Danial Chuer

Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia

Danial Chuer bin Hamasiah Samsudin (lahir 3 April 2001) ialah seorang penyanyi, komposer muda dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Idola Kecil musim keenam dan Idola Kecil Ultra yang mana beliau berjaya dinobatkan sebagai juara.[2][3] Selain itu, beliau juga menjadi salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga dan Vokal Mania.[4][5] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat dan telah dinobatkan sebagai naib juara.[6][7]

Danial Chuer
Kelahiran
Danial Chuer bin Hamasiah Samsudin

(2001-04-03) 3 April 2001 (umur 23)
PendidikanJurusan Muzik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPenyanyi, komposer, pelakon, penyampai radio
Tahun aktif2013–kini
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Aries Music
Pengkarya berkait
Iman Troye

Kerjaya

sunting

Bakat Danial Chuer dalam bidang muzik diwarisi daripada bapanya, Chuer Niang yang merupakan seorang penyanyi kelab dan pemuzik di kampung halamannya, Tawau, Sabah. Di awal penglibatannya dalam bidang muzik, beliau mengikat kontrak bersama The Talent Unit. Beliau menjadi salah seorang peserta Idola Kecil musim keenam pada 2013 dan seterusnya menyertai Idola Kecil Ultra yang mana kedua-duanya menobatkan beliau sebagai juara.[8] Pada tahun 2015, beliau juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila membintangi sebuah siri drama TV yang bertajuk Destinasi G4 antara lain turut dibintangi oleh Azzam Sham, Afieq Shazwan dan Harris Alif.[9] Selain itu, beliau pernah merakamkan single sulungnya, "Sinar Pelangi". Pada tahun 2020, beliau membuat kemunculan semula dengan menyertai I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga pada minggu ke-10.[4] Danial kemudian menjadi salah seorang daripada 24 peserta amatur Vokal Mania.[5][10]

Kehidupan peribadi

sunting

Danial dilahirkan dan dibesarkan di Tawau, Sabah dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada pasangan Kasumah Jafar dan Chuer Niang.[11] Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan St. Patrick dan Sekolah Seni Malaysia Shah Alam, seterusnya menyambung pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[8]

Diskografi

sunting
Single
Tajuk Tahun
"Sinar Pelangi" 2014
"Ingin" 2020
"Bukan Aku" 2021
"Erti Sempurna" (duet bersama Fieya Julia) 2022

Filemografi

sunting
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan Ruj.
2015 Destinasi G4 Danial TV9 Lakonan TV pertama [9]
2020 I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) Dirinya sendiri TV3 Peserta [4]
Vokal Mania Peserta Rookie [5]
2022 Big Stage (musim 4) Astro Ria Peserta

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ "Selain menyanyi, Danial Chuer mahu diri dikenali juga sebagai komposer". OneNews. 16 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  2. ^ Budiey (29 Disember 2013). "Danial Cheur Hamasiah juara Idola Kecil musim ke-6". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  3. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (15 Jun 2014). "Danial Juara Idola Kecil Ultra". mStar Online. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  4. ^ a b c Tuan Hafis Tuan Ludin (12 Mei 2020). "Danial Chuer kembali popular selepas sertai ICSYV – "Semua orang mula sedar kehadiran saya... Ia menyentuh hati saya"". mStar Online. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  5. ^ a b c Padin (26 Disember 2020). "Vokal Mania: Enggan fikir soal kemenangan, Danial Chuer takut dengan harapan peminat". XTRA. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  6. ^ Sairul Zamri Misrani (19 Januari 2022). "Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding". Kosmo!. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  7. ^ Asyraf Roslan (28 Mac 2022). "Big Stage 2022: Danial Chuer tidak berkecil hati tewas kepada Elica Paujin". Astro Awani. Dicapai pada 28 Mac 2022.
  8. ^ a b Mohd Al-Qayum Azizi (4 Januari 2014). "Juara Idola Kecil, Danial lanjut pelajaran di sekolah seni". mStar Online. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  9. ^ a b Norhayati Nordin (16 Januari 2015). "Gandingan mantap 4 idola". Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  10. ^ Nur Emira Saizali (24 November 2020). "Danial Chuer takkan ulangi kesilapan". Kosmo!. Dicapai pada 11 April 2021.
  11. ^ "Danial miliki kehebatan tersendiri". Perak Today. 30 Disember 2013. Dicapai pada 19 Februari 2020.

Pautan luar

sunting