Devoted ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2019 arahan Tony Pietra Arjuna dengan skrip oleh Razlina Ramli dan Mayang Al-Mohdhar. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Corinne Adrienne, siri ini disiarkan di platform penstriman Viu dari 28 Mac 2019 sehingga 25 April 2019 dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.[1]

Devoted
GenreThriler, misteri, neo-noir
Pencipta
Ditulis oleh
  • Razlina Ramli
  • Mayang Al-Mohdhar
  • Dzof Azmi
PengarahTony Pietra Arjuna
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Dimensions" oleh Stellar Dreams
Lagu penutup"Bonda" oleh M. Nasir
Penggubah
  • Luka Kuncevic
  • Stellar Dreams
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Damon Chua
  • Arun Prakash
  • Iman Corinne Adrienne
  • Kingsley Warner (Viu)
Penerbit
  • Jila Abas
  • Mayang Al-Mohdhar
  • Siti Marzuliana Marzuki
PenyuntingJohan Bahar
LokasiMalaysia
SinematografiPraveen Kumar
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran50–60 minit
Syarikat penerbitan
Serpentiga Films
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Mac 2019 – 25 April 2019
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang seorang wanita bekerjaya sebagai seorang peguam iaitu Eva, yang sentiasa sibuk selepas suaminya Rizal diberhentikan kerja. Eva sangat komited dengan kerjayanya. Sehinggalah pada suatu hari Eva pulang dari bekerja luar kawasan untuk beberapa hari. Kepulangan Eva dirumah melihatkan bahawa suami dan anaknya tiada dirumah. Eva cuba menelefon kenalan dan keluarga untuk bertanya keberadaan mereka berdua.

Setelah beberapa jam suami dan anak Eva masih tiada khabar berita. Eva pergi kebalai polis untuk membuat laporan kehilangan. Ketika pegawai polis menyoal Eva tentang hubungan Eva dan suaminya Rizal. Ketika itu Eva teringat kembali bahawa Eva sering bertengkar tentang pelbagai perkara lebih-lebih lagi tentang tanggungjawab Rizal sebagai suami dan bapa yang perlu mencari nafkah. Walaupun Rizal duduk dirumah, dia tidak membantu Eva dalam melakukan kerja-kerja rumah dan disebabkan itu mereka sering bergaduh.

Dalam misi mencari suami dan anaknya, Eva telah menemui satu seminar dimana suaminya pernah sertai. Pada mulanya seminar itu bertujuan memberikan semangat untuk mereka yng baru kehilangan kerja dan untuk mereka yang menukar kerjaya. Di seminar Eva berjumpa dengan Musa, yang merupakan rakan lama Eva. Musa ialah bekas pegawai polis tetapi telah berhenti menjadi salah seorang daripada mereka.

Seminar yang di jalankan itu dianjurkan oleh satu organisasi yanng dikenali sebagai Nusantopia. Seminar tersebut dikendalikan oleh Iskandar. Semakin lama Eva bersama kumpulan ini, dia merasakan kumpulan ini semakin pelik dimana matlamat kumpulan ini adalah mewujudkan tempat yang boleh melindungi mereka dari dunia moden dan membina masyarakat baharu. Matlamat itu menetapkan bahawa lelaki dan perempuan perlu melakukan tugas mereka yang sepatutnya tanpa melampaui batas dan berdasarkan nilai komunal.

Disisi lain seorang pegawai polis dan rakan forensiknya sedang menyiasat tentang beberapa kemalangan yang berlaku. Semua kemalangan kelihatan seperti kemalangan biasa sehingga siasatan lanjut telah dilakukan. Semua kemalangan yang berlaku menjurus kepada organisasi yang dikenali sebagai Nusantopia.

Pelakon sunting

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur. Corinne Adrienne yang memegang watak Eva dalam drama ini, dikreditkan sebagai pencipta siri dan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.[5]

Keluaran sunting

Devoted memulakan siaran di Viu bermula 28 Mac 2019 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "DEVOTED: Kisah pengorbanan seorang wanita" (Kenyataan media). Viu. 14 Februari 2022. Dicapai pada 28 Disember 2022.
  2. ^ Ashraf Nasser (1 April 2019). "Sharnaaz Ahmad teruja terlibat dengan siri asal VIU "Devoted"". Cinema Online. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 Februari 2019). "Faizal tegak keadilan". Harian Metro. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  4. ^ "Aric Hidir lakon watak penjahat siri 'Devoted' di Viu". Berita Harian Singapura. 20 April 2019. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  5. ^ Aref Omar (1 Mac 2019). "#Showbiz: String of devotions" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  6. ^ Mayang Al-Mohdhar (6 Mac 2020). "Devoted woman" (dalam bahasa Inggeris). Focus Malaysia. Dicapai pada 29 Disember 2020.

Pautan luar sunting