Media sosial

perkhidmatan atas talian bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pendapat peribadi

Media sosial (bahasa Inggeris: social media, disingkatkan sebagai Medsos) adalah sejenis media yang digunakan terus secara bertalian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi kandungan tersendiri. [1] Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran.[2]

Media Sosial

Ia datang dalam pelbagai format termasuk blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia maya di mana ia membolehkan pemuatnaikan dan perkongsian karangan, gambar, video, audio dan grafik sesama rakan sepengunaan yang boleh memberi maklum balas secara terbuka dalam masa yang lebih cepat dan tidak terhad ruang berbanding media tradisional (termasuk percetakan dan penyiaran).[3]

Pemahaman dan penakrifan

sunting

Wahana media sosial itu secara umum sering berubah ansur mengikut perkembangan teknologi semasa. Ada yang berpendapat daripada kepelbagaian ini bahawa ia masih boleh dihubungkaitkan melalui kemampuan ia menghubungkan maklumat disampaikan sesama manusia, namun ia dilihat terlalu taksa memandangkan logik ini turut boleh dipakai untuk merangkumkan teknologi lama dan lebih mudah seperti telegraf atau telefon sebagai media sosial.[4]

Walaupun begitu, golongan pakar pemasaran dan mereka yang sangat arif dalam teknologi sebegini sebulat suara bahawa sesuatu social media boleh dimasukkan dalam jenis-jenis yang berikut:[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ Ahlqvist, Toni (2008). "Social media roadmaps exploring the futures triggered by social media". VTT Tiedotteita - Valtion Teknillinen Tutkimuskeskus (2454): 13. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ Kaplan Andreas M., Haenlein Michael, (2010), Users of the world, unite! The challenges and opportunities of social media, Business Horizons, Vol. 53, Issue 1 (page 61)
  3. ^ H. Kietzmann, Jan (2011). "Social media? Get serious! Understanding the functional building blocks of social media". Business Horizons. 54: 241–251. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ Schejter, A.M.; Tirosh, N. (2015). ""Seek the meek, seek the just": Social media and social justice". Telecommunications Policy. 39 (9): 796–803. doi:10.1016/j.telpol.2015.08.002.
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IJMR Article

Bacaan lanjutan

sunting

Pautan luar

sunting