3 Nota Cinta
3 Nota Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Emi Suffian, dibintangi oleh Ashraf Muslim, Nazim Othman, Afifah Nasir dan Wani Kayrie. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 14 Februari 2022 menggantikan Shakira. [1]
3 Nota Cinta | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Emi Suffian |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Hampir Sempurna - Evie Feroza |
Lagu penutup | Hampir Sempurna - Evie Feroza |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 14 Episod |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Dato Sri Jaspal S. Korotana |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 IQiyi (ulangan) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 14 Februari 2022 – 3 Mac 2022 |
Kronologi | |
Mengikuti | Shakira |
Diikuti oleh | Sayang Tak Dikenang |
Sinopsis Sunting
Mengisahkan Alisa (Sharifah Rose) sering menjadi mangsa kemarahan ibunya, Sofea (Zila Bakarin) selepas bapanya Razak (Khairil Anwar Aman) meninggalkan mereka tanpa khabar berita pada beberapa tahun lalu. Sofea terpaksa menebus fasakh sehingga terjatuh talak ketiga. Keluarga Alisa hancur dan sikap Sofea juga berubah secara drastik. Sofea menjadi pemarah dan mula mengongkong kehidupan anak-anaknya yang belum berkahwin. Hubungan Sofea dengan ibu bapanya, Bahar dan Aminah juga menjadi tegang apabila Sofea menganggap merekalah punca utama Razak bertindak meninggalkannya.
Bahar mula menunjukkan tanda-tanda pelupa dan kadang-kala tidak dapat menguruskan diri. Setelah disahkan mengidap penyakit Alzheimer, nota-nota cinta yang ditulis olehnya dalam bahasa jawi menjadi memori paling indah buat Aminah. Alisa kagum dengan cinta utuh datuk dan neneknya yang masih setia bersama walaupun diuji dengan pelbagai insiden. Namun, Alisa tidak menaruh harapan dan tidak percaya akan wujudnya lelaki yang baik seakan datuknya dalam hidupnya
Satu hari, Alisa telah membawa Bahar dan Aminah makan di sebuah kedai. Dalam keadaan huru-hara untuk menguruskan Bahar, Zain (Ashraf Muslim) tampil menghulurkan bantuan. Zain cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengan Alisa selepas pertemuan tersebut. Berdasarkan kad nama yang diberi oleh Aminah, Zain cuba mendekati Alisa dengan pertolongan Aminah, nenek Alisa.
Akhirnya, Zain berjaya menghubungi Aminah dan dipelawa ke rumah. Aminah ingin menjodohkan Zain dan Alisa. Zain teruja untuk berkenalan dengan Alisa akan tetapi, Sofea mula bersikap dingin terhadap mereka. Sofea pernah memberi amaran keras kepada Alisa supaya tidak jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Bagi Sofea, perkahwinan hanya akan membawa penderitaan.
Setelah mengetahui Alisa pandai menulis puisi, Zain mengambil peluang meminta tolong Alisa meneliti lirik lagunya. Sebagai seorang pencipta lagu, Zain masih menunggu peluang untuk memperkenalkan karyanya kepada umum. Alisa menjumpai buku-buku nota milik datuknya yang mengandungi puisi dan kisah cinta Aminah dan Bahar. Kebolehan Zain untuk membaca tulisan jawi juga menolong Alisa memahami ayat-ayat cinta nukilan datuknya. Lama-kelamaan, Alisa mula jatuh cinta dengan kebaikan Zain yang juga sangat prihatin dengan datuknya yang semakin uzur.
Aminah memujuk Alisa untuk menerima Zain sebagai suaminya. Alisa menjadi serba salah kerana bantahan keras daripada ibunya. Malahan, kakaknya Abby (Afifah Nasir) juga menaruh perasaan pada Zain dan cuba memikat lelaki itu. Akhirnya, Zain dan Alisa bakal disatukan. Dengan bantuan Aminah dan Bahar, mereka berusaha menjejaki Razak untuk memintanya menjadi wali.
Kehadiran Razak di majlis nikah Alisa mencetuskan kemarahan Sofea sehingga terjadinya insiden Bahar terpaksa dikejar ke hospital. Majlis terpaksa berhenti seketika. Ayah Zain, Datuk Hashim yang tidak bersetuju dengan pilihan anaknya juga beredar dari majlis kerana beranggapan keluarga Alisa tidak setaraf dengan mereka. Malahan, pertelingkahan besar juga terjadi di antara Zain dan ayahnya. Kejadian aib dan kekecohan terjadi pada Zain dan Alisa di hadapan tetamu yang hadir. Zain memujuk Alisa untuk teruskan hidup bersama keluarga yang sedang punah di hadapan mata mereka. Pelbagai dugaan mula menerpa setelah mereka bergelar suami isteri. Apakah bakal berlaku seterusnya?
Pelakon Sunting
Watak Utama Sunting
- Ashraf Muslim sebagai Zain
- Nazim Othman sebagai Zain Zulkarnain
- Afifah Nasir sebagai Abby
- Wani Kayrie sebagai Aini
- Muaz Fitri sebagai Khairul
- Zila Bakarin sebagai Sofea
- Aznah Hamid sebagai Aminah
- Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Bahar
- Khairil Anwar Aman sebagai Razak
- Salina Saibi sebagai Amy
- Jasper Supayah sebagai Zetty
- Ameerul Asyraf sebagai Jeff
- Sam Suhaid sebagai Johan
- Elanie Aidid sebagai Suzy
- Farah Wahida sebagai Nora
- Shamielya Shamsul sebagai Yati
Watak Sampingan Sunting
- Izhan Fahmi sebagai Bahar Muda
- Chinta Lly sebagai Aminah Muda
- Noridah sebagai Mak Cik Keropok
- Sharifah Radziah sebagai Ibu
- Saiful Arzuan sebagai Ayah
- Muhd Azrul Azraai sebagai Posmen
- Erzabelirra Fadiyah sebagai Kalsom
- Amirul Mukminin sebagai Tahir
- Ros Helly Saadiah sebagai Tijah
- Badrul Md sebagai Khalid
- Siti Latifah sebagai Miss Wawa
- Ahmad Hafizzul sebagai Jurukamera
- As Suhaimi sebagai Razali
- A. Ahnaf sebagai Gito
- Mohammed sebagai Tuan Kadir
- Shadiyana sebagai Maria
- Draman sebagai Dato Hashim
- Yasmien Sakienah sebagai Bella
- Mahat sebagai Datuk Zam
- Tengku Nurul Fatihah sebagai Ija
- Tumin Supardy sebagai Wak Maro
- Mohd Ariffin sebagai Kassim
- Mohd Azlan sebagai Din
- Zaed Abdul Hamid sebagai Tapa
- Aswat Shah sebagai Encik Wan
- Mohd Razif sebagai Omar
- Jamil sebagai Jurunikah
- Nur Durratu Nafeesha sebagai Tetamu Majlis Nikah
- Rezal sebagai Tetamu Majlis Nikah
- Nur Fadilah sebagai Tetamu Majlis Nikah
- Min Zahrul sebagai Tetamu Majlis Nikah
- Ak Mohd Syerkhan sebagai Tetamu Majlis Nikah
- Jaiman Justin sebagai Tetamu Majlis Nikah
- Mohd Kori sebagai Tetamu Majlis Nikah
- Muhammad Aizat sebagai Tetamu Majlis Nikah
- Nur Syazwani sebagai Tetamu Majlis Nikah
- Mohd Yusri sebagai Pelangggan
- Sim Ping Shem sebagai Pelanggan
- Jamal Mohd sebagai Pelanggan
- Asyraf Hamzi sebagai Pelanggan
- Azrin Adnan sebagai Pelanggan
- Shahril sebagai Pelanggan
- Rosnah Idris sebagai Pelanggan
- Suzana Yaakob sebagai Pelanggan
- Aziz Hashim sebagai Pelanggan
- Md Nasrul Nabil sebagai Pelanggan
- Zushter sebagai Pelanggan
- Amirul Asyraf sebagai Pelanggan
- Nor Azliaan Ahmad Yusof sebagai Pelanggan
- Adnan sebagai Pelanggan Kafe
- Nor Amin sebagai Pelanggan Kafe
- Suhady Azrul sebagai Extra
- Aunur Wahidah sebagai Pembantu Rumah
- Muhammad Hanif sebagai Encik Pisang Goreng
- Fitra' Hadirah sebagai Jururawat
- Nur Syafiqah sebagai Jururawat
- Ray Nordin sebagai Band 1
- Abdul Rahman sebagai Band 2
- Naquieb Zahedi (Ien) sebagai Band 3
- Ahmad Zulhelmi sebagai Juruteknik
- Wong Ung Soon sebagai Staf Pejabat
- Mohamad Fauzi sebagai Staf Pejabat
- Jonathan Mah sebagai Staf Pejabat
- Muhd Syakirin sebagai Remaja Lelaki 1
- Muhamad Hafiz Sufi sebagai Remaja Lelaki 2
- Mohamad Nur Ashraff sebagai Remaja Lelaki 3
- Dannial Haiqall sebagai Remaja
- Putra Syazween sebagai Extra Jogging
- Mohd Nabil Fikri sebagai Ustaz
- Syarul sebagai Juruwang
- Ahmad Jamal sebagai Orang Tua
- Ahmad Rahman sebagai Pelayan Kafe
- Jamaluddin sebagai Extra Kemalangan
- Muhamad Rafiuddin sebagai Extra Kemalangan
- Navin Subra sebagai Extra Kemalangan
Watak Kanak-Kanak Sunting
- Raja Daniel Iskandar
- Nur Syafiana
- Adriana Alyssa
- Nur Syakirah
Penerbitan Sunting
Untuk drama ini, Salina Saibi kembali melakonkan watak Amy yang pernah dilakonkannya dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012) kedua-duanya arahan Syamsul Yusof.
Rujukan Sunting
- ^ Drama 3 Nota Cinta. MyInfoTaip. Dicapai 13 Februari 2022