Wafa Awla

penulis Malaysia

Wafa Awla merupakan seorang pengarang dan wartawan di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 14 Disember 1994 di Seremban, Negeri Sembilan.

Wafa Awla
LahirNurul Wafa Aula Alias
(1994-12-14) 14 Disember 1994 (umur 29)
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Nama penaWafa Awla
PekerjaanWartawan, Penulis
BahasaBahasa Melayu
WarganegaraMalaysia Malaysia
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
GenrePuisi, cerpen, esei

Beliau merupakan penerima ijazah kewartawanan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai penulis dan wartawan di beberapa agensi media seperti Astro Awani, SelangorKini dan Media Prima Radio Networks (kini dikenali sebagai Media Prima Audio).

Wafa Awla mula berkhidmat berkhidmat sebagai wartawan hiburan dan gaya hidup di portal Getaran, milik Petra News Group, dari tahun 2019 hingga 2022.[1]

Kini beliau merupakan wartawan hiburan di Utusan Malaysia.

Beliau juga merupakan seorang penulis lagu dan pernah menulis lirik dan membuah gubahan bagi beberapa lagu, terutamanya bagi sebuah kumpulan The PRISM dan pernah menulis lagu untuk runut bunyi beberapa drama bersiri tempatan di RTM dan Astro.[2]

Wafa Awla juga mendapat latihan kepengarangan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka menerusi Minggu Penulis Remaja pada tahun 2011.

Pada tahun 2021, nama Wafa Awla mula dikenali ramai apabila beliau menerbitkan kumpulan puisi dan catatan berjudul Perempuan Dari Masa Lalu bersama JIWA, sebuah imprin milik Jejak Tarbiah.[3]

Hasil Penulisan sunting

Hasil penulisan Wafa Awla, dari tahun aktif (2012) sehingga kini:

1. Buku sunting

  1. Perempuan Dari Masa Lalu (JIWA, 2021). Kumpulan puisi dan catatan.[4]

2. Antologi sunting

  1. Elegan: Tadahan Jiwa Penulis (Legasi Oakheart, 2012). Antologi puisi.[5]
  2. Kalam Pertama (DBP, 2013). Antologi puisi dan cerpen alumni MPR 2011.[6]
  3. Cantuman Mimpi (ITBM dan Legasi Oakheart, 2013). Antologi cerpen.[7]
  4. Bukan Dorman (Legasi Oakheart, 2014). Antologi cerpen.
  5. Aku Dijangkiti Kehidupan 3.0 (Kata-Pilar, 2023). Antologi anekdot. [8]

3. Zine sunting

  1. Marsum Awan (Legasi Oakheart, 2014). Zine puisi bersama Shamsul Amin
  2. Huruf Sudah Merajuk Ketika Menjadi Tajuk (Legasi Oakheart, 2015). Zine kata-kata mutiara.


Diskografi sunting

Lagu-lagu yang pernah ditulis oleh Wafa Awla sepanjang tahun aktif (2017 hingga kini):

Lagu
Lagu Tahun Penyanyi Catatan
"Pejam" (OST bagi drama My Coffee Prince Malaysia di Astro RIA) 2017 The PRISM Dikreditkan sebagai komposer dan penulis lirik.[9]
"Di Laman Tahajud" 2018 Dikreditkan sebagai komposer dan penulis lirik.[10]
"Di Redup Takdir" (OST bagi drama "Cinta Maya" di RTM) Dikreditkan sebagai komposer dan penulis lirik bersama Ajwad Amal.[11]

Wafa Awla juga aktif menerbitkan podcast sama ada bersama penerbit lain atau secara persendirian. Berikut ialah senarai podcast yang dikeluarkan beliau:

Wafa Awla juga aktif menerbitkan podcast sama ada bersama penerbit lain atau secara persendirian. Berikut ialah senarai podcast yang dikeluarkan beliau:

Podcast
Podcast Tahun Penerbit Catatan
"Ada ke patut?" 2019 Audio+ (Media Prima Audio) Dikreditkan sebagai penulis dan hos bersama Shahir.[12]
"Cik Hujan Podcast" 2020-2021 Wafa Awla Dikreditkan sebagai penulis dan hos.[13]

Filemografi sunting

Filem pendek
Tahun Tajuk Pengarah Peranan Catatan
2022 Perempuan dari Masa Lalu Helmie Yusoh Penulis dan pelakon Diterbitkan oleh Think Media MY
Siri Digital
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2018-2019 Kutip Suara Hos dan Penulis Siri digital yang mengupas isu-isu semasa. Bersiaran sebanyak dua musim oleh Dhia TV di Youtube. Dihoskan bersama Shamsul Amin dan Aisyah Badrul.[14]
2019 PM Tepi Je Lah Hos dan penulis Siri yang mengetengahkan individu-individu dalam masyarakat dan cerita-cerita mereka. Bersiaran selama satu musim oleh Dhia TV di Youtube.[15]

Anugerah & Pencapaian sunting

Berikut ialah anugerah/pencalonan yang pernah diterima oleh Wafa Awla dari tahun aktif (2012) sehingga kini:

Anugerah Tahun Kategori Keputusan
Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2015 Kategori B (Karya Eceran) - Cerpen Terbaik Tercalon
Kategori B (Karya Eceran) - Puisi Terbaik Tercalon
IIUM Today Appeciation Award 2016 Best Feature Writer Award Menang
2017 Dedicated Editor Award Menang
Hadiah Sastera SelangorKini 2018 Karya Eceran Cerpen (untuk cerpen Carulean) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Profil pengarang Wafa Awla di portal Getaran. https://www.getaran.my/penulis/wafa-awla
  2. ^ The PRISM | Di Redup Takdir (OST Cinta Maya) (Official Lyric Video). https://www.youtube.com/watch?v=RpRUhVWaScA
  3. ^ Buku Perempuan dari Masa Lalu di laman sesawang JIWA. https://www.jiwa.com.my/
  4. ^ Laman Goodreads Perempuan Dari Masa Lalu. https://www.goodreads.com/book/show/59007619-perempuan-dari-masa-lalu
  5. ^ Laman Goodreads Kalam Pertama. https://www.goodreads.com/book/show/17211850-tadahan-jiwa-penulis-elegan
  6. ^ Laman Goodreads Kalam Pertama. https://www.goodreads.com/book/show/25843562-kalam-pertama
  7. ^ Laman jualan ITBM bagi buku Cantuman Mimpi. https://www.itbm.com.my/buku/cantuman-mimpi
  8. ^ "Aku Dijangkiti Kehidupan 3.0". Kata-Pilar Bookstore. Dicapai pada 2023-08-07.
  9. ^ The Prism - Pejam (Official Music Video) di Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=TI_Lz2TloEs&list=OLAK5uy_mgzHlhoNGJ2aameYqPxLWzFXoW-frJpI8
  10. ^ The PRISM l Di Laman Tahajud (Acoustic Version) di Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=dTn0H7JS9gI
  11. ^ The PRISM | Di Redup Takdir (OST Cinta Maya) (Official Lyric Video) di Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=RpRUhVWaScA
  12. ^ Podcast "Ada ke patut?" di Apple Podcast. https://podcasts.apple.com/my/podcast/ada-ke-patut/id1490391935
  13. ^ Podcast "Cik Hujan Podcast" di Apple Podcast. https://podcasts.apple.com/my/podcast/cik-hujan-podcast/id1543818843
  14. ^ Kutip Suara musim pertama di Youtube.https://www.youtube.com/playlist?list=PLCki6RUQHk6Ks1NpbKywKNCNJvgace-B6
  15. ^ PM Tepi Je Lah di Youtube. https://www.youtube.com/playlist?list=PLCki6RUQHk6JgTMrt9P56Txb7rnLftVIP