Shalma Eliana Bruhanutheen (lahir 27 Mac 2000) atau lebih dikenali dengan mononim Yana merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Memulakan kerjayanya dalam bidang muzik, beliau muncul dengan single pertama, "Janji Terindah" (2018) dan single kedua, "Mahukah Kamu" (2019).[3] Sebagai pelakon, Shalma memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta (2020).[4]

Shalma Eliana
Shalma ditemubual sewaktu majlis pelancaran single sulungnya, "Janji Terindah" pada 16 November 2018.
Kelahiran
Shalma Eliana binti Bruhanutheen

(2000-03-27) 27 Mac 2000 (umur 24)
Nama lainYana
PendidikanDiploma Komunikasi dan Pengajian Media
Pusat pendidikanUOW Malaysia KDU
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Pelakon
  • Model
Tahun aktif2018–kini
Ibu bapaBruhanutheen Ahmed Mustapha (bapa)
Saudara
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
Pengkarya berkait

Kerjaya

sunting

Shalma Eliana mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi laman Instagram,[5] dengan menyanyikan semula lagu tempatan dan antarabangsa yang menarik perhatian kerana suaranya yang merdu. Beliau kemudian dilamar oleh syarikat rakaman Universal Music Malaysia pada 2018, dan pada 16 November tahun sama, muncul dengan single pertamanya, "Janji Terindah", hasil ciptaan bekas ahli Too Phat, Malique dan Dedeq.[6]

Pada tahun 2019, Shalma mempertaruhkan single keduanya, "Mahukah Kamu",[7] yang menampilkan artis hip hop terkenal Singapura Fariz Jabba, hasil ciptaan Alif, bekas ahli Sleeq. "Mahukah Kamu" bertemakan perkasaan wanita, dan menceritakan kepentingan wanita mempertahankan maruah mereka dan menetapkan pendirian diri.[8] Shalma dipuji ramai apabila dilaporkan bahawa beliau telah ditimpa kemalangan jatuh dari balkoni yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan patah kaki di bahagian tumit sebelum penggambaran video muzik single keduanya, namun tetap tabah meneruskan penggambaran demi menyiapkan video muzik tersebut.[9][10]

Shalma juga merupakan salah satu daripada 17 artis yang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia untuk menghasilkan lagu #jangankeluar, lagu hip hop yang dihasilkan oleh Yonnyboii, yang menjadi peringatan kepada masyarakat Malaysia supaya peka dengan penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020.[11] Beliau kemudian melancarkan single ketiga, "Aroma".[12][13]

Shalma memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi telefilem bertajuk Gangguan Psiko Stalker yang diadaptasi dari novel Ganggu karya Ayumi Syafiqah, yang disiarkan di Astro Citra pada 26 September 2020. Ia turut dibintangi oleh Ismail Izzani dan Wafariena Roslan. Beliau mula mencuri perhatian menerusi siri drama Lelaki Lingkungan Cinta yang dibintangi bersama oleh Naim Daniel dan Shasha Abedul yang mana beliau memegang watak sebagai Salina.

Pada Jun 2021, beliau bekerjasama dengan Abubakarxli menerusi lagu bertajuk "Naik",[14] seterusnya muncul dengan single terbaharu, "Rambang".[15]

Pada tahun 2022, Shalma Eliana muncul dengan single "I Need U", pada masa yang sama beliau menggunakan nama samarannya, Yana sebagai nama pentas sekaligus sebagai gantian kepada nama sebenarnya.[16][17][18]

Kehidupan peribadi

sunting

Shalma merupakan pelajar jurusan Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di UOW Malaysia KDU, Utropolis Glenmarie. Beliau berketurunan India Muslim (bapa) dan Melayu (ibu) merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik yang semuanya perempuan.[19] Salah seorang daripada kakaknya merupkan ahli perniagaan dan pengacara terkenal, Shalma Ainaa.[20]

Dari 2018 sehingga 2021, Shalma mengundang pelbagai spekulasi netizen apabila dilaporkan beliau menjalinkan hubungan rapat bersama penyanyi, Ismail Izzani.[21][22][23]

Neneknya, Fatimah Yusof meninggal dunia pada 3 Februari 2020.[24]

Diskografi

sunting
Single
Tahun Tajuk Catatan
2018 "Janji Terindah"
2019 "Mahukah Kamu" (feat. Fariz Jabba) OST Bila Cupid Jatuh Cinta
2020 "Aroma"
"HEAL" Kolaborasi bersama artis wanita Asia Tenggara
"Xiaomi For Me" (duet bersama Yonnyboii)
2021 "Naik" Duet bersama Abubakarxli
"Rambang"
"Your Loss"
2022 "I need u"
2022 "Hati" Duet bersama yonnyboii

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Dendam Penunggu Sarah Filem pertama
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Lelaki Lingkungan Cinta Salina TV3 Drama pertama
2021 Dia Isteriku Elisya TV AlHijrah
Cheritera Luna TV9

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2020 Gangguan Psiko Stalker Mikayla Astro Citra

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 Muzik Muzik Pengacara undangan TV3

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
Couple Filem Popular Dendam Penunggu Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 April 2020). "Shalma fokus pelajaran". Harian Metro. Dicapai pada 1 April 2020.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (5 November 2020). "Muzik inspirasi untuk berubah". Harian Metro. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  3. ^ Leena Zuki (3 Mac 2020). "Age not a barrier" [Usia bukan penghalang] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 3 Mac 2020.
  4. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (9 November 2020). "Shalma Eliana cabar diri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  5. ^ Aini Shah (17 Disember 2019). "Women Crush December Issue - Up Close and Personal with Shalma Eliana" [Women Crush Isu Disember - Kenali Lebih Dekat bersama Shalma Eliana] (dalam bahasa Inggeris). Zalora Thread. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  6. ^ Farhan Ikram (21 November 2018). 'Senyum kelat' penyanyi baru ini sebab tak kenal Malique. mStar Online. Dicapai pada 18 Januari 2019.
  7. ^ Syanty Octavia Amry (3 November 2019). "Shalma kuat semangat". Harian Metro. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  8. ^ Zaidi Mohamad (26 Januari 2020). "Shalma Eliana perkasakan wanita". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-26. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  9. ^ Fiza Kamarudin (23 Januari 2020). "Walaupun patah tulang kaki kerana jatuh balkoni, Shalma Eliana tetap kental". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  10. ^ Najiy Jefri (27 Januari 2020). "Teruja ketepi sakit". Harian Metro. Dicapai pada 27 Januari 2020.
  11. ^ "Mesej 17 artis". HM Digital. Harian Metro. 20 April 2020. Dicapai pada 21 April 2020.
  12. ^ "Aroma kisah hidup Shalma Eliana". 25 Oktober 2020. 19 Januari 2021.
  13. ^ Mya Amri (25 Oktober 2020). "Shalma Eliana jaga tingkah laku - "Kalau bau busuk orang tak suka, sama juga kalau berperangai buruk"". Astro Gempak. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  14. ^ Mohd Haikal Isa (12 Jun 2021). "Nilai komersial Naik Abu, Shalma". Kosmo!. Dicapai pada 14 Jun 2021.
  15. ^ Aqmar Mustaza (17 Jun 2021). "Eksperimentasi baharu buat Shalma Eliana menerusi Rambang". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Jun 2021.
  16. ^ Fatin Farhana Ariffin (2 April 2022). "Yana hargai kawan dalam lagu". Berita Harian. Dicapai pada 25 April 2022.
  17. ^ Budiey (26 April 2022). "YANA Buka Lembaran Baru Lancar I Need U, Penghargaan Buat Sahabat". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 April 2022.
  18. ^ Farol Hadi (1 April 2022). "Pernah lalui fasa tekanan dalam hidup, Yana syukur kawan-kawan ada di sisi". mStar Online. Dicapai pada 25 April 2022.
  19. ^ Shafiqah Shukor (22 November 2020). "Dulu pemalu, kini penyanyi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  20. ^ "Shalma Eliana tiada niat tumpang populariti kakak". XTRA. 17 November 2018. Dicapai pada 18 Januari 2019.
  21. ^ Zaidi Mohamad (26 Julai 2019). "Ismail Izzani, Shalma Eliana ibarat teman sejiwa". Berita Harian. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  22. ^ "Enggan sorok kisah cinta". Berita Harian. 22 Oktober 2020. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  23. ^ "2 tahun bercinta, Shalma Eliana dan Ismail Izzani tidak sorok hubungan lagi". Hot FM. 28 Disember 2020. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  24. ^ Zulaikha Yusof (4 Februari 2020). ""Kami akan merindui Nani" - Nenek Shalma Eliana meninggal dunia". Astro Gempak. Dicapai pada 23 Februari 2020.

Pautan luar

sunting