Lebuhraya Pan Borneo

laluan jalan raya antarabangsa di pulau Borneo


Lebuhraya Pan Borneo, juga dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo, (Laluan Persekutuan di Sarawak dan di Sabah, Laluan Kebangsaan 1 di Brunei) Tabliczka AH150.svg AH150 adalah satu rangkaian laluan persekutuan yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah. Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah projek usaha sama antara kerajaan Brunei dan Malaysia. Projek tersebut bermula sebaik sahaja Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Faktor utama pembinaan lebuh raya ini adalah berikutan tiadanya rangkaian jalan raya di Sarawak. Bahagian yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei adalah bahagian Lawas - Temburong (Brunei), siap pada tahun 1997. Dengan siapnya bahagian tersebut, pemandu boleh memandu secara terus dengan kereta dari Kuching ke Kota Kinabalu.[1] Namun demikian, Kerajaan Pusat terus membina bahagian-bahagian baru bagi menghubungkan kawasan luar bandar di Sarawak.[2]

Lebuhraya Pan Borneo
Maklumat laluan
Sebahagian daripada Tabliczka AH150.svg AH150
Panjang2,083 km (1,294 mi)
Simpang utama
Hujung baratdayaSematan, Sarawak
Persimpangan utamaKuala Belait, Brunei
Hujung timurlautSerudong, Sabah
Lokasi
NegaraMalaysia, Brunei Darussalam
Bandar utamaBandar Seri Begawan, Jerudong, Gadong, Berakas, Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas, Sipitang, Weston, Keningau, Papar, Kota Kinabalu, Kota Belud, Sandakan, Tawau, Seria, Lumut, Sungai Liang, Tutong, Lumut
Sistem lebuh raya
Jaringan Lebuhraya Asia
Sistem Jalan Felderal Malaysia
Sistem Jalan Kebangsaan Brunei
Rangkaian Lebuh Raya Asia
Papan laluan Lebuh Raya Asia 150
Lebuh Raya Asia 150
Simpang utama
Hujung baratSematan, Sarawak, Malaysia
Hujung timurSerudong, Sabah, Malaysia
Lokasi
NegaraMalaysia, Brunei
Sistem lebuh raya
Rangkaian Lebuh Raya Asia
Tanda perbatuan di Laluan 22 Felderal Malaysia di Telupid

Panjang keseluruhan sistem lebuh raya ini dianggarkan sepanjang lebih kurang 2,239 km . Setakat tahun 2002, lebih kurang 997.18 km atau 95.2% daripada panjang keseluruhan lebuh raya tersebut telah disiapkan. Setakat ini, bahagian terbaru yang siap dibina adalah bahagian Tenom - Sipitang pada tahun 2006. Pembinaan bahagian terakhir dari Kalabakan ke Sepulut bakal dimulakan pada tahun 2008, oleh itu keseluruhan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Di bawah Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo juga, pem­binaan jalan empat lorong dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan termasuk lorong memotong di setiap satu kilometer untuk menangani kawasan kerap kemalangan dan pemendekan jalan.[3] Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, sejumlah RM500 juta diluluskan oleh kerajaan untuk tujuan bagi menangani ka­wasan berisiko selain menaik taraf serta menyelenggara jalan rosak. Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo ini kelak, jaringan jalan ini tidak akan dikenakan sebarang Tol kerana ianya merupakan jalan utama menghubungkan ke bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Projek pembukaan dan perasmian nya akan bermula pada 31 Mac 2015 ini akan memulakan fasa 1 pembinaan bermula di Nyabu Simpang Bakun 51 km dari Bandar Bintulu dan Miri seterusnya akan ke fasa 2, 3 dan akan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022.

Lebuhraya Pan Borneo turut dihubungkan ke rangkaian jalan raya di Kalimantan, Indonesia, di mana ia dikenali sebagai Lebuhraya Trans-Kalimantan (Jalan Lintas Kalimantan dalam Bahasa Indonesia). Jajaran di Indonesia menghubungkan pekan Tebedu dengan bandar raya Pontianak.

Piawaian Lebuhraya Pan Borneo sunting

Umumnya, Lebuhraya Pan Borneo menggunakan piawaian yang sama seperti laluan persekutuan yang lain di Malaysia, tetapi sistem kod jalan raya pula adalah berbeza. Sintaks bagi kod laluan Lebuhraya Pan Borneo adalah xx-yy, di mana xx ialah nombor laluan manakala yy adalah kod bahagian, contohnya laluan Nombor laluan tidak sah di Sibu, Sarawak.

Bandar utama sepanjang Lebuhraya Pan Borneo sunting

(Sempadan Sarawak-Brunei)
  • Kuala Belait
  • Tutong
  • Bandar Seri Begawan
(Sempadan Brunei-Sarawak)
  • Limbang
(Sempadan Sarawak-Brunei)
  • Bangar
(Sempadan Brunei-Sarawak)
  • Lawas
(Sempadan Sarawak-Sabah)
(Sempadan Malaysia-Indonesia)

Lebuharaya Pan Borneo (Sabah) sunting

UEM, MMC dan Warisan Tarang Construction Sdn Bhd menjadi rakan penyampaian projek dan kontraktor utama untuk projek ini -menubuhkan UEM-MMC JV Sdn Bhd-, menghubungkan Sindumin dan Tawau. Ia juga menghubungkan bandar-bandar besar lain seperti Keningau, Kota Kinabalu dan Sandakan, sama seperti pekan-pekan dan bandar-bandar berdekatan termasuk Beaufort, Penampang dan Ranau. Pada tahun 2019, MMC menyatakan bahawa gabungan itu bersetuju dengan kerajaan Warisan-PH untuk menamatkan tugas sebagai PDP dan menyerahkannya kepada Kementerian Kerja Raya. Susulan itu, UEM-MMC JV Sdn Bhd mungkin akan ditamatkan operasinya dan memberi laluan kepada kontraktor lain untuk meneruskannya. Ini menyebabkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah tergendala dalam jangka masa panjang sehingga hujung September 2020.

Pada Oktober 2020, kerajaan baharu Sabah telah ditubuhkan di bawah Parti GRS kerana berjaya mengalahkan Parti Warisan-PH dalam pilihan raya negeri. Pemimpin Parti GRS mengumumkan bahawa Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan dimulakan semula dan tidak akan sesekali menamatkan prosesnya serta tidak akan menukar kontraktor sehingga projek Pan Borneo berjaya diselesaikan. Pada September 2023, Raja Malaysia, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melawat Kepulauan Borneo (lawatan khas ini juga dikenali sebagai Kembara Borneo) dan Raja Malaysia telah memeriksa semua baki-baki projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah. Raja memberi nasihat kepada JKR Sabah untuk mempercepatkan pembinaan projek Pan Borneo supaya rakyat Sabah dapat merasai perjalanan yang luas dan serba-lancar. Selain dari nasihat berkenaan Pan Borneo Sabah, beliau juga menegur pihak SESB dan Jabatan Air Sabah berkenaan penaiktarafan dalam jabatan berkenaan. Perjalanan Kembara Diraja ini bermula dari Tawau, Sabah ke Telok Melano, Lundu, Sarawak. Perjalanan Kembara Borneo adalah bertujuan untuk merasai pemanduan di Lebuhraya Pan-Borneo Sabah-Sarawak dan juga bertujuan untuk mengenali rakyat-rakyat di kepulauan Borneo dengan lebih dekat (menyantuni rakyat borneo).

Perkembangan kemajuan dan Isu kemajuan perlahan sunting

Lebuh raya Pan Borneo bahagian Sabah, dianggap sebagai projek sakit, yang berpunca dari beberapa syarikat yang mengalami masalah kewangan, peralihan utiliti dan masalah teknikal [4].

untuk masa kini 15 dari keseluruhan 35 pakej fasa 1 LBP Sabah, sebagai fasa 1a, sudahpun mencapai kemajuan 88% , namun beberapa masalah seperti proses pengambilan balik tanah dan implikasi daripada pertukaran kaedah pelaksanaan projek, menjadi satu diantara punca kemajuan pembinaan Lebuharaya Pan Borneo (bahagian Sabah) lebih perlahan berbanding LBP bahagian Sarawak [5], dengan masalah lainnya berpunca dari tindakan Kerajaan Sabah pada tahun 2019 (di masa itu Parti Warisan memerintah Sabah 2018-2020), yang mengsyorkan kepada kerajaan persekutuan untuk menamatkan konsep project delivery partners (PDP) ataupun Rakan kongsi penghantaran projek [6], yang menyebabkan model kewangan sebagai pembiayaan pada kemajuan LBP Sabah ditamatkan, dan melambatkan kemajuan LBP tersebut [7].

lalu menteri kerja raya Sabah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata

Berbeza dengan projek LPB di Sarawak yang bermula pada 2015, projek di Sabah bermula pada 2016. Selain itu, hanya sebahagian daripada 35 Pakej Kerja meneruskan pembinaan, manakala baki pakej kerja, terutamanya Fasa 1B, terpaksa diteliti semula berikutan perubahan kaedah pelaksanaan dan dijangka bermula tahun ini sahaja.

[8], pada tindakan penamatan sistem PDP, ia menjadi sebuah kesilapan yang fatal, kerana pembiayaan secara persetujuan melalui PDP, yang dijangka datang daripada pembiayaan pembangunan dan penerbitan sukuk, diganti dengan peruntukan pembangunan sebagai satu-satunya sumber pembiayaan, yang menjadi faktor lainnya yang membuat perlahan pada kemajuan LBP Sabah [9], selain itu faktor Pandemik COVID-19, juga menjadi peran yang melambatkan kemajuan LBP Sabah, namun sebagai bentuk usaha penambahbaikan Nanta berkata

Perunding Pengurusan Projek (PMC) telah dilantik untuk membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam mempercepatkan projek melalui pelbagai pelan mitigasi, termasuk menjadualkan semula jadual pembinaan dan menyediakan Extension of Time (EOT) kepada kontraktor.

[10] dan baki pakej fasa 1, iaitu 1b sebanyak 19-20 pakej sudah menerima permohonan sebanyak 300 syarikat, untuk menyertai tender dan timbalan menteri kerja raya Sabah Datuk Seri Ahmad Maslan berkata

proses tender prakelayakan itu ditutup baru-baru ini dan pihaknya dijangka mengambil masa sebulan untuk menyenarai pendek syarikat sebelum dibawa ke lembaga tender.

[11][10].

sementara itu senator Sabah Bobbey Suan, mencadangkan untuk mengutamakan pembinaan Lebuh raya Pan Borneo Sabah fasa 3, tanpa menunggu fasa 1 dan 2 selesai [12].

sementara itu timbalan 3 ketua menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya, berkata

reka bentuk dan dokumen tender telahpun tersedia dan proses makmal pengurusan nilai juga telah selesai pada penghujung Oktober 2023.

[13], dengan 4 dari 20 pakej 1b, iaitu WP12, 13, 14 dan 16 telahpun mendapatkan kontraktor, dengan kerja fizikal akan bermula pada 1 April 2024, dan baki 16 pakej 1b, masih dalam proses perolehan yang dijangka akan selesai pada April 2024, dengan kerja fizikal akan bermula bulan Mei 2024 [13].

Lebuhraya Pan Borneo (Sarawak) sunting

Pada tahun 2015, kerajaan telah melancarkan projek pembinaan lebuh raya Pan Borneo bermula di Telok Melano dan berakhir di Jalan Pujut 7 Link, Miri. 10 kontrkator terlibat bermula dengan pelantikan Samling Resources Sdn Bhd sebagai kontraktor pertama untuk projek jajaran Telok Melano ke Sematan dan Sematan ke Sungai Moyan pada Disember 2015 dan berakhir dengan Konsortium KPE Sdn Bhd bagi jajaran Sg. Tangap ke Jalan Pujut 7 Link pada Ogos 2016. Tujuan utama penaiktarafan jalan berkenaan adalah menukar satu lorong dua hala kepada empat lorong dua hala. Ini kerana, selama ini perjalanan jarak jauh hanya melalui lorong dua hala dan sangat tidak sesuai untuk tujuan tersebut. Rakyat Sarawak telah menantikan pembinaan lebuh raya tersebut selama lebih 40 tahun. Kontraktor-kontraktor terlibat adalah dari kalangan syarikat-syarikat pembinaan bumiputera yang terkenal, iaitu Samling Resources Sdn Bhd, Zecon Berhad, Kimlun Sdn Bhd, Naim Holdings Berhad, Gamuda Berhad, Endaya Construction Sdn Bhd, TRC Synergy Berhad, Pembinaan Kuantiti Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Berhad, Bina Puri, Hock Seng Lee Berhad (HSL), Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd, Musyati Sdn Bhd, Mudajaya Group Berhad, KKB Engineering Berhad, WCT Holdings Berhad, Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd dan Konsortium KPE Sdn Bhd. Samling Resources Sdn Bhd merpuakan syarikat pembinaan milik Samling Group of Companies manakala PPK merupakan anak syarikat Shin Yang Group of Companies, mahir dalam pembinaan dan pembuatan simen. Konsortium KPE Sdn Bhd merupakan syarikat usaha sama 70:30 antara KACC Construction Sdn Bhd dan Perbena Emas Sdn Bhd (PESB). Terdapat 11 pakej projek (WPC) yang telah dianugerahkan kepada 10 kontraktor tersebut. Pada Januari 2019, WPC01 yang menghubungkan Telok Melano dan Sematan siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai sedikit sebanyak melegakan serta memudahkan penduduk Telok Melano yang selama ini hanya dihubungkan melalui bot. Kontraktor yang bertanggungjawab, Samling Resources Sdn Bhd bersama dengan wakil Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Negeri membuka Jalan Telok Melano-Sematan dengan rasminy bersama wakil-wakil LBU. Hal ini sedikit sebanyak memudahkan mereka memulakan perjalanan baru bermula di KM0.00, Telok Melano dan sampai di Bulatan Sematan yang masih dalam pembinaan di dalam WPC02 yang menghubungkan Sematan dan Sg. Moyan. Ia dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. Pada 14 Oktober 2019, penamat projek, laluan Simpang Nyabau ke Bakun, sepanjang 43 km, telah siap dan dirasmikan oleh wakil-wakil dari Jabatan Kerja Raya Sarawak, kerajaan negeri, LBU dan kontraktor utama, PPK. Pada Disember 2019, Jambatan Durin, yang mempunyai laluan baharu, terletak di dalam pakej ketujuh, siap sepenuhnya dan mula diturap pada tahun 2020.

Kontraktor-kontraktor yang terlibat akan dibahagikan dalam pakej-pakej berbeza:

  • Samling Resources Sdn Bhd - WPC01 Telok Melano ke Sematan (TMS) (32.77 km (20.36 bt)) & WPC02 Sematan ke Sg. Moyan (SSM) (95.43 km (59.30 bt))
  • Zecon Kimlun Consortium Sdn Bhd - WPC03 Bulatan Serian ke Simpang Pantu (SPJ) (75.01 km (46.61 bt))
  • Naim Gamuda JV Sdn Bhd - WPC04 Persimpangan Pantu ke Batang Skrang (PJS) (89.43 km (55.57 bt))
  • Endaya TRC PK JV Sdn Bhd - WPC05 Batang Skrang ke Sg. Awik (SSA) (67.94 km (42.22 bt))
  • PPESW BPSB JV Sdn Bhd - WPC06 Sg. Awik ke Simpang Bintangor (SAB) (64.48 km (40.07 bt))
  • HSL DMIA JV Sdn Bhd - WPC07 Simapng Bintangor ke Sg.Kua (BSK) (75.97 km (47.21 bt))
  • Musyati Mudajaya JV Sdn Bhd - WPC08 Sg. Kua ke Sg. Arip (SKB) (63.67 km (39.56 bt))
  • KKBWCT Joint Venture Sdn Bhd - WPC09 Sg. Arip ke Simpang Lapangan Terbang Bintulu (ABJ) (64.53 km (40.10 bt))
  • Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd - WPC10 Simpang Lapangan Terbang Bintulu ke Sg. Tangap (Nyabau Interchange) (BJT) (77.19 km (47.96 bt))
  • Konsortium KPE Sdn Bhd - WPC11 Sg. Tangap ke Jalan Pujut 7 Link (TPL) (79.98 km (49.70 bt))

Persimpangan sepanjang Lebuhraya Pan Borneo sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Mengimpikan Lebuhraya Pan-Borneo yang baru - Mohd Aizan Mohd Nor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-13. Dicapai pada 2014-10-08.
  2. ^ "Masa Depan Lebuhraya Pan Borneo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-15. Dicapai pada 2014-10-08.
  3. ^ Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tumpu kawasan kerap kemalangan.
  4. ^ Sinar Harian (12 Mac 2024). "Lebuhraya Pan Borneo Sabah: Syarikat diarah tangani masalah yang timbul". www.sinarharian.com.my. Sinar Harian (Malaysia). Dicapai pada 23 Mac 2024. Projek sakit Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ada syarikat berdepan masalah kewangan, peralihan utiliti dan masalah teknikal.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  5. ^ BERNAMA (21 Mac 2024). "Kenapa pembinaan Pan Borneo di Sabah perlahan berbanding S'wak, soal MP". www.malaysiakini.com. Malaysia Kini (Malaysia). Dicapai pada 23 Mac 2024. Masalah ketika proses pengambilan balik tanah dan implikasi daripada pertukaran kaedah pelaksanaan projek menjadi antara faktor pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah lebih perlahan berbanding di Sarawak.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  6. ^ Julia Chan (22 Mac 2024). "Sabah DCM blames Pan Borneo Highway delay on previous Warisan government". www.msn.com (dalam bahasa Inggeris). Microsoft Start News. Dicapai pada 23 Mac 2024. The current delay to the Pan Borneo Highway project was due to a previous administration’s decision to stop using project delivery partners (PDP), said Sabah Deputy Chief Minister III Datuk Shahelmey Yahya.
    Shahelmey, who is also state works minister, said the Warisan administration in 2019 had recommended that the federal government terminate the PDP concept and its agreement.
  7. ^ BERNAMA (22 Mac 2024). "Tukar kaedah pelaksanaan punca kelewatan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah". www.astroawani.com (dalam bahasa Inggeris). Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 23 Mac 2024. Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata penamatan kaedah PDP menyebabkan model kewangan untuk membiayai projek berkenaan di Sabah turut ditamatkan seterusnya menyebabkan kelewatan.
  8. ^ BERNAMA (21 Mac 2024). "Nanta: Land acquisition issues among factors for Pan Borneo Highway delay in Sabah". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 23 Mac 2024. Unlike the LPB project in Sarawak, which commenced in 2015, the project in Sabah began in 2016. Furthermore, only a portion of the 35 Work Packages continued construction, while the remaining work packages, particularly Phase 1B, had to be relooked into due to changes in implementation methods and are expected to commence only this year.
  9. ^ FMT Reporters (22 Mac 2024). "Highway delayed by changes in project execution, says Sabah minister". www.msn.com (dalam bahasa Inggeris). Microsoft Start News. Dicapai pada 23 Mac 2024. Shahelmey, who is also a deputy chief minister, said the state government decided to recommend to the federal government to terminate the project delivery partner (PDP) method and the associated agreement.
    The move was wrong because, by terminating the PDP agreement, financing for the project also ended, thus causing delays, he said, according to Bernama.
    Through the PDP agreement, financing was expected to come from development funding and the issuance of sukuk. After the PDP agreement was terminated, financial resources for the project were solely through the development allocation, which was very limited.
  10. ^ a b BERNAMA (21 Mac 2024). "Pan Borneo Highway delay due to land acquisition issues in Sabah, says Nanta". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). Dicapai pada 23 Mac 2024. As a measure for improvement, Nanta said a Project Management Consultant (PMC) has been appointed to assist the Sabah Public Works Department (JKR) in expediting the project through various mitigation plans, including rescheduling construction schedules and providing Extensions of Time (EOT) to contractors.
    For the remaining 19 Work Packages of the Pan Borneo Highway project Phase 1B in Sabah, the government is currently finalising the procurement process and this is expected to be finalised in the second quarter of 2024, completing the entire stretch of the Pan Borneo Highway project Phase 1 in Sabah,
  11. ^ BERNAMA (11 Mac 2024). "300 syarikat mohon tender Pakej 1B Lebuhraya Pan Borneo". www.sinarharian.com.my. Sinar Harian (Malaysia). Dicapai pada 23 Mac 2024. Sebanyak 300 syarikat memohon untuk menyertai tender bagi pakej 1B Fasa Satu Projek Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan 15 pakej kerja, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
    Beliau berkata, proses tender prakelayakan itu ditutup baru-baru ini dan pihaknya dijangka mengambil masa sebulan untuk menyenarai pendek syarikat sebelum dibawa ke lembaga tender.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  12. ^ BERNAMA (22 Mac 2024). "Utamakan projek Lebuh Raya Pan Borneo di pedalaman Sabah, seru senator". www.freemalaysiatoday.com. Free Malaysia Today (Malaysia). Dicapai pada 23 Mac 2024. Senator Bobbey Suan cadang projek Lebuh Raya Pan Borneo di pedalaman Sabah dilaksanakan tanpa tunggu Fasa 1 atau 2 siap.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  13. ^ a b BERNAMA (22 Mac 2024). "Change of implementation method cause of Sabah Pan Borneo Highway project delay". www.bernama.com (dalam bahasa Inggeris). BERNAMA (Malaysia). Dicapai pada 23 Mac 2024. The design and tender documents are already available and the Value Management Lab process was also completed at the end of October 2023.

Pautan Luar sunting