Tanjung Aru adalah sebuah daerah di Kota Kinabalu di Sabah, Malaysia. Ciri utamanya ialah pantai yang dipanggil Pantai Tanjung Aru yang terbentang lebih dari 2 kilometer sepanjang pencakar langit baru.[1]

Ia juga mempunyai bandar sendiri yang dinamakan Bandar Tanjung Aru. Antara ciri penting lain termasuk Perdana Park, Kelab Golf Kinabalu, Kelab Kapal Layar Kinabalu, dan stesen keretapi Tanjung Aru.[2]

Rancangan Popular sunting

Kawasan Tanjong Aru dijadikan sebagai Tempat Perhentian Ketiga pada musim ke-24 The Amazing Race dan Tempat Perhentian Kedua pada musim ke-4 versi Asia.

Pantai Tanjung Aru sunting

Senarai Mangsa Lemas sunting

  • Dayang Tiara Norman, 14 tahun, 13 Julai 2015[3]
  • Khairul Firdaus Lamasin, 17 tahun, 11 Disember 2016[4]

Galeri sunting

 
Luar pantai Tanjung Aru.

Pantai Tanjung Aru, yang terletak di dalam daerah Kota Kinabalu kira-kira 6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan kurang dari setengah kilometer dari terminal 2 Airasia. Ia turut dihubungkan ke rangkaian kereta api Sabah melalui stesen kereta api Tanjung Aru. Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan serta pelancong. Pantai ini dibahagikan kepada tiga bahagian:

Pantai Pertama (Beach One): Dibangunkan oleh konsortium Sugarbun beberapa tahun yang lalu, bahagian ini lengkap dengan kemudahan seperti tandas, restoran, bengkel tatu dan gerai-gerai makanan. Anjung Perdana dan Taman Prince Philip juga terletak di sini.

Pantai Kedua (Beach Two):
Pantai ini mempunyai "inline skating rink" serta restoran yang sederhana dan agak sunyi berbanding dengan pantai pertama.

Pantai Ketiga (Beach Three):

 
Kawasan luar pantai di Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Pantai ketiga merupakan kawasan pantai yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan merupakan tempat melepaskan tekanan dengan cara berteriak sepenuh hati. Kawasan pantai di sini amat sunyi berbanding dengan kedua-dua pantai yang lain. Tambahan lagi, kawasan pantai yang bersih, indah dan romantis dengan melihat matahari terbenam. Selain itu, kawasan ini sesuai kepada pemancing-pemancing kerana pantainya yang agak dalam dan bergelora terutamanya pada kawasan berbatu di luar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kemudahan awam seperti tandas awam juga disediakan untuk persalinan.

Lihat Juga sunting

  • Pembangunan Eko Tanjung Aru[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Tanjung Aru Beach". Sabah Tourism. Dicapai pada 15 March 2017.
  2. ^ "The Route". Sutera Harbour. Dicapai pada 15 March 2017.
  3. ^ Tenggelam bawa hasrat hati
  4. ^ Remaja hilang ditemui lemas di Pantai Tanjung Aru
  5. ^ Tanjung Aru Eco Development


Koordinat: 5°56′44″N 116°3′1″E / 5.94556°N 116.05028°E / 5.94556; 116.05028