Transformers: Age of Extinction

Transformers: Age of Extinction (atau Transformers 4) ialah filem sains fiksyen 2014 berdasarkan francais Transformers. Ia merupakan filem keempat dalam siri filem Transformers. Ia merupakan sekuel kepada filem 2011, Dark of the Moon. Ia diarahkan oleh Michael Bay dan ditulis oleh Ehren Kruger. Steven Spielberg dan Bay berperanan sebagai penerbit eksekutif. Ia dibintangi Mark Wahlberg dengan Peter Cullen menyambung wataknya sebagai suara Optimus Prime. Filem ini ditayangkan pada Jun 27, 2014.[7]

Transformers: Age of Extinction
PengarahMichael Bay
PenulisEhren Kruger
BerdasarkanTransformers oleh
Hasbro
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiAmir Mokri
Disunting oleh
Muzik olehSteve Jablonsky
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
  • 19 Jun 2014 (2014-06-19) (tayangan perdana Hong Kong)
  • 27 Jun 2014 (2014-06-27) (China dan Amerika Syarikat)
Masa tayangan
165 minit[3][4]
NegaraAmerika Syarikat
China[1]
BahasaEnglish
Bajet$210-350 juta[5][6]
Pecah panggung$1.104 bilion[6]

Filem ini menerima ulasan negatif dengan rating sebanyak 18% di Rotten Tomatoes. Ia juga menerima tujuh pencalonan di Anugerah Raspberi Emas ke-35 termasuk Filem Paling Teruk dan Prekuel, Buatan Semula, Rip-off atau Sequel Paling Teruk. Bay dan Kelsey Grammer memenangi Anugerah Pengarah Paling Teruk dan Pelakon Lelaki Sokongan Paling Teruk.[8] Walau bagaimanapun, ramai memuji kesan visual filem ini serta lakonan Wahlberg, Grammer dan Stanley Tucci. Walaupun menerima ulasan negatif, filem ini mecapai kejayaan besar di box office, mengutip $1.104 bilion di seluruh dunia menjadikan filem ini sebagai filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014, filem dengan kutipan kedua tertinggi dalam siri Transformers, filem kesembilan belas utuk mengutip lebih daripada $1 bilion dan filem dengan kutipan ketiga belas tertinngi sepanjang masa.

Filem kelima, Transformers 5 dijadual ditayangkan pada tahun 2017.

Plot sunting

Lima tahun selepas mengalahkan Sentinel Prime dan Megatron di Chicago, Autobots bersembunyi selepas kerajaan menganggap semua Transformers sebagai ancaman dan mula memburu mereka. Kerajaan telah menggantikan Autobots dengan Transformers mereka sendiri menggunakan teknologi daripada Transformers yang sudah tewas. Untuk mendapatkan ganjaran, mekanik Texas, Cade Yeager menjumpai trak yang rupa-rupanya merupakan ketua Autobots dikenali sebagai Optimus Prime. Sedang kerajaan memburu semua Transformers, Cade dan keluarganya terlibat dengan pemburu dan Optimus.

Pelakon sunting

Manusia sunting

Transformers sunting

Autobots sunting

Dinobot sunting

Decepticons/KSI Drones sunting

Lain-lain sunting

Penerimaan sunting

Box office sunting

Transformers: Age of Extinction mengutip $245,439,076 di Amerika Syarikat $858,600,000 di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $1,104,039,076.[6] Ia merupakan satu-satunya filem pada tahun 2014 untuk mengutip lebih daripada $1 bilion di seluruh dunia. Ia merupakan filem filem dengan kutipan kedua belas tertinggi, filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014 dan filem dengan pendapatan kedua tertinggi dalam siri filem Transformers.[9] Ia merupakan filem kedua dalam siri Transformers untuk mengutip lebih daripada $1 bilion selepas Dark of the Moon[10] dan kesembilan belas keseluruhan.

Penerimaan kritis sunting

Di Rotten Tomatoes, filem ini menerima rating 18%, berdasarkan 180 ulasan dengan purata rating sebanyak 3.9/10.[11] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 32 daripada 100 berdasarkan 38 pengkritik.[12] Dalam undian CinemaScore, penguna memberi filem ini "A-" dari skala A+ ke F.[13]

Sekuel sunting

Filem kelima Transformers dijadual ditayangkan pada tahun 2017.

Rujukan sunting

  1. ^ Ma, Kevin (June 28, 2014). "Transformers breaks records in Greater China". Film Business Asia. Dicapai pada June 30, 2014. an official USA-China co-production — is set in Hong Kong, though portions of that section was shot on a set built in Detroit and Chongqing's Wulong Karst. Several scenes are also set in China.
  2. ^ a b Franich, Darren (April 2, 2013). "Paramount co-producing 'Transformers 4' with Chinese company". Entertainment Weekly.
  3. ^ "Transformers 4 Age Of Extinction Official Classification & Running Time Revealed — Transformers News". TFW2005. June 20, 2014. Dicapai pada July 13, 2014.
  4. ^ "TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION (12A)". British Board of Film Classification. June 19, 2014. Dicapai pada October 31, 2014.
  5. ^ McClintock, Pamela (June 29, 2014). "Box Office: 'Transformers 4' Hits $100 Million for $301.3 Million Worldwide Debut". Dicapai pada July 1, 2014.
  6. ^ a b c "Transformers: Age of Extinction (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada October 22, 2014.
  7. ^ Germain Lussier (March 12, 2014). "'Transformers 4′ IMAX Poster: Giant Robots On the Giant Screen". Slash Film. Dicapai pada March 20, 2014.
  8. ^ Ariana Bacle (January 14, 2015). "'Transformers: Age of Extinction' leads Razzie nominations". Entertainment Weekly. Dicapai pada January 16, 2015.
  9. ^ "Box Office by Studio". Box Office Mojo. Dicapai pada July 28, 2014.
  10. ^ "Transformers Total Grosses". Box Office Mojo. Dicapai pada November 18, 2014.
  11. ^ "Transformers: Age of Extinction". Rotten Tomatoes/Flixster. Dicapai pada 2015-06-15.
  12. ^ "Transformers: Age of Extinction". Metacritic/CBS Interactive. Dicapai pada 2014-07-31.
  13. ^ Bahr, Lindaey (June 29, 2014). "Box office report: 'Transformers: Age of Extinction' destroys competition with $100 million". Dicapai pada July 6, 2014.

Pautan luar sunting