Dendam Seorang Isteri


Dendam Seorang Isteri adalah merupakan drama tahun 2022 arahan Nizam Zakaria dan Uchee Fukada, terbitan Radius One Sdn Bhd. Dibintangi oleh Fasha Sandha, Wan Raja, Nad Zainal, Aidit Noh dan ramai lagi. Siri ini diadaptasi dari kdrama popular Korea Selatan iaitu Temptation of Wife yang disiarkan oleh SBS pada (2008) dan 4 buah negara lain iaitu Filipina, Indonesia, China dan Turki. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima bermula 21 Mac 2022 bagi menggantikan Hati Yang Dikhianati yang telah tamat siarannya pada 18 Mac 2022.[1]

Dendam Seorang Isteri
GenreDendam
Cinta
Konflik
Melodrama
Berdasarkan daripada
Diadaptasi daripada drama Korea Selatan, Temptation of Wife
PenciptaStarmax
Ditulis olehSuzanna Zaily Zin
Marr Mohamad
Lynnda Sharudin
Pahzai Al-Khaired
PengarahUchee Fukada
Nizam Zakaria
Dibintangi oleh
Fasha Sandha
Wan Raja
Nad Zainal
Aidit Noh
Lagu pembukaanKesumat nyanyian Rian Shain
Lagu penutupGetas nyanyian Heidi Moru
PenggubahAmylea Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod85
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Karim
PenerbitFazli Hj. Baharom
Shahrulezad Mohameddin
PenyuntingKhairul Fikri Adnan

Fahmirul Hakimi Shahril Rusdi

Farhanah Yusuf
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (Slot Tiara)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Mac 2022 – 15 Julai 2022
Kronologi
MengikutiHati Yang Dikhianati
Diikuti olehCinta Hilang Kata

Sinopsis sunting

Amira (Fasha Sandha) dan Kirana (Nad Zainal) adalah sahabat baik. Kirana dibesarkan oleh keluarga Amira memandangkan Kirana anak yatim. Amira membesar menjadi gadis yang baik dan lemah lembut manakala Kirana sentiasa dengki dan cemburu dengan Amira. Amira berkahwin dan berazam menjadi isteri yang baik pada suaminya, Harris (Wan Raja) dan keluarga mentua iaitu Dato' Mustapha (Roy Azman) dan Datin Mona (Ziema Din). Tanpa diduga Kirana berhubungan dengan suaminya, Harris setelah Amira keguguran. Harris dan Kirana cuba membunuh Amira dengan cara menghanyutkan Amira dilaut namun ternyata Amira terselamat. Kini, Amira menyamar sebagai wanita lain iaitu Nelissa Abdullah (Amylea Azizan) untuk membalas dendam pada Harris dan Kirana.

Episod sunting

# Ringkasan Tarikh Siaran
1 Amira telah lama berkahwin dengan Harris namun masih belum dikurniakan cahayamata, dan juga dibenci oleh ibu Harris. Kirana tiba-tiba pulang ke Malaysia. 21 Mac 2022
2 Kepulangan Kirana dinantikan Syafiq, namun tidak disenangi Harris. Kirana memberitahu Amira yang dia mempunyai satu misi. Ain hanya mahu Amira bahagia. 22 Mac 2022
3 Harris dan Kirana menjalin semula hubungan mereka. Kirana membuka spa dengan bantuan Harris. Neelisa menyimpan perasaan terhadap abang angkatnya, Naufal. 23 Mac 2022
4 Dato Mus dapat tahu isterinya sering meminjam duit untuk berjudi. Syafiq kecewa kerana Kirana sudah berubah sikap. Kirana mahu menjadikan Harris miliknya. 24 Mac 2022
5 Amira masih berusaha untuk hamil. Dato Mus mahu Harris membawa Amira pergi bercuti. Aunty Baby tiba-tiba hilang semasa keluar dengan Amira. 25 Mac 2022
6 Kirana mengekori Harris dan Amira yang sedang bercuti. Harris meninggalkan Amira untuk bersama dengan Kirana. Neelisa kecewa kerana Naufal menolak cintanya. 28 Mac 2022
7 Amira dapat tahu hubungan suaminya dengan Kirana. Hati Amira hancur namun dia masih cuba bersabar. Harris masih cuba mengambil hati Amira. 29 Mac 2022
8 Kirana datang ke rumah Amira dan berlaku pergaduhan. Harris memberitahu Amira yang dia mahu memutuskan hubungan dengan Kirana. Ada kejutan untuk Amira. 30 Mac 2022
9 Dato Mus memecat Harris kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab. Kirana membantu Harris mendapatkan kerja baru. Sulaiman dan Syafiq ditimpa masalah. 31 Mac 2022
10 Datin Mona ternampak Harris dan Kirana mesra bersama. Syafiq ditahan polis atas tuduhan cubaan pecah rumah. Dato Mus cuba bantu menyelesaikan masalah bapa Amira. 1 April 2022
11 Harris dan keluarga Amira mendapat tahu Amira hamil. Kirana cuba mengambil hati ibu bapa Amira. Diana melarang Neelisa bercinta dengan Naufal. 4 April 2022
12 Dato Mus dapat tahu tentang hubungan Harris dan Kirana. Kirana ingin menjatuhkan syarikat Dato Mus. Naufal berjumpa calon isterinya. 5 April 2022
13 Kirana memperkenalkan Harris kepada Haziq. Syafiq ternampak Harris dan Kirana bermesra di rumah Kirana. Neelisa membuat keputusan untuk menyambung pelajaran. 6 April 2022
14 Kirana memperkenalkan Haziq kepada keluarga Harris. Mona gembira menerima 'cucu'. Amira terluka dengan berita tersebut. 7 April 2022
15 Mona membuat laporan polis terhadap Syafiq. Dato Mus mahu membuat ujian DNA ke atas Haziq. Naufal dan Sherry mula merancang majlis perkahwinan mereka. 8 April 2022
16 Perbalahan berlaku antara Sulaiman dan Kirana. Mus bersimpati kepada keluarga Sulaiman. Diana terkejut mendengar berita tentang Neelisa. 11 April 2022
17 Mus tidak sangka Amira tergamak untuk mengambil harta Baby. Harris gembira kerana rancangannya semakin berjaya. Diana mula rindukan Neelisa. 12 April 2022
18 Diana mahu bantu Naufal dalam persiapan perkahwinan. Naufal menerima sekeping kad yang mencurigakan. Kirana mula takut jika Amira akan membolot semua harta keluarga Mus 13 April 2022
19 Neelisa disyaki lemas di laut. Harris menyuruh Amira menggugurkan kandungannya. Suatu tragedi menimpa Amira. 14 April 2022
20 Naufal menjumpai Amira lemas di tepi pantai. Amira terselamat namun kandungannya gugur. Diana menyalahkan Naufal di atas kehilangan Neelisa. 15 April 2022
21 Amira tidak mahu pulang ke rumahnya. Semua orang menganggap Amira sudah meninggal dunia. Mona menyalahgunakan amanah Dato Mus. 18 April 2022
22 Seseorang memberitahu Ain yang dia ternampak Harris bersama dengan Amira pada hari kejadian. Harris mahu menghalau keluarga Amira dari rumah mereka. 19 April 2022
23 Harris melawat Kirana. Diana mencari maklumat tentang Mustafa. Amira juga nekad bangkit untuk membalas dendam kepada Kirana dan Harris. 20 April 2022
24 Kirana dan Harris menipu dengan mengatakan Kirana mengandung. Diana membantu keluarga Amira kerana dia juga mahu menjatuhkan syarikat Dato Mus. 21 April 2022
25 Dalam diam, Amira menyaksikan persandingan Harris dan Kirana. Kirana secara rasminya menjadi menantu baru keluarga Dato Mus. Ada kejutan buat Amira. 22 April 2022
26 Amira kini menggunakan nama samaran Neelisa Abdullah. Puan Diana mengajak Amira tinggal di rumahnya. Naufal menganggap Amira ada agenda tersembunyi. 25 April 2022
27 Kirana bergaduh dengan Hilda, secara tak sengaja Kirana jatuh. 'Kandungannya' gugur. Diana memberi peluang Amira menatarias pelanggan VIP tetapi masalah berlaku. 26 April 2022
28 Mus dan Mona dapat tahu Kirana sebenarnya tidak mengandung. Amira menceritakan kisah hidupnya kepada Diana. Diana mahu membantu Amira dalam misinya untuk membalas dendam. 27 April 2022
29 Kirana cuba membeli jiwa ibu mertuanya. Lisa cuba membina keyakinan sebagai orang baru. Baby terserempak dengan Amira namun tiada siapa yang percaya. 28 April 2022
30 Kirana bengang kerana semua pelanggan VIPnya lari ke spa Diana. Syafiq menyelamatkan Baby dari kemalangan. Baby menganggap Syafiq sebagai hero. 29 April 2022
31 Harris berjumpa dengan Lisa dan menyangka Amira masih hidup. Mus dapat tahu keluarga Amira tidak pernah menerima duit pampasan. 2 Mei 2022
32 Jamilah mengugut Harris memberikan RM500,000 supaya dia menutup rahsia. Dia turut menghantar video bukti kepada Dato Mus. Harris dan Lisa mula rapat. 3 Mei 2022
33 Jamilah pergi ke pejabat Mustafa dan memberitahu semua perbuatan Harris dan Kirana. Kirana marah kerana pelanggannya ramai yang sudah beralih ke spa Diana. 4 Mei 2022
34 Spa Kirana mengalami masalah kewangan. Harris bergaduh dengan Kirana. Kirana dapat tahu Harris ada skandal. 5 Mei 2022
35 Diana terserempak dengan Mustafa dan mula mengungkit tentang sejarah mereka bersama. Ain terjumpa Lisa di spa Diana. Aunty Baby semakin kerap datang ke rumah Syafiq. 6 Mei 2022
36 Diana menyuruh Naufal berbaik semula dengan Sherry, tetapi Naufal memberitahu yang dia cintakan Lisa. Kirana mensabotaj produk baru keluaran spa Lisa kerana dia tidak mahu Lisa mendapat kontrak baru. 9 Mei 2022
37 Kirana mencuri berlian milik bapa mertuanya untuk membayar hutang kepada Lisa dan menuduh Syafiq mencurinya. Naufal ternampak gambar Diana dan seorang bayi di atas meja Dato Mus. 10 Mei 2022
38 Kirana memberitahu Mona yang Harris ialah pembunuh Amira dan mengugut akan melaporkan hal tersebut kepada polis. Lisa memberitahu Diana yang dia mahu berkahwin semula dengan Harris. 11 Mei 2022
39 Dato Mus mahu memeriksa rakaman CCTV untuk menangkap pencuri berlian. Lisa berjumpa Dato Mus dan memberitahu tentang berlian yang diberikan oleh Kirana. Dato Mus mula curiga. 12 Mei 2022
40 Syafiq dan Baby semakin rapat. Naufal risau jika identiti Lisa terbongkar. Diana curiga apabila mengetahui Kirana berjaya mendapat kontrak untuk produk kosmetik baru bernilai RM3 juta. 13 Mei 2022
41 Diana memberitahu Naufal yang dia mahu mendapatkan semula harta arwah bapanya. Harris melabur dalam skim cepat kaya yang dirancang oleh Lisa. 16 Mei 2022
42 Diana memberitahu Naufal kisah silamnya dengan Mustafa. Seha Kosmetik dapat tahu tentang penipuan produk keluaran spa Kirana. Lisa diserang di pejabatnya. 17 Mei 2022
43 Harris membeli rumah untuk Lisa untuk membuktikan cintanya. Lisa berjumpa Kirana dan membuat satu kejutan besar. Kirana mengugut untuk membocorkan kematian Amira. 18 Mei 2022
44 Harris melamar Lisa. Harris melabur sebanyak RM 12 juta dengan menggunakan wang syarikat. Keluarga Amira menyerang Harris di rumahnya. 19 Mei 2022
45 Harris ditipu oleh skim pelaburan dengan Tengku Ali. Lisa mencadangkan dia meminjam wang daripada Diana sementara waktu. Naufal membawa diri untuk tenangkan fikiran. 20 Mei 2022
46 Harris berjumpa Diana untuk merisik Lisa. Mona cuba mencuri semula pendrive yang mengandungi video pembunuhan Amira. Pergaduhan berlaku antara Harris dan Sulaiman. 23 Mei 2022
47 Lisa melawat ayahnya di hospital. Khabar angin tersebar yang Oles Spa telah diambil oleh pengurusan baru. Kirana membalas perbuatan Lisa dengan memalukannya di IG Live. 24 Mei 2022
48 Kirana ditangkap polis atas tuduhan mencuri berlian. Mustafa bersetuju menarik balik tuduhan dengan beberapa syarat tertentu. Lisa gembira kerana rancangannya berjalan lancar. 25 Mei 2022
49 Ibu Amira mengesyaki Lisa, iaitu isteri baru Harris adalah anaknya. Kirana terkenang zaman indah bersama Harris. Datin Mona berjumpa dengan Diana namun dia disambut dingin. 26 Mei 2022
50 Lisa mula tinggal di rumah Mustafa. Dia mula membalas perbuatan biadap keluarga itu terhadapnya dulu. Harris dan Naufal bergaduh di pejabat. 27 Mei 2022
51 Syafiq menyiasat semula kes 'kematian' kakaknya. Mustafa terkejut apabila mendapati Lisa dan Naufal adalah anak kepada Diana. 30 Mei 2022
52 Syafiq dapat tahu Kirana dan Harris terlibat dalam pembunuhan Lisa. Kirana dan Harris merancang untuk melarikan diri ke Dubai. 31 Mei 2022
53 Lisa menyembunyikan Harris di rumah mamanya supaya dia tidak lari bersama Kirana. Kirana dan Harris kini hidup sebagai pelarian kerana bimbang ditangkap polis. 1 Jun 2022
54 Jamilah beritahu Kirana yang Amira masih hidup. Harris ditahan polis atas tuduhan membunuh. Lisa membuat kejutan di hadapan Ain dan Sulaiman. 2 Jun 2022
55 Kirana beritahu Mona yang Lisa sebenarnya ialah Amira. Kirana lega kerana dia tidak akan dituduh bersubahat lagi. Amira menyuruh Jamilah merahsiakan yang dirinya masih hidup. 3 Jun 2022
56 Lisa menyarankan Harris membuat pinjaman dengan Diana dengan tanah milik Mustafa sebagai cagaran. Kirana cuba mencari bukti untuk membuktikan Lisa adalah Amira. 6 Jun 2022
57 Baby dan Syafiq semakin rapat. Diana memberi sejumlah wang untuk menutup mulut Datin Jiha. Harris mencagarkan lagi sebidang tanah ayahnya sebagai cagaran kepada Diana. 7 Jun 2022
58 Mustafa mencarikan jodoh untuk kak Baby. Mona masih belum serik bermain mahjong. Semasa pembentangan Lisa untuk dengan Seha Cosmetic, Kirana membuat satu kejutan. 8 Jun 2022
59 Amira pulang ke rumah mertuanya sebagai Amira Sulaiman. Harris minta pertolongan Kirana. Mustafa dapat tahu tanah miliknya telah ditukar nama kepada nama Diana. 9 Jun 2022
60 Radius Construction mula menghadapi masalah kewangan. Banglo milik Mustafa dan Mona juga akan dilelong. Harris terfikir yang satu jalan untuk menyelesaikan masalah keluarganya. 10 Jun 2022
61 Diana mengambil alih Radius Construction untuk menyelamatkan syarikat itu daripada muflis. Keluarga Mustafa berang apabila mereka terpaksa berpindah ke rumah lain. 13 Jun 2022
62 Mustafa melakukan pelbagai kerja untuk mencari rezeki. Ketika Kirana mencuri geran rumah dari pejabat Amira, Hilda telah tercedera. 14 Jun 2022
63 Kirana mencagarkan geran rumah untuk mendapatkan wang bagi mendapatkan Oles Spa semula. Amira mempunyai bukti dalang yang mencuri geran rumah. 15 Jun 2022
64 Akhirnya Diana akur dan merestui hubungan Naufal dan Amira. Neelisa tiba-tiba muncul dan menghalang keras pernikahan Naufal dan Amira. 16 Jun 2022
65 Neelisa menculik Amira di hari pernikahan Amira dan Naufal. Kehadiran Harris di situ mengusutkan lagi keadaan. Neelisa terus membenci Amira. 17 Jun 2022
66 Neelisa menyerang Amira di spa Ayu Borneo dan menghalau keluarga Amira dari rumahnya dengan alasan mereka tak berhak atas harta mamanya. Kirana mengajak Neelisa menyertai rancangan jahatnya. 20 Jun 2022
67 Neelisa mencuri cek Amira dan memberikan cek itu kepada Kirana untuk menebus geran rumah Mustafa. Syafiq dan Baby merancang untuk berkahwin namun niat mereka dihalang. 21 Jun 2022
68 Kirana beritahu Syafiq yang Haziq adalah anak mereka berdua demi untuk mengelakkan Syafiq mengheretnya ke balai polis. Neelisa terus memburukkan Amira di hadapan Diana. 22 Jun 2022
69 Baby dijaga oleh Anita. Manakala Mustafa amat risaukan keadaan Baby. Amira memberitahu Diana yang Baby sebenarnya ialah Aliah. 23 Jun 2022
70 Neelisa beritahu KIrana tentang Aliah. Kirana meminta wang dari Diana untuk informasi yang dicuri daripada Mona tentang Baby. Baby cuba melarikan diri daripada jagaan Anita. 24 Jun 2022
71 Baby diselamatkan oleh seseorang dan dibawa ke Radius Construction dengan selamat. Diana membawa Baby tinggal bersamanya. Perbuatan Mona terhadap Baby terbongkar. 27 Jun 2022
72 Kirana beritahu Mona yang Baby adalah anak kandung Diana dan Mustafa. Neelisa memfitnah Amira menyebabkan Diana membenci Amira. Diana menghalau keluarga Amira dan memecat mereka. 28 Jun 2022
73 Hilda memberitahu Amira tentang rancangan jahat Kirana dan Neelisa. Syafiq berjaya mendapatkan bukti perbuatan khianat Neelisa dan Kirana. 29 Jun 2022
74 Neelisa mempercepatkan majlis pernikahannya. Amira memulangkan geran tanah milik Mona. Kirana menyebarkan fitnah yang Diana tak mampu menjadi CEO Radius Construction. 30 Jun 2022
75 Kirana mahu Neelisa berjumpa dengan Mustafa dan Mona untuk membersihkan namanya. Baby dan Syafiq meminta restu kedua dua belah keluarga untuk berkahwin. 1 Julai 2022
76 Syafiq merasa gemuruh untuk bernikah. Diana mahu Syafiq menjaga Baby dengan sepenuh hati. Kirana ada agenda untuk memburukkan nama Naufal. 4 Julai 2022
77 Syafiq dihadiahkan 'food truck' baru untuk berniaga. Harris terkejut apabila Kirana memberitahu dirinya kini mengandung. Kirana khautir akan tahap kesihatannya. 5 Julai 2022
78 Mona sudah mula tidak mempercayai Kirana. Kirana masih menyalahkan keluarga Amira yang menjadi punca semua masalah. Naufal sudah tidak tahan dengan perangai Neelisa. 6 Julai 2022
79 Amira memenangi pertandingan solekan anjuran Seha Cosmetics. Harris menghalau Kirana dan Haziq. Kirana masih cuba merahsiakan penyakitnya. 7 Julai 2022
80 Ain tidak mahu Amira terlalu fikirkan tentang Kirana. Diana sudah tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga Nelissa dan Naufal. Kirana memberitahu Diana tentang perbuatan Neelisa menyebabkan Diana marah. 8 Julai 2022
81 Amira mengajak Kirana tinggal bersamanya dan demi Haziq. Diana dan Naufal risau kerana Neelisa gagal dihubungi. Tiba-tiba mereka mendapat panggilan memaklumkan Neelisa sedang berada di hospital. 11 Julai 2022
82 Harris, Naufal dan Amira di soal siasat oleh pihak polis sebagai suspek kes mencederakan Neelisa. Neelisa menuduh Amira yang memukulnya. Kesihatan Kirana mula merosot. 12 Julai 2022
83 Harris mula sedar kesilapan dan tanggungjawabnya terhadap Kirana. Naufal dan Neelisa semakin tidak sehaluan. Diana keliru dengan tindak Neelisa. 13 Julai 2022
84 Kirana beransur pulih kerana Harris menjaganya dengan baik. Neelisa terus berpura-pura sakit dan menuduh Naufal memukulnya. Mona mula kagum dengan Amira. 14 Julai 2022
85 Sesuatu terjadi kepada Naufal. Neelisa bertemu Amira untuk meminta maaf atas apa yang telah terjadi. Haziq melarikan diri dari rumah. 15 Julai 2022

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

Pelakon Kanak-kanak sunting

Penampilan Istimewa sunting

  • Aainaa Dhamirah sebagai Datin Jiha
  • Puteri Lofea sebagai Ieda
  • Amelia Cheah sebagai May
  • Aishah Atan sebagai Anita
  • Rian Shain sebagai Dr. Farid

Perbandingan Watak Utama Asal versi Korea dan Malaysia sunting

Temptation of Wife Dendam Seorang Isteri
Jang Seo-hee sebagai Goo Eun-jae / Min So-hee Fasha Sandha sebagai Amira / Nelissa
Byun Woo-min sebagai Jung Gyo-bin Wan Raja sebagai Harris
Kim Seo-hyung sebagai Shin Ae-ri Nad Zainal sebagai Kirana
Lee Jae-hwang sebagai Min Gun-woo Aidit Noh sebagai Naufal

Muzik dan Runut Bunyi sunting

Lagu tema OST Dendam Seorang Isteri ialah "Kesumat" (Lagu pembukaan) yang dinyanyikan oleh Rian Shain. Selain itu, terdapat juga lagu sisipan lain yang dimuatkan dalam drama ini:

  1. "Seperti Dia (2022)" - Amylea Azizan (3:37)
  2. "Getas" - Heidi Moru (Lagu Penutup)
  3. "Geming Jiwa" - Aufahanie

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Dendam Seorang Isteri. MyInfoTaip. Dicapai 20 Mac 2022
  2. ^ Nur Asyikin (24 Mac 2022). "Tak sanggup tengok Fasha Sandha asyik kena pukul mak mertua penonton tukar siaran gara-gara lakonan over Ziema Din". Mstar.com. Dicapai pada 26 Mac 2022.