Daerah Papar

daerah di Sabah, Malaysia

Papar merupakan sebuah daerah di Bahagian Pantai Barat, barat negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Papar. Antara pekan lain yang terletak di daerah ini termasuklah Kimanis, Bongawan dan Kinarut. Majoriti penduduk di daerah Papar merupakan masyarakat Melayu Brunei.

Daerah Papar
Peta daerah Papar
Peta daerah Papar
Lokasi Daerah Papar
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
Pusat pentadbiranPapar
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Papar
 • Pegawai daerahHadzlan Haji Jablee
Keluasan
 • Jumlah1,248 km2 (482 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah150,667
 • Kepadatan120/km2 (310/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
89xxx
Nombor platSB
Laman sesawangpdpapar.sabah.gov.my
mdpapar.sabah.gov.my

Etimologi sunting

Asal usul nama Papar dipercayai berasal daripada perkataan Bahasa Melayu Brunei yang bermaksud tanah rata.[2]

Geografi sunting

Daerah Papar terletak di barat negeri Sabah, tepatnya di barat daya Bahagian Pantai Barat. Daerah Papar bersempadan dengan Daerah Putatan di utara, Daerah Penampang di timur laut, Daerah Tambunan di timur, Daerah Keningau di tenggara, Daerah Tenom di selatan, Daerah Beaufort di barat daya dan Laut China Selatan terletak di barat daerah ini.

Bentuk muka bumi Daerah Papar sebahagian besar merupakan kawasan tanah rendah atau tanah rata, manakala di kawasan pedalaman atau bahagian hulunya merupakan kawasan tanah tinggi yang merupakan sebahagian daripada jajaran Banjaran Crocker dengan titik tertinggi mencapai 1,513 meter. Sungai terpanjang di daerah ini pula ialah Sungai Papar.

Pentadbiran sunting

Daerah Papar ditadbir oleh Majlis Daerah Papar yang berpusat di Pekan Papar. Daerah Papar juga dibahagikan kepada tujuh mukim yang merangkumi 81 buah kampung;

  • Mukim Benoni
  • Mukim Bongawan
  • Mukim Kawang
  • Mukim Kimanis
  • Mukim Kinarut
  • Mukim Kuala
  • Mukim Pengalat

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200092,451—    
2010128,434+38.9%
2020150,667+17.3%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Papar ialah seramai 150,667 orang dengan kepadatan penduduk 120 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[4] Majoriti penduduk di daerah Papar merupakan Bumiputera termasuklah etnik Melayu Brunei, Kadazandusun dan Bajau.[5][1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 36,685
Bumiputera lain 94,880
Cina 5,543
India 160
Lain-lain 920
Bukan warganegara - 12,479
Jumlah 150,667

Agama sunting

Di daerah Papar, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 70 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 26 peratus dan Agama Buddha sebanyak tiga peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Kemudahan sunting

Daerah Papar dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 51 buah sekolah rendah, 11 buah sekolah menengah, enam buah balai polis, dua buah balai bomba, satu hospital kerajaan, lima buah klinik kesihatan, satu klinik komuniti dan lapan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ "PEJABAT DAERAH PAPAR". pdpapar.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-04-17.
  3. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan