Dalam Islam, khianat (Bahasa Arab: خيانة‎) adalah salah satu ciri kekafiran. Ia merupakan lawan amanah, suatu tuntutan Iman.

Sabda Rasulullah s.a.w. menegaskan hal sebagaimana disebutkan di atas:-

"Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji." (Ahmad dan Ibnu Hibban)