Papar, Sabah

(Dilencongkan dari Papar)

Papar merupakan sebuah bandar kecil dan juga daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, Malaysia Timur. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort di selatan. Papar juga terkenal sebagai destinasi terakhir laluan North Borneo Railway bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kereta api stim tersebut.

Papar
ڤاڤر
Bandar Papar.
Bandar Papar.
Official seal of Papar ڤاڤر
Etimologi: Tanah Rata
Lokasi Pekan Papar dan daerah Papar
Lokasi Pekan Papar dan daerah Papar
Papar ڤاڤر yang terletak di Malaysia Timur
Papar ڤاڤر
Papar
ڤاڤر
Lokasi Pekan Papar dan daerah Papar
Koordinat: 5°44′N 115°56′E / 5.733°N 115.933°E / 5.733; 115.933Koordinat: 5°44′N 115°56′E / 5.733°N 115.933°E / 5.733; 115.933
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahPapar
Kerajaan
 • BadanMajlis Daerah Papar
 • Pegawai DaerahAdanan@Adnan Bin Atin
 • Pegawai Eksekutif Majlis DaerahAhmad Jaludin Abd. Karim
 • MPYang Berhormat Tuan Haji Ahmad Bin Hassan (WARISAN) (Papar) Sabah Heritage Party Logo.png
Luas
 • Jumlah1,243.2 km2 (480.0 batu persegi)
Ketinggian
9 m (30 ft)
Populasi
 (2010)
 • Jumlah5,984[1]
 Populasi di sekitar Papar sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Papar.
Tamu MingguanKhamis, Sabtu dan Ahad
Laman webwww.sabah.gov.my/pd.ppr www.sabah.gov.my/md.ppr

EtimologiSunting

Asal-usul PaparSunting

Asal usul nama Papar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata. Seperti mana kebanyakan tempat seluruh jalur pantai barat Sabah, Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Ketua masyarakat tempatan pada ketika itu adalah Datu Amir Bahar yang berketurunan Bajau. Papar kemudiannya telah diserahkan kepada adik-beradik Overback dan Dent pada tahun 1877.[2]

Pegawai British pertama yang mentadbir Papar pada ketika itu adalah H.L. Leicester. Pentadbirannya bermula pada februari 1878 yang memfokuskan untuk mengingkatkan hasil pulangan daerah tersebut. Walau bagaimanapun, masalah kewangan yang dihadapi oleh Syarikat Borneo Utara British pada waktu itu telah membantutkan hasrat Leicester. Beliau kemudiannya digantikan oleh Alfred Hart Everett.[2] Everett telah berusaha untuk mengadakan pentadbiran yang berkesan tetapi tidak berjaya sepenuhnya kerana kesulitan untuk menyelesaikan pertelingkahan diantara puak-puak di daerah ini.

Tambahan pula, beliau tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk membantunya. Untuk memudahkan pentadbirannya, beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pembesar-pembesar tempatan seperti Datuk Amir Bahar, Ketua orang-orang Bajau dan OKK Dugassa. Beliau seterusnya menyerahkan tugas yang berkaitan dengan pentadbiran tempatan kepada mereka.[2]

Stesen pentadbiran British di Papar terletak di tebing anak Sungai Papar berhampiran dengan Sekolah Menengah Majakir sekarang ini. Pada mulanya tempat ini hanya mempunyai beberapa bangunan yang diperbuat daripada kajang dan beratapkan daun rumbia yang dimiliki oleh Kerajaan.[2]

Selama berada di bawah Syarikat Berpiagam, Papar telah mengalami beberapa sistem pentadbiran, dimana ia ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah, kadangkala ia juga ditadbir seorang Pemangku Penolong Pegawai Daerah yang berada dibawah jagaan Pegawai Daerah di Jesselton (Kota Kinabalu). Keadaan ini bergantung kepada kemampuan Kerajaan untuk menyediakan pegawai-pegawai pentadbir.[2]

Dibawah pentadbiran British, Pegawai British akan dibantu oleh Ketua-Ketua Anak Negeri dan juga Kapitan Cina yang pertama ialah Chan Fook iaitu ayah kepada Datuk Chi On. Bagi suku kaum Kadazan-Dusun pula mereka telah dipimpin oleh Duraun. Kesemua suku kaum yang berada di daerah Papar ini bekerja sama untuk memajukan daerah Papar.[2]

Sementara itu masyarakat Islam di daerah Papar dikatakan bermula sejak tahun 1780 lagi. Pada masa itu sudah terdapat kampung seperti Kampung Sapat, Kampung Singgah Mata (Buang Sayang), Kampung Subarang (sekarang Pekan Papar) dan Kampung Palaun. Penghulu ketika itu ialah Dato Kupar yang tinggal di Kampung Subarang. Imamnya pula bernama Dato Durauf.[2]

Pada waktu itu hanya terdapat surau-surau sahaja sebagai tempat beribadat. Masjid pertama daerah Papar telah didirikan di Kampung Laut pada 1890. Imamnya ialah Sarif Haji Idris yang berasal dari Indonesia. Disamping menjadi Imam, beliau juga merupakan guru agama.[2]

Ekoran daripada perkembangan ini, ramai alim ulama dari Brunei dan Sarawak datang dan menetap di Papar. Papar merupakan salah satu pusat kegiatan Islam di "Negeri Di Bawah Bayu" ini.[2]

Apabila penduduk daerah ini semakin bertambah, Sekolah Melayu Pekan Papar telah didirikan pada tahun 1920. Manakala Sekolah Menengah St Joseph telah didirikan oleh Rev. Father Klyn.[2]

Bandar dan DaerahSunting

 
Salah sebuah rumah kedai lama hasil peninggalan British yang masih wujud hingga sekarang.

Bandar Papar menempatkan beberapa bangunan penting antaranya bangunan Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Papar, pasar am, stesen kereta api, pejabat urusetia, stadium mini dan beberapa deret kedai. Antara deretan kedai ini ada yang dibina dengan papan. Kedai-kedai ini dibina pada tahun 1950-an dan 1960-an dan boleh dianggap sebagai bangunan bersejarah.

Daerah Papar mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Kinarut di sebelah utara, manakala Kimanis, dan Bongawan pula di sebelah selatan. Daerah ini mempunyai banyak sawah padi dan suatu ketika dahulu terkenal sebagai jelapang padi Sabah. Namun akibat wujudnya pembangunan yang semakin ketara telah menyebabkan kawasan sawah padi di daerah ini semakin berkurang.

Demografi pendudukSunting

EtnikSunting

Jumlah penduduk sekitar PaparSunting

Berdasarkan sumber statistik tahun 2010, jumlah populasi penduduk di sekitar papar mempunyai penduduk seramai 5,984 dan terbahagi kepada beberapa komposisi kaum utama iaitu Melayu Brunei, Bajau, Kadazandusun serta beberapa suku bumiputera yang lain. Terdapat juga sebilangan kecil kaum Cina yang majoritinya etnik Hakka, dan juga kaum India dan sekelompok kecil kaum Pakistan.[3] Pembancian akan dilakukan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mendapatkan maklumat penduduk yang terkini.[4]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Papar pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[5]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 1,635 1,433 561 10 524 1,569 43 41 168 5,984
2020 (Akan Datang)

Jumlah penduduk daerah PaparSunting

Populasi penduduk keseluruhan daerah papar pula pada tahun 2010 adalah dianggarkan sebanyak 124,420 orang.

JantinaSunting

Berikut merupakan jumlah penduduk kawasan Papar pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[5]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 2,970 3,014 5,984

PembangunanSunting

 
Masjid Daerah Papar

Walaupun jarak di antara Papar dan Bandar Raya Kota Kinabalu tidaklah begitu jauh, namun pembangunan bagi daerah ini agak perlahan jika dibandingkan dengan pekan Putatan serta pekan Donggongon di Daerah Penampang yang telah menjadi sebahagian sub-bandar Kota Kinabalu dalam lingkungan Greater Kota Kinabalu. Akan tetapi bandar Papar merupakan bandar satelit bagi Kota Kinabalu dan ia termasuk dalam lingkungan Metropolitan Kota Kinabalu atau Kota Kinabalu Metropolitan Area kerana tahap kependudukan yang tinggi.

Terdapat juga sebuah Kompleks Perpustakaan Daerah, Kompleks Sukan, Pejabat Daerah Papar, serta beberapa buah pasar raya seperti Giant menjadikan tempias pembangunan semakin dirasai oleh penduduknya. Stesen Kereta Api Papar adalah salah sebuah stesen perhentian kereta api utama yang terletak bersebelahan dengan terminal bas bersepadu.

Selain itu, bandar Papar juga mempunyai dua buah dewan masyarakat yang dikenali sebagai Dewan Masyarakat Baru dan Dewan Datuk Salleh Sulong yang mejadi tempat venue utama pelbagai acara, sebagai contoh pertandingan sepak takraw ketika SUKMA ke-9 dan Pesta Gambus Sabah telah diadakan di Dewan Masyarakat Baru. Kawasan perumahan juga semakin banyak didirikan di sekitar bandar ini bagi menampung permintaan penduduk. Di Kinarut pula terdapat ibu pejabat batalion polis yang baru diwujudkan.

Kawasan Benoni yang terletak hanya 4 kilometer dari pusat bandar Papar akan dibangunkan menjadi sebuah bandar baharu tidak lama lagi dan bakal dilengkapi dengan pusat beli belah, bangunan kolej dan taman rekriasi. Projek pembangunan Benoni Commercial Centre (BCC) yang bakal dijalankan akan menjadikan bandar Papar semakin membesar sehingga ke kawasan Benoni.[6]

Projek naik taraf dan pembesaran hospital Papar juga akan dilaksanakan. Projek tersebut termasuk membina blok bangunan hospital baru setinggi lima tingkat bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di daerah Papar.[7]

PerhubunganSunting

 
Jambatan kereta api yang terdapat di bandar ini.

Tahap hubungan ke bandar Papar adalah sangat tinggi memandangkan ia terletak di lebuh raya utama Pan Borneo FT1 yang menghubungkan Kuching, Sarawak hingga ke Tawau, Sabah. Papar dihubungkan secara tidak langsung ke Jalan Persekutuan 1 melalui Jalan Cabang Papar. Walaupun lebuh raya ini cuma terdiri daripada dua lorong, namun ianya adalah laluan utama untuk sampai ke sini. Selain itu, terdapat satu lagi laluan utama ke Papar yang berstatus jalan negeri, iaitu Jalan Pengalat-Lok Kawi A25, tetapi jalan ini hanya sesuai digunakan oleh kenderaan ringan sahaja berikutan kelegaan jambatan kekuda Sungai Papar yang begitu rendah.[8]

Tidak cukup dengan itu, sistem kereta api juga meningkatkan lagi tahap ketersampaian ke bandar ini bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pusat stesen utama kereta api selain Tanjung Aru, Putatan, Beaufort dan Tenom.

Mengikut kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada sidang Dewan Undangan Negeri sekitar April 2014, Jalan Lok Kawi-Papar FT1 yang menghubungkan daerah ini dengan daerah Putatan dan Kota Kinabalu akan dinaik taraf kepada standard JKR R5 menjadikannya lebuh raya berkembar dua lorong dua hala, bermula dari persimpangan Lok Kawi menghala sehingga bulatan Benoni. Projek naik taraf tersebut akan dimulakan sebelum akhir tahun 2014 hingga 2017.[9]

PendidikanSunting

Daerah Papar terkenal sebagai Hab Pendidikan bahagian pantai barat. Di sini terdapat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang kedua-duanya merupakan yang pertama seumpamanya di Sabah. Kompleks pendidikan boleh dilihat di kawasan Kinarut di mana banyak ditempatkan institusi pengajian seperti IKBN, MRSM, dan Pusat Latihan Koperasi (PULAKOP). Di kawasan ini juga menempatkan dua buah sekolah menengah agama iaitu SMK(A) Tun Datu Mustapha dan SMA Toh Puan Hajah Rahmah yang baru.

Daerah Papar juga memiliki sekolah berasaskan agama yang terbanyak di antara semua daerah di Sabah sebanyak empat buah sekolah, iaitu SMK(A) Tun Datu Mustapha, SMK(A) Limauan, SMA Toh Puan Hajah Rahmah dan SMA Islamiah Papar. Kedua-dua SMK(A) terletak di bawah kelolaan kerajaan persekutuan manakala kedua-dua SMA terletak di bawah kelolaan kerajaan negeri.

Selain itu, daerah ini juga mempunyai banyak sekolah menengah utama seperti SMK Majakir, SMK Takis, SMK Benoni, SM St. Joseph, SMK Kinarut, SMK Bongawan, dan SMK Pengalat selain banyak sekolah rendah di sekitar daerah ini.

PelanconganSunting

Daerah ini juga terkenal dengan beberapa kawasan pelancongan yang sering dikunjungi oleh pelancong sama ada dalam negara mahupun luar negara. Industri pelancongan adalah antara industri terpenting bagi daerah ini selepas pertanian. Banyak kawasan pelancongan dan resort boleh dijumpai di sekitar daerah ini, antaranya:

  • Beringgis Beach Resort
  • Pulau Dinawan
  • Hutan Lipur Kawang
  • KK Adventure Park
  • Mai Aman
  • Berjaya Beach Resort
  • Langkah Syabas Beach Resort
  • Utan Paradise Jungle Camp
  • Pantai Manis
  • Borneo Golf & Country Club

Selain itu, beberapa buah inap desa (homestay) juga terdapat di sekitar daerah ini.

Industri Minyak & GasSunting

Industri minyak dan gas mula diterokai di daerah ini di kawasan Kimanis dengan penemuan telaga minyak di pesisir laut daerah ini, yang mana Petronas telah melabur dalam projek Sabah Oil and Gas Terminal atau SOGT. Projek tersebut yang memakan belanja berbilion ringgit telah dilancarkan dan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke-5 pada tahun 2008. Turut dilancarkan adalah projek Sabah-Sarawak Gas Pipeline atau SSGP yang menyalurkan gas asli ke loji pemprosesan di Bintulu, Sarawak sepanjang 512 kilometer. Projek SOGT dan SSGP tersebut adalah salah satu projek utama di bawah Koridor Pembangunan Sabah yang bertujuan mengubah lanskap daerah ini khususnya dan negeri Sabah amnya ke arah lebih maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.[10]

RujukanSunting

  1. ^ Jabatan Perangkaan, Malaysia (Disember 2011). "Table 1: Key summary statistics for Local Authority areas, Malaysia, 2010 (cont'd)" (p. 8). Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010. Capaian Januari 19, 2013
  2. ^ a b c d e f g h i j http://www.sabah.gov.my/pd.ppr/sejarah.htm
  3. ^ http://www.sabah.gov.my/pd.ppr/kebudayaan.htm
  4. ^ "Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Dicapai pada 2020-02-14.
  5. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27.
  6. ^ http://www.theborneopost.com/2012/09/01/benoni-papar-akan-membangun-selepas-siapnya-bcc-kata-susan/
  7. ^ http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=85145
  8. ^ "Kembara Merdeka Sabah 2013 Part 6: Jalan Pengalat-Lok Kawi A25 dan Jalan Papar Spur". Blog Jalan Raya Malaysia. 2013-09-11. Dicapai pada 2015-05-16.
  9. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_%26_Sarawak/20140415/wb_03/
  10. ^ http://www.bernama.com.my/finance/news.php?id=308495

Pautan luarSunting