000 - 20,000 penonton. Ia telah di rakamankan didalam bentuk video. Tapi XPDC terpaksa akur kerana hajat mereka untuk mengeluarkan album konsert itu dalam bentuk Video Cakera Padat (VCD) tidak mendapat kelulusan dari agensi pihak berkuasa kerajaan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana terdapat banyak rakaman aksi XPDC dan penonton melakukan aksi-aksi luar budaya Malaysia yang melampaui batas dan di katogori aksi ganas yang menyerupai aksi artis-artis kumpulan dari barat seperti aksi headbanging, hangguk kepala, melompat-lompat, membuat isyarat simbol Rock, isyarat menegakkan jari tengah (Lagu 3 Kupang dan bergambar), dan aksi segelintir penonton tidak berbaju agak liar. Hanya dapat di keluarkan dalam bentuk CD dan Keset.
Tanpa menunggu masa yang lama, XPDC sekali lagi mendapat peluang untuk mengadakan konsert berskala besar yang di beri nama "Konsert XPDC Brutal Shah Alam Selangor". Konsert tersebut itu juga adalah yang terbaik dalam karier XPDC yang berjaya menarik penonton sehingga hampir 20,000 - 30,000 penonton. Konsert itu juga di rakamkan dan berjaya dikeluarkan di dalam bentuk sistem video rumah(VHS) dan video cakera padat (VCD) telah mendapat keluluasan dari pihak berkuasa untuk memasarkan album konsert itu.
Tahun yang sama (1998) album studio pertama Ali sebagai penyanyi XPDC telah dipasarkan berjudul Samurai. Album studio pertama tanpa perjuangan Mael. Album tersebut berjaya terjual lebih 200,000 ribu unit. Satu pencapaian mengejutkan apabila Ali berjaya menaikkan nama dan mengecapi kegemilangan XPDC walaupun masih ada lagi sebahagian peminat setia mengkritik kumpulan ini tentang ketiadaan Mael.
Walaupun demikian, tidak dinafikan masih ramai peminat XPDC menghargai usaha dan jasa Ali sehinggakan begitu ramai yang mengikut 'Trend' rambut cukur tepi Ali "dan cara berpakaian gaya XPDC yang serba hitam, cermin mata hitam, topi bulat hitam, baju hitam, seluar kaki lebar di padankan bersama boot"(Fenomena XPDC terjadi meluas ke seluruh Malaysia). XPDC semakin sibuk mengeluarkan klip video album Samurai. XPDC menjadi perhatian dari banyak pihak media hiburan dan publisiti serta mendapat populariti Ini sekaligus membuktikan sokongan peminat kepada XPDC tidak pernah luntur bahkan meningkat kuantitinya.
XPDC tidak pernah berasa hanya selesa berada di pentas² besar sahaja. Mereka juga turut turun mendekatkan diri bersama peminat² mereka di pentas² kecil, membuat persembahan di Funfair² expo² ke seluruh pelusuk tanah air tanpa mengira kedudukan dan nama. XPDC sekali lagi telah di angkat dan telah mendapat gelaran baharu dari kalangan peminat-peminatnya sebagai 'Raja Pentas dan Raja Funfair'.
Pada bulan Februari 1999 Norman KRU telah menjadi penganjur untuk konsert yang dinamakan Konsert Rock Gergasi Berentap Search Vs XPDC yang diadakan dua malam berturut - turut di Stadium Negara Kuala Lumpur. Ternyata kumpulan Search yang popular dengan lagu dengan Nur Nilam Sari serta tidak lagi diwakili penyanyi asal mereka iaitu Amy Search, telah memihak kepada jumlah penonton lebih ramai menyaksikan konsert XPDC pada malam kedua namun XPDC tetap ikhlas merendahkan diri yang menyatakan kepada wartawan hiburan bahawa XPDC tidak setanding dan tidak sepopular Search yang jauh lebih senior dan berpengalaman berbanding XPDC di dalam industri muzik. Personaliti mereka amat dipuji dan peminat menerima mereka seadanya.
Amy yang mengalami kecelakaan jalan raya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak dan keras lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan menyertai kumpulan Kamikaze. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah Ahmad Nazri Haji Abdul Rahman bersama penyanyi mereka Ali, telah membina sebuah studio jamming dan tempat latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang Utama Selangor.
Selepas XPDC melancarkan album baru berjudul 'Unmetal' pada tahun 2000,Pemain gitar bass XPDC Zuar pula mengambil keputusan untuk mengundurkan diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Hasrat Zuar untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokalnya tercapai. Yan (Lefthanded) masuk sebagai anggota baharu untuk menggantikan tempat Zua sebagai pemain gitar bass kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baharu bersama XPDC sebaliknya turut berperanan menaikkan nama XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng Yu sebagai sessionist.
Album seterusnya XPDC berjudul V6 muncul dipasaran pada tahun 2002.Dibarisi oleh Ali, izo, yantoi dan lola. Album itu terjual hampir 100, 000 unit.
Namun pada penghujung tahun 2003 Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search, namun Lola juga tidak lama bersama Search kerana akhirnya Yazid (Search) kembali bersama Search pada tahun 2005. Tempat Lola didalam XPDC diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Pae juga mempunyai kemahiran bermain drum yang tinggi, terjadi sedikit perubahan pada muzik XPDC dengan ketukan keras Pae.
2005 (penghujung tahun)
suntingPada tahun ini XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Ali pula masih ada lagi baki album bersama sebuah syarikat rakaman, Ali dan Pae menubuhkan Kumpulan Mpire untuk selesaikan baki rakaman album penuh itu. Dalam masa yang sama Ali juga mendalami ilmu agama dan rancak dalam aktiviti ceramah² motivasi. Kemunculan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Ketika ini XPDC giat dengan konsert-konsert di seluruh pelusuk negara dengan lokasinya tertumpu di tapak-tapak ekspo.
2007
Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan Allahyarham J. S Kevin.
Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).Sebelum album ini keluar di pasaran. XPDC REUNION ini telah muncul di kaca TV9 melalui rancangan ROCK KAPAK RAYA BERSAMA XPDC menampilkan artis undangan seperti Atilia, Salmiah Hassan dan Bienda.
2008
suntingPada tahun 2008 XPDC diuar - uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.
2009
suntingAlbum baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' telah berada di pasaran pada bulan November 2009. Walau bagaimanapun, album ini agak hambar sambutanya. Namun masih ada diantara peminat menyokong album tersebut. Antara lagu-lagu yang dimuatkan:
- Sanasinisamasaja
- Aku Tetap Aku
- Ntahye Ntahtidak
- Rasopariso
- Rasa
- Puing Cinta
- Sampai Bila
Lagu dipetik dari 'Rock Union'...
- Curahan Rasa
- Menentang Arus
Lagu bonus: Headbang (Remastered)...
- Raja Kertas (Darjah Satu)
- Talam Dua Muka (Timurbarat)
- Bahalol (Kita Peng Yu)
- Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)
BONUS VCD-REUNION
- VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010
2011
suntingXPDC bersama dua lagi kumpulan rock lagenda iaitu May dan Lefthanded digabungkan dalam satu rakaman program hari raya iaitu Konsert Rock Raya 3 Gegaran di TV3. Konsert ini dirakamkan pada 20 Julai 2011 dan ditayangkan pada 4 September 2011 (hari raya kelima).
2014
suntingPada 26 April 2014 XPDC menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang dengan konsert Return of Rock XPDC Live in Concert 2014.
2015 - Sekarang
suntingPada tahun 2015, XPDC telah terpecah kepada dua band berpunca daripada kegagalan konsert Rockestra Aku Masih Di Sini pada Jun 2015 di Stadium Merdeka kerana isu yang tidak dapat dielakkan. XPDC telah berpecah kepada dua, XPDC dan Xpdc Kita Peng-Yu. Mael mengambil keputusan untuk meninggalkan XPDC yang line-up pada masa itu (Mael, Izo, Eddie pemain bass Def Gab C dan Lola) kerana isu rockestra.
Mael kemudian mencari bekas anggota XPDC iaitu Zuar(viper), Amy(kamikaze) dan memanggil Jeff dari kumpulan Giegiel sebagai gitaris yang baru untuk membentuk XPDC Kita Peng-Yu. Ali pula telah di lamar semula oleh Izo dan membuat keputusan untuk terus bersama semula dengan Izo (hanya Izo yang hanya kekal dengan XPDC dari 1989 - kini) dan terus teguh membawa nama XPDC. Kini kedua-dua band aktif membuat persembahan. Namun atas komitmen yang tinggi di tunjukkan oleh anggota -anggota XPDC yang lain, XPDC tetap berjaya kekal dalam persada muzik Malaysia dan Muzik XPDC tetap menjadi siualan ramai walaupun XPDC telah berpecah menjadi 2 lineup.
Pada 6 Jun 2015, XPDC yang kini dibarisi Mael, Izo, Eddie dan Lola muncul dalam konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini yang diadakan di Stadium Merdeka bersempena menyambut ulang tahun ke-26 penubuhan kumpulan ini. Di penghujung tahun 2015 setelah dilanda pelbagai masalah dalaman dan juga kegagalan Konsert Rockestra XPDC Aku Masih Di Sini. Kumpulan XPDC kembali dilanda masalah lama termasuk Mael dan Izo kembali bersengketa di mana mengikut sumber daripada pihak Life Records sepatutnya XPDC kembali merakamkan album terbaharu namun Izo membawa kembali barisan XPDC V6 (Ali, Izo dan Lola serta selain Eddie pemain gitar bass dari kumpulan Def Gab C) manakala Mael membawa kembali Zua dan Amy membentukkan kumpulan XPDC juga[1] dan Jeff sebagai pemain gitar utama(dari kumpulan Giegil).
Masalah timbul apabila kedua-dua kumpulan XPDC Izo dan Mael mempertahankan hak masing - masing untuk menggunakan nama XPDC.[2] Kedua-dua kumpulan ini masih menggunakan nama yang sama dan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe dan Pesta Pulau Pinang. Sehingga kini penggunaan nama XPDC masih belum diputuskan boleh digunakan oleh kumpulan mana, mengikut Life Records hak dan nama XPDC adalah milik Life Record yang didaftarkan pada tahun 1998.[3]
XPDC versi Ali/Izo masih mengekalkan nama dan logo asal XPDC namun peminat-peminat lebih mengenali nama XPDC versi Ali/Izo sebagai XPDC Militia bersempena dengan team merchandise mereka yang menggunakan nama XPDC Militia.
XPDC versi Mael telah memutuskan untuk menggunakan nama XPDC Kita Peng Yu (ada sedikit perubahan pada logo seperti simbol petir pada huruf X dan C). Dengan itu, peminat boleh membezakan antara dua XPDC ini.
XPDC
- Ali (Penyanyi)
- Izo (Gitar Utama / Gitar Irama)
- Lola (Drum)
- Eddie (Gitar bass)
- Arif Izo (Gitar Irama / Gitar Utama)
- Zul (Penyanyi sessionist)
XPDC 'Kita Peng Yu'
- Mael (meninggal dunia) - Ary (Penyanyi)
- Jeff ( Gitar Utama)
- Zuar (Gitar Bass)
- Amy (Drum)
XPDC meneruskan pejuangan mereka dengan menerbitkan album studio seterusnya berjudul 'DOA' pada 2018, mereka juga telah menjayakan beberapa siri konsert. Antaranya konsert Metal Return 1.0 bersama dengan kumpulan 'May', Public Distortion 2017 bersama Kumpulan 'Prime Domestic'. Mereka juga telah muncul dalam rancangan TV RTM antaranya Lentera Muzika-XPDC, Hiburan Minggu ini - XPDC Unmetal, Inspirasi Syawal XPDC vs Hujan dan juga Mentor
Mereka juga telah menjadi 'Naib Johan dalam Anugerah Nasyid 2019' anjuran Ikim.Fm menerusi lagu Doa. Berbanding XPDC Kita Peng-Yu yang lebih mendapat sambut penganjur Karnival, XPDC Militia pula lebih di pilih untuk membuat persembahan di pentas-pentas besar dan rancangan TV.
Vokalis XPDC Ali, pada 2021 telah mengalami kemalangan yang mana menyebabkan wajah, badan dan tangannya terbakar dan melecur namun sembuh sepenuhnya. Pada 2022 pula beliau sekali lagi di uji apabila mengalami stroke ketika dalam proses persiapan untuk Konsert XPDC Jualan Hitam 2023, yang mana akhirnya konsert tersebut telah menjadi Konsert Jualan Hitam 2023 - Tribute to Ali, yang mana tempat Ali telah di gantikan dengan Muss, Yabang, Chi Dr Kronik, Aweera dan Daqmie Barongan. Namun beberapa bulan selepas itu Ali telah beransur sembuh dan muncul semula bersama XPDC dalam konsert XPDC- Metal Madness 2023 yang bertempat di Panggung Asia Gombak.
XPDC Kita Peng-Yu yang dibarisi oleh Mael, Jeff, Zuar dan Amy telah menjayakan beberapa konsert besar antaranya konsert Rockstage - Sound Of War XPDC & FTG yang diadakan pada 7 Oktober 2017 dan telah menjayakan konsert Metal Legends XPDC & Cromok pada Februari 2018. Mereka juga sangat aktif membuat persembahan di karnival-karvinal dan expo di seluruh semenanjung Malaysia.
- Nama XPDC yang telah di trademark kan oleh Life Record telah memberi kebenaran untuk kedua - dua kumpulan untuk menggunakan nama XPDC.
- Pada 27 April 2023 penyanyi XPDC(Kita-Peng-Yu) iaitu Syed Ismail bin Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 malam di Hospital Muar[4]
- Selepas vokalis XPDC 'Kita-Peng-Yu' Mael meninggal dunia, Ary selaku bekas vokalis kumpulan Fahrenheit mengambil alih tugas tersebut sebagai vokalis 'XPDC KITA PENG YU'.
- Izo sebagai anggota asal XPDC sejak dari album pertama terus kekal teguh bersama XPDC di dalam suka dan duka. Mengguruskan menjaga XPDC yang anggotanya silih berganti. Memacu XPDC terus bergerak kehadapan mengikut zaman sejak dari tahun 1989 hingga kini. Izo merupakan pencipta muzik dan lirik untuk lagu² kumpulan XPDC.
Ahli-ahli
suntingSebelum XPDC
Tragedy 1983 - 1988 :
Album:
Tiada
Setelah XPDC wujud
XPDC 1989 - 1990:
Album:
Darjah Satu (1990)*Lagu baharu
XPDC 1991-1997:
- Mael - Vokal
- Izo - Gitar
- Zuar - Bass
- Amy - Dram
Album:
- Timur Barat (1992)*Lagu baharu
- Kita Pengyu (1994)*Lagu baharu
- Kompilasi Rock Ballad (1995)
- Kompilasi Headbang (1996)
- Brutal (1997)*Lagu baharu
XPDC 1998-2015:
- Ali (Terra Rossa) - Vokal
- Izo - Gitar
- Zuar/Yan Toi (Lefthanded) - Bass
- Lola/Amy/Pae - Dram
Album:
- Konsert Raksasa (Stadium Negara ) (1998)
- Konsert XPDC Brutal (Shah Alam) (1998)
- Samurai (1998)*Lagu baharu
- The Industrial Tribute to XPDC [Kenjuro Harada] (1999)
- Xpdc Vs Amuk (2000)
- Xpdc Vs Rusty Blade (2000)
- Metal 50an & 60an (2000)
- Real & Reality (2000)
- Unmetal I (2000)*Gubahan semula
- V6 (2002)*Lagu baharu
- Unmetal II (2003)*Gubahan semula
- Kompilasi Anti Perang (2003)
- Kompilasi medley Mdley Rugged (2005)
- Kompilasi Rockerena (2006)
- Unmetal III (2013)*Gubahan semula
XPDC Reunion 2006-2015:
- Ali/Mael - Vokal
- Izo - Gitar
- Zuar/Yantoi - Bass
- Amy/Lola- Dram
Album:
- Rasopariso (2009)*Lagu baharu
- Rasopariso (The Relaunch) (2010)
XPDC 2015:
- Mael(menggantikan Ali yang mengundurkan diri kerana ingin fokus dengan pengajian agama pada waktu itu)
- Izo - Gitar
- Lola - Dram
- Eddie - Bass
XPDC 2015 - kini:
XPDC telah berpecah kepada dua iaitu XPDC(Ali) dan XPDC Kita Peng-yu (arwah Mael di gantikan oleh Ary). Kedua-dua XPDC diberikan kebenaran oleh Life Records untuk kekal menggunakan nama XPDC.
XPDC :
- Ali - Vokal
- Izo - Gitar
- Lola - Dram
- Eddie - Bass, suara latar
- Ariff - Gitar
Album:
Doa (2018)
XPDC Kita Peng Yu:
- Ary (Fahrenheit)- Vokal
- Jeff (Giegel)- Gitar
- Zuar (Viper)- Bass, suara latar
- Amy (Kamikaze)- Dram
Album:
Tiada
Diskografi
suntingAlbum studio
suntingTahun | Judul | Jualan |
---|---|---|
1990 | Darjah Satu
|
Melebihi 150,000 unit |
1992 | Timur Barat
|
Melebihi 100,000 unit |
1994 | Kita Peng-Yu
|
Melebihi 350,000 unit |
1997 | Brutal
|
Melebihi 400,000 unit |
1998 | Samurai
|
Melebihi 200,000 unit |
2002 | V6
|
Melebihi 100,000 unit |
2009 | Rasopariso
|
Melebihi 25,000 unit |
2018 | Doa
|
anggaran 40,000 unit |
Filemografi
suntingTahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1992 | Nadia | (Penampilan Khas - XPDC jadi band jemputan serta Eddy Badry dia takde dalam film tersebut) |
2001 | Dari Jemapoh Ke Manchestee | Lagu latar |
2001 | Getaran | (Penampilan Khas - XPDC) |
2003 | Sakinah. | Dalam telemovie ini, barisan XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan dan Lola. |
2003 | Apa Nak Dikata | Dalam telemovie ini, barisan XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan dan Lola. |
Anugerah dan pencapaian
sunting- Finalis Juara Lagu 1990 - lagu C.I.N.T.A
- Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 1998 - Album Brutal
- Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 1999 - Album Konsert Raksasa XPDC Brutal
- Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2000 - Album Samurai
- Top 5 kategori Album Hard Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003 - Album V6
- Top 5 kategori Album Pop Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2005 - Album Unmetal 2
- Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2010 - Album Rasopariso
- Naib Juara Anugerah Nasyid Ikim 2019 - Lagu Doa ( XPDC Militia )
Pautan luar
sunting- Laman rasmi Kumpulan XPDC.
- http://xpdc.cjb.net/
- http://www.muzikrock.com/xpdc_01.html
- http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t64988.html
- XPDC dan rakan-rakan
- Sejarah XPDC
- http://puakasatelit.blogspot.com/2012/06/mael-atau-ali-kumpulan-xpdc.html
- http://sufferedge.my/2015/11/raja-funfair-xpdc-berpecah-dua.html