Anugerah Juara Lagu ke-5

Juara Lagu 1990 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1990. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 30 Disember 1990 dan ditaja oleh SHARP. JL 90 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan. Azwan Ali dan Charmaine Agustine kekal sebagai pengacara dari tahun sebelumnya.

Anugerah Juara Lagu ke-5
TV3
Tarikh 30 Disember 1990
Tempat Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra
Pengacara Azwan Ali & Charmaine Agustine
Juara Lagu "Janji Manismu"
nyanyian Aishah
(gubahan: Adam Ahmad/
lirik: Wan Aishah)
 < 1989 Anugerah Juara Lagu 1991 > 

FinalisSunting

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-5:

Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Juara Bulanan Keputusan
"Sangkar Emas" A. Ali Lukhman S Endang S. Taurina "Sejuta Harapan Ku Pada Mu"[1] Life Records Ogos '90 Finalis
"Kembang Terhalang" Sani Sudin Azida NS Kumpulan Gamma "Suara Pasrah" [2] New Southern Records - PMI Julai '90 Finalis
"Pusara Di Lebuhraya" Fauzi Marzuki Bob Lokman Kumpulan Ekamatra "Satu Tekanan Irama" [3] Universal - EMI Mac '90 Finalis
"Dari Sinar Mata" Awang BPR J.S. Kevin Kumpulan Bumiputera Rockers "Kelab Jiwa Luka" [4] Life Records Jun '90 Finalis
"Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara" M. Nasir S. Amin Shahab Kumpulan Mega "Mega" [5] Universal - BMG / Jojo's April '90 Finalis
"Mustika" M. Nasir M. Nasir M. Nasir "S.O.L.O" [6] Sony - BMG Januari '90 Finalis
"Sentuhan Kecundang" M. Nasir M. Nasir Kumpulan Ekamatra "Satu Tekanan Irama" [7] Universal - EMI Februari '90 Finalis
"C.I.N.T.A" J.S. Kevin J.S. Kevin Kumpulan XPDC "Darjah Satu" [8] Life Records November '90 Finalis
"Sejati" M. Nasir M. Nasir Kumpulan Wings "Teori Domino" [9] Sony - BMG Mei '90 Tempat Ketiga
Persembahan Terbaik 1
"Suci Dalam Debu" Wan Zul S. Amin Shahab Kumpulan Iklim "Satu Kesan Abadi" Rock Records September '90 Naib Juara
Lirik Terbaik
Persembahan Terbaik 3
"Janji Manismu" Adam Ahmad Wan Aishah Aishah "Aishah" [10] Sony - CBS Oktober '90 Juara
Persembahan Terbaik 2

PemenangSunting

Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
Juara Lagu
Tempat Pertama (Lagu Terbaik AJL) Janji Manismu Aishah Adam Ahmad Wan Aishah
Tempat Kedua Suci Dalam Debu Kumpulan Iklim Wan Zul S. Amin Shahab
Tempat Ketiga Sejati Kumpulan Wings M. Nasir
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis
Persembahan Terbaik
Tempat Pertama Sejati Kumpulan Wings
Tempat Kedua Janji Manismu Aishah
Tempat Ketiga Suci Dalam Debu Kumpulan Iklim
Anugerah Judul Lagu Penulis Lirik
Lirik Terbaik Suci Dalam Debu S. Amin Shahab

TriviaSunting

  • AJL kali ini menampilkan buat pertama kali penyertaan menyeluruh Komposer hebat, M.Nasir di pentas AJL, dengan mempertaruhkan 3 buah lagu & 1 lagu nyanyian beliau sendiri, apabila beliau mendapat kerakyatan Malaysia selepas berpindah dari Singapura.
  • Anugerah pertama yang dimenangi oleh M.Nasir adalah tempat ke-3 Juara Lagu dengan lagu Sejati oleh Kumpulan Wings.
  • Pencipta Lagu Yang Baru Sahaja Berkecimpung Dalam Bidang Muzik Iaitu Wan Zul Dengan Lagu Suci Dalam Debu Berjaya Merangkul Anugerah Ciptaan Terbaik Tempat Ke-2 & Berjaya Mengalahkan M.Nasir Dengan Lagu Sejati Dimana Berjaya Mendapat Ciptaan Terbaik Tempat Ke-3.
  • Wings dinobatkan juara untuk persembahan terbaik yang dimana menampilkan kali pertama irama muzik Rock diselangi oleh muzik irama Malaysia disertai bunyi Bonang & Petikan Gitar "Tradisional" oleh Gitaris WINGS, Joe.
  • Edisi kali diteruskan dengan dominasi Kumpulan Rock, dengan penyertaan sebanyak 7 buah kumpulan Rock berentap di AJL 5, iaitu Kumpulan Wings, Kumpulan Iklim, Kumpulan Ekamatra dengan 2 buah lagu, Kumpulan Mega, Kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Kumpulan XPDC & Kumpulan Gamma.
  • Aishah dapat memecah tembok muzik Rock dengan memenangi Juara Lagu dengan membawa lagu balada, Janji Manismu dengan menampilkan persembahan berkonsep "theatrical" serta vokal mantap beliau semasa membuat persembahan.
  • Aishah & Endang S Taurina adalah 2 peserta wanita dalam AJL 5, manakala Endang S Taurina mencipta sejarah sebagai artis pertama & satu-satunya penyanyi dari Indonesia dapat menyertai pentas akhir AJL.