Anak Perjanjian Syaitan
Anak Perjanjian Syaitan merupakan filem seram Malaysia 2019 arahan Helmi Yusof. Ia ditayangkan pada 24 Oktober 2019.
Anak Perjanjian Syaitan | |
---|---|
Pengarah | Helmi Yusof |
Dibintangi | |
Diedarkan oleh | Empire Film Solution |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 1.6 juta |
Sinopsis Sunting
Zaidi adalah seorang guru, yang mana ibunya seorang janda kaya yang inginkan cucu sendiri dan sering memberi tekanan kepadanya untuk berkahwin lagi kerana dia dan isterinya, Azlinda, tidak mempunyai zuriat walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Azlina sering dicemuh oleh ibu mertuanya kerana perkara itu. Penat dengan bebelan ibunya, Zaidi meminta untuk bertukar tempat kerja dan rupa-rupanya tempat itu adalah kampung kelahiran arwah bapanya. Pasangan itu tinggal di sebuah rumah milik nenek Zaidi yang terletak di sebuah kawasan terpencil. Rumah menakutkan itu tidak diduduki selama lima tahun dan hanya dijaga oleh seorang pekebun bernama Pak Man. Di sana, Azlina mula mendengar suara bayi dan kanak-kanak bermain. Dia kemudian mendapat tahu dia telah hamil. Walau bagaimanapun, dia masih sering diganggu oleh suara tersebut dan mimpi aneh.
Pelakon Sunting
Pelakon utama Sunting
- Nadzmi Adhwa sebagai Cikgu Zaidi
- Chacha Maembong sebagai Azlinda
Pelakon pembantu Sunting
- Jasmin Hamid sebagai Puan Rahmah
- Sahronizam Noor sebagai Pak Man
- Roslan Salleh sebagai Pak Leman
- Nur Atikah Suhaimi sebagai Ustazah Hasmiza
- Badrul Muhayat sebagai Suami Puan Rahmah
- Maria Wati sebagai Nenek Kebayan
- Z. Zamri sebagai Bomoh Said
- Azlan Komeng sebagai Ustaz Aznan
Penampilan khas Sunting
- Wan Sharmila sebagai Doktor
Rujukan Sunting
Pautan luar Sunting
- Anak Perjanjian Syaitan di Cinema.com.my