Universal Music Group
Kumpulan Muzik Universal (UMG) merupakan label rakaman terbesar dalam industri muzik. Universal Music Group ialah sebuah anak syarikat yang sepenuhnya dimiliki oleh konglomerat media Perancis, Vivendi.
![]() | |
Subsidiari bagi syarikat Vivendi | |
Industri | Muzik & Hiburan |
Ditubuhkan | 1934 (sebagai Decca Records USA) 1989 (MCA Music Entertainment Group dibentuk) 1996 (UMG pertama diwujudkan) 1998 (UMG kedua diwujudkan) |
Ibu pejabat | Santa Monica, CA Bandaraya New York, NY, Amerika Syarikat |
Tokoh penting | Lucian Grainge: Pengerusi & CEO Zach Horowitz: Presiden & COO Boyd Muir: CFO |
Hasil | ▲$6.14 billion (2007) |
Induk | Universal (1996-2006) Vivendi (100%) |
Pembahagian | Vivendi Entertainment |
Universal Music Publishing Group Universal Music Group Distribution Interscope-Geffen-A&M Island Def Jam Music Group Universal Motown Republic Group Universal Music Group Nashville Verve Music Group Decca Label Group Universal Music Latin Entertainment Universal Music Enterprises Show Dog-Universal Music V2/Co-operative Music Polydor Records Mercury Music Group Island Music Group Geffen UK Universal Music TV Universal Classics and Jazz | |
Laman web rasmi | universalmusic |
Ibu pejabat Vivendi terletak di Paris, Perancis manakala ibu pejabat UMG pula di Santa Monica, California dan Bandaraya New York, Amerika Syarikat. Di New York, ibu pejabatnya juga dikenali sebagai UMGI (Kumpulan Muzik Universal Antarabangsa) di mana pejabat ini menguruskan bahagian berkaitan dengan pengedaran Universal Records di seluruh dunia serta bahagian kewangan dan permasaran. Di Santa Monica pula, ibu pejabatnya dikenali juga sebagai UME (Universal Music Enterprise) di mana pejabat ini mengawasi semua bahagian obligasi undang-undang di Amerika Syarikat dan Kanada seperti Sumber Manusia serta menguruskan setiap masalah berkaitan hal ehwal undang-undang di dalam syarikat.
Pautan luarSunting
- Laman komersil rasmi
- Official Laman korporat
- Halaman sejarah "UMG"
- Saluran Universal Music Group di YouTube
- Vivendi Entertainment
- Peluang kerjaya di "Universal Music Group" (Disenaraikan di EntertainmentCareers.Net)
Rencana berkaitan syarikat dan perbadanan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |