Media Prima Audio

Media Prima Audio (dahulu dikenali sebagai Rangkaian Radio Media Prima dan kemudian Ripple) ialah syarikat rangkaian radio Malaysia yang dimiliki oleh konglomerat media dan hiburan Malaysia, Media Prima Berhad.

Media Prima Audio
IndustriRadio
Pendahulu
  • Rangkaian Radio Media Prima
    (2005-18)
  • Ripple Media
    (2018-21)
Ditubuhkan3 Oktober 2005; 17 tahun yang lalu (2005-10-03)
Ibu pejabatBandar Utama, Selangor, Malaysia
Tokoh penting
Muhammad Nazri Noran
Ketua pegawai eksekutif
Keluaran
  • Perkhidmatan radio
  • Jualan masa penyiaran radio
Jenama
  • Hot FM
  • Buletin FM
  • Molek FM
  • Fly FM
  • 8FM
  • Audio+
IndukMedia Prima Berhad
Laman sesawang rasmi
www.mediaprima.audio

Profil syarikatSunting

Rangkaian Radio Media Prima mengendalikan lima stesen radio komersial – 8FM (dahulu One FM), Buletin FM (dahulu Kool FM), Fly FM, Hot FM, Molek FM dan platform siniar – Audio+ (dahulu Ais Kacang). Tidak seperti Astro Radio dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memiliki stesen radio berbahasa Tamil, Media Prima tidak mempunyai stesen radio bahasa Tamil.

Rangkaian Radio Media Prima dijenamakan semula sebagai Ripple pada Oktober 2018 yang menggabungkan media digital, penyiaran dan perdagangan. Ripple berhubung dengan penonton melalui muzik, hiburan dan gaya hidup, melalui pendekatan massa dan hubungan khusus, selain memanfaatkan jurang dalam khalayak penyiaran yang ada dengan pelancaran tujuh aset digital baru - Dhia, Donna, Lunaria, The Laki, Likely, Chapters dan Wakeke.[1][2][3]

Pada 2 Ogos 2021, Ripple bertukar nama kepada Media Prima Audio bersempena penjenamaan semulanya untuk tampil kompetitif serta hala tuju lebih strategi, dengan menjadikan industri penyiaran radio kembali meriah selain pemerkasaan kandungan agar lebih terkini dan mantap.[4][5]

StesenSunting

Nama Syarikat Bahasa Catatan
Fly FM Max-Airplay Sdn Bhd Inggeris Dilancarkan pada 3 Oktober 2005
Hot FM Synchrosound Studio Sdn Bhd Melayu Dilancarkan pada 6 Februari 2006
8FM 8FM Radio Sdn Bhd Cina (Mandarin, Kantonis) Dilancarkan pada 19 Januari 2009 (sebagai One FM)
Dilancarkan pada 2 Ogos 2021 (sebagai 8FM)
Buletin FM Buletin FM Radio Sdn Bhd Melayu Dilancarkan pada 3 Mac 2016 (sebagai Kool FM)
Dilancarkan pada 2 Ogos 2021 (sebagai Buletin FM)
Molek FM Molek FM Radio Sdn Bhd Melayu Dilancarkan pada 9 Januari 2022

Lihat jugaSunting

  • Astro Radio – pesaing utama Media Prima Audio
  • Star Media Radio Group – pesaing utama Media Prima Audio
  • Audio+ - Aplikasi perstriman dari Media Prima Audio

RujukanSunting

  1. ^ Dennis Chua (17 Oktober 2018). "Seven new platforms join Media Prima radio stations in Ripple" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  2. ^ Nabil Basaruddin (18 Oktober 2018). "Radio wajah baru". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 Oktober 2018). "Ripple nama baru MPRN". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  4. ^ "#Showbiz: Ripple is now Media Prima Audio" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 2 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  5. ^ Georgie Joseph (2 Ogos 2021). "RIPPLE kini dikenali Media Prima Audio". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2021.

Pautan luarSunting