Strawberi Cinta merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2012 arahan Rusli Khadri.[1] Ia berkisarkan tentang seorang gadis Jepun melancong ke Malaysia dengan harapan ingin mencari ibu kandungnya. Filem ini ditayangkan pada 6 Disember 2012.[2]

Strawberi Cinta
Poster keluaran tayangan
PengarahAhmad Rusli Mohamed Khadri (Ollynn)
Dihasilkan olehDavid Teo
DibintangiYana Samsudin
Pierre Andre
Diana Amir
Along Eyzendy
SinematografiAreel Abu Bakar
Muzik olehBrian Ng
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 6 Disember 2012 (2012-12-06) (Malaysia)
Masa tayangan
92 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Jepun
Pecah panggungRM 0.59 juta

Sinopsis sunting

Mengisahkan perjalanan seorang pelancong Jepun bernama Ichigo Yamada yang datang melawat Malaysia bersama rombongan pelancong senegaranya yang lain melalui sebuah pakej pelancongan Strawberry Vanilla Travel & Tours dan bertemu dengan Hakimi seorang pemandu pelancong.

Apabila berada di Malaysia dia berasa tertarik dengan kepelbagaian budaya serta agama penduduk Malaysia dan berasa kagum dengan keharmonian yang dikecapi Malaysia selama ini. Pada masa yang sama Ichigo mengupah penyiasat untuk mencari ibu kandungnya. Apabila Ichigo melihat beberapa tempat yang dilawatinya, dia segera akan teringat kenangan bersama ibunya dahulu. Hakimie sebagai pemandu pelancong dapat mengesan bahawa tujuan Ichigo lain dengan pelancong-pelancong yang pernah dia jumpa. Ichigo pula merahsiakan tentang tujuannya yang sebenar di Malaysia. Sehinggalah satu kejadian yang menimpa Ichigo dan di situlah segalanya terbongkar.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Strawberi Cinta merupakan filem ke-70 terbitan Metrowealth Pictures dan diarahkan oleh Rusli Khadri yang sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai pereka penerbitan untuk beberapa filem terbitan Metrowealth. Untuk menjayakan watak Ichigo,[3][4] Yana mengikuti kursus mempelajari bahasa Jepun.[3][5] Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya, sebanyak 20% dialog bahasa Jepun digunakan dalam filem ini, manakala 70% dialog lagi dalam bahasa Melayu.

Keluaran dan sambutan sunting

Strawberi Cinta dikeluarkan pada 6 Disember 2012 di pawagam seluruh Malaysia, ia merupakan kegagalan komersial apabila hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM0.59 juta. Slogan filem ini ialah Tanya Sama Hati, Ada Rasa Cinta.

Yana Yassin dalam ulasannya berkata beliau tertarik dengan gandingan Pierre dan Yana, sambil mengulas: "Filem yang boleh di tonton, dengan pengajaran di sebaliknya jangan serkap jarang, nanti menyesal."[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Strawberi Cinta www.nlb.gov.sg. Dicapai pada 29 Mei 2014.
  2. ^ "Strawberi Cinta". MalaysiaWAP Movies. 6 Disember 2012. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  3. ^ a b "Strawberi Cinta Yana tutur bahasa Jepun". Sinar Harian. 7 Disember 2012. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  4. ^ "Ichigo cabar Yana". RAP: Rentak Artis Popular. Harian Metro. 5 Disember 2012. m/s. 4–5. Dicapai pada 19 Julai 2020.
  5. ^ "STRAWBERI CINTA – JATUH CINTA PADA GADIS JEPUN". Bro Framestone. 5 Disember 2012. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  6. ^ "Review filem Strawberi Cinta". Yana Yassin. 7 Disember 2012. Dicapai pada 25 Mac 2014.

Pautan luar sunting