Pink Smile ialah novel 2016 oleh penulis novel Malaysia, Luna Adresia, dikeluarkan pada 2016 oleh Penulisan 2U.[1] Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk sama oleh TV3 pada 2020.

Pink Smile
Umum
PengarangLuna Adresia
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitPenulisan 2U
Tarikh penerbitan
2016
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman546
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670992358

Sinopsis

sunting

Luna ialah seorang pencinta tegar yang hanya mampu lihat dari jauh sahaja setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Dia dipertemukan dengan Kaz setiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna mengalami serangan panik. Luna tidak menyedari yang impiannya berada dekat dengannya.

Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk Kaz dan menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, gadis comel yang tidak lekang dengan pendakap merah jambu tidak menyedari bahawa Kaz menjadi fenomena luar biasa dalam hati, namun Luna pula cuba main tarik tali.

Akif, berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti perasaan yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta. Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali tiga insan, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.

Adaptasi drama

sunting

Novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana dan akan disiarkan Slot Lestary pada 2020 di TV3, dibintangi oleh Fattah Amin dan Farhanna Qismina.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Pink Smile by Luna Adresia". Goodreads. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  2. ^ "Drama Pink Smile (TV3)". My Infotaip. 10 Mac 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.

Pautan luar

sunting