Membakut

Bandar dan Pekan di Sabah

Membakut adalah daerah kecil yang terletak di Sabah, Malaysia. Lokasinya berada didalam daerah Beaufort dalam Bahagian Pedalaman, ia adalah lokasi pemberhentian / stesen bagi Ke

Membakut
Deretan Kedai Lama Pekan Membakut Yang Dibuat Pada 1915
Deretan Kedai Lama Pekan Membakut Yang Dibuat Pada 1915
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
Ditubuhkan1 April 1977
Keluasan
 • Jumlah132.8 km2 (51.3 batu persegi)
Penduduk
 (2012)
 • Jumlah21,900
Zon waktuMalaysian Standard Time

Sejarah sunting

Asal Usul Daerah Membakut

Membakut berasal dari perkatan 'BAKUT' yang membawa maksud 'KOTA'.

'MEM' adalah kata perbualan apabila digabungkan 'MEMBAKUT' bermaksud 'MEMBUAT KOTA'.

Membakut asalnya nama sebuah kampung yang diduduki oleh suku kaum Brunei yang terletak ditebing sungai kira-kira 5km dari pantai (laut), kini kampung tersebut dinamakan Kg. Brunei.

Membakut dijadikan nama Pekan untuk mengantikan nama asalnya 'BUA'.

Idea ini adalah hasil daripada Ketua Masyarakat iaitu Allahyarham OKK Hj. Saman Bin Md. Yaakub.

Daerah Kecil Membakut pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898.

Pekan ini pada masa dahulu tertakluk dibawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo.

Pentadbiran sunting

 
Bangunan Urusetia Daerah Kecil Membakut

Pejabat Daerah Kecil Membakut telah diwujudkan pada 07 April 1977. Bangunan Pejabat Daerah Kecil Membakut pada masa itu ialah sebuah rumah lama, Penolong Pegawai Daerah Membakut yang pertama ialah Encik Ibrahim Hj.Ahmad yang berasal dari daerah Sipitang. Bangunan Pejabat Daerah Kecil Membakut yang baru telah mulai dibina pada tahun 1978 dan siap pada tahun 1979 dan seterusnya dirasmikan oleh Datuk Harris Mohd.Salleh (Ketua Menteri ketika itu) pada 28 Oktober 1979. Kini bangunan baru Urusetia Kecil Membakut (Pejabat sekarang) di tapak kawasan yang sama bagi menggantikan bangunan Pejabat Daerah Kecil yang lama dan telah beroperasi mulai tahun 2000.

Penduduk Daerah Kecil Membakut sangat padat dan dahulu meliputi 3 kawasan ADUN iaitu kawasan Beaufort, Bongawan dan Kuala Penyu. Sekarang hanga satu ADUN N.24 Membakut dan Parlimen P.176 Kimanis.

Geografi sunting

Keluasan/topografi Daerah Membakut ialah 132.8km (83 batu persegi) "approximate". Daerah Membakut menpunyai Topographi lokasi daerah yang rendah dan mempunyai ketinggian 20 kaki dari paras laut dimana didapati 80% adalah tanah rata dan 20% tanah berbukit.

Terdapat 4 buah Mukim di Daerah Kecil Membakut yang terletak di Kawasan ADUN N.24 Membakut.

  1. Mukim I (Pimping/Binsulok)
  2. Mukim II (Bandau)
  3. Mukim III (Mawao)
  4. Mukim IV (Bambangan)

Demografi sunting

Pertumbuhan penduduk pada awalnya hanya mempunyai kira-kira 3,000 orang penduduk tinggal di persisiran pantai, bukit bukau dan tebing-tebing sungai. Dalam banci penduduk sehingga tahun 1990 penduduk pekan ini telah bertambah kira-kira 17,169 orang, kini penduduk Daerah Kecil Membakut dianggarkan seramai hampir 21,900 orang.

Penduduk daerah kecil ini sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti mereka melalui bidang pertanian ,perternakan, nelayan dan pengangkutan. Dari segi bidang pertanian, tanaman utama penduduk disini ialah padi. Padi diusahakan 2 kali setahun. Selain daripada padi, koko, sagu, kepala sawit dan getah juga diusahakan berkelompok.

Bidang penternakan diusahakan melalui perseorangan seperti menternak lembu tenusu,skim pawah,ayam dan itik. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak sentiasa memberikan bantuan teknikal dan subsidi untuk meningkatkan mutu pengeluaran kepada penternak.

Nelayan di daerah ini tertumpu kepada Kaum Brunei dan hasil tangkapan mereka dihantar ke pasar Pekan Membakut dan Kuala Penyu.

Dari segi pengangkutan para individu menjalankan operasi bas mini dari Pekan Membakut ke Kota Kinabalu dan Beaufort.

Mengikut bancian yang lalu, penduduk Daerah Kecil Membakut terdiri daripada Masyarakat Melayu Brunei, Kadazandusun, Orang Sungai, Jawa, Bisaya dan Cina. Daerah Kecil Membakut, yang diasaskan pada 7 April 1977, terdiri daripada 38 buah kampung. Menurut pihak berkuasa tempatan, jumlah penduduk di daerah kecil dianggarkan 21,900 penduduk, tersebar di 138 km².

Infrastruktur sunting

Rujukan sunting



Koordinat: 5°28′N 115°47′E / 5.467°N 115.783°E / 5.467; 115.783