Muhammad Sharul Ashlyn Ag Ashrul Affandy atau Chubb-E (lahir 24 September 1999) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Kerjayanya bermula selepas menyertai Ceria Megastar musim pertama, dinobatkan sebagai juara pada 2018.[3][4]

Chubb-E
Kelahiran
Muhammad Sharul Ashlyn bin Ag Ashrul Affandy

(1999-09-24) 24 September 1999 (umur 24)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UITM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2014–kini
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
FutureMusic Entertainment
Pengkarya berkait
Amir Masdi

Kerjaya sunting

Pada tahun 2014, Chubb-E menjadi salah seorang peserta rancangan pertandingan bakat Astro Ceria, Ceria Popstar musim kedua, antara lain turut disertai oleh Masya Masyitah. Empat tahun kemudian, beliau menyertai Ceria Megastar musim pertama biarpun pada mulanya bukan peserta pilihan.[5] Dengan mempersembahkan lagu "Khazanah Dari Malaya" nyanyian asal Ayati Tasrip, beliau dinobatkan sebagai juara Ceria Megastar sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM20,000.[3][6] Selepas tamat rancangan itu, Chubb-E merakamkan single sulungnya, "Aku Tak Kisah" yang dikeluarkan pada 2018, kemudian diikuti oleh dua single berikut—"Kita Cuma Kawan" (2019) dan "Padan Muka" (2020).[7]

Beliau mula dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan Dansa Dan Sing yang turut disertai oleh W.A.R.I.S, Wani Kayrie, Shiha Zikir dan Sophia Liana di mana beliau digandingkan bersama kumpulan Youngsterz Crew.[8] Beliau kemudian melancarkan single keempat, "Biru Malam" menampilkan duet bersama Amir Masdi.[9][10][11] Kerjaya lakonan Chubb-E bermula apabila ditawarkan membintangi drama Projek: Anchor SPM lakonan bersama Aedy Ashraf, Daiyan Trisha dan Shasha Abedul. Sebelum membintangi drama itu, beliau pernah membintangi telefilem Ada Yang Ngikut.[10]

Kehidupan peribadi sunting

Chubb-E dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Walaubagaimanapun, bapanya berbangsa Brunei dari daerah Papar di bahagian Pantai Barat selatan negeri itu manakala ibunya berbangsa Filipina dan keduanya berasal dari Sabah.[2] Pada Januari 2021, Chubb-E telah mengumumkan di media sosialnya yang beliau telah memiliki kereta mewah berjenama BMW pada usia 22 tahun.[12]

Diskografi sunting

Single
Tajuk Tahun
"Aku Tak Kisah" 2018
"Kita Cuma Kawan" 2019
"Padan Muka" 2020
"Biru Malam" (bersama Amir Masdi) 2021
"Tiada Noktah" 2022

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Rompak Haikal Filem pertama
Halimun Ashif

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Puasa Oh Puasa (musim 1) Dirinya sendiri Astro Ceria
2021 Salam Squad 3.0
Projek: Anchor SPM Botol Astro Citra
Malaysian Ghost Stories Ajak Astro Ria Episod: "Nenek Hostel"
2022 Kau vs Aku Zafran (Zhaf) Sooka
2023 Dara & The Gang Rizal TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Ceria Megastar: Surprise Sir Astro Ceria
2019 Ceria Megastar Ministar: Zap-in
2020 Ada Yang Ngikut Imran Astro Citra
2021 Angan-Angan Mat Jiman

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Ceria Popstar (musim 2) Dirinya sendiri/Peserta Astro Ceria
2018 Ceria Megastar
Feel Good Show Tetamu jemputan ntv7
2019 Ceria Megastar Ministar Mentor Astro Ceria
2020 Dansa Dan Sing Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Dirinya sendiri Menang [13]

Rujukan sunting

  1. ^ Fatin Farhana Ariffin (23 Oktober 2019). "Chubb-E akur belum menyerlah". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2020.
  2. ^ a b Zulqarnain Abu Hassan (5 September 2019). "Chubb-E sanggup tinggalkan zaman remaja". Sinar Harian. Dicapai pada 9 April 2020.
  3. ^ a b Kamaruddin Razal (4 Mei 2018). "Chubb-E juara Ceria Megastar, bawa pulang RM20,000". Astro Gempak. Dicapai pada 9 April 2020.
  4. ^ Siti Athirah Dzulkifly (6 Februari 2022). "Itulah, saya pun pelik – Chubb-E". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 November 2022.
  5. ^ Ifqdar Rahman (7 Mei 2018). "Tuah beraksi solo, Chubb-E dinobat sebagai juara". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2018. Dicapai pada 1 Mei 2019.
  6. ^ Sudirman Mohd Tahir (5 Jun 2020). "Impian anak seni". Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2021.
  7. ^ "Chubb-E tepis penerimaan warganet". Media Permata. 21 November 2020. Dicapai pada 9 April 2021.
  8. ^ Fatin Farhana Ariffin (20 November 2020). "Chubb-E tidak tertekan". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2020.
  9. ^ Anna Mohamad (26 Januari 2021). "Eksperimental diri Chubb-E menerusi Biru Malam". Utusan TV. Dicapai pada 8 April 2021.
  10. ^ a b Nor Eryani Yusup (15 Februari 2020). "Biru Malam hadiah dari hati Chubb-E". Kosmo!. Dicapai pada 9 April 2021.
  11. ^ Zaidi Mohamad (26 Januari 2021). "Kenal diri dalam karya ciptaan". Berita Harian. Dicapai pada 27 Februari 2021.
  12. ^ Asraf Adied (20 Januari 2021). "Baru 22 tahun, Chubb-E sudah mampu miliki kereta mewah". Astro Gempak. Dicapai pada 9 April 2021.
  13. ^ Fatin Farhana Ariffin, Ahmad Johari Mohd Ali (13 November 2020). "Chubb-E menang trofi Artis Baharu Lelaki Popular". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2021.

Pautan luar sunting