Metacritic merupakan sebuah laman web yang menyusun semula ulasan-ulasan untuk album muzik, permainan video, filem, rancangan televisyen dan DVD. Untuk setiap produk, sebuah nombor kadaran untuk setiap ulasan diterima dan jumlahnya dipuratakan. Sebuah salinan setiap ulasan disertakan bersama-sama hiperrangkai kepada sumbernya. Perakuan cadangan pengkritik dirumuskan dengan tiga jenis warna iaitu Hijau, Kuning dan Merah. Ini memberikan idea umum tentang produk tersebut dikalangan pengulas dan untuk sebahagian orang awam.

Metacritic
Maklumat umum
URLmetacritic.com
JenisUlasan/Kadaran
Tersedia dalamBahasa Inggeris Sunting nilai ini di Wikidata
DitubuhkanJanuari 2001 Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikCBS Interactive
PengasasJason Dietz, Marc Doyle, Julie Roberts
KomersialYa
PendaftaranPercuma/Langganan
Perangkaan
Kedudukan Alexa1,269 (20 November 2017)
1,452 (1r Oktober 2017)
1,343 (29 Oktober 2017) Sunting nilai ini di Wikidata
Lokasi
Negara asalAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar berkaitan
OCLC911795326 Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainFacebook: Metacritic Twitter: metacritic Instagram: metacritic Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Laman web ini adalah hampir serupa kepada Rotten Tomatoes, akan tetapi keputusannya kadang-kala berbeza dengan kadar yang drastik, disebabkan oleh kaedah Metacritic yang mengubah setiap ulasan menjadi suatu peratus sebelum mengambil kadaran pirata dan menyenaraikan nombor-nombor ulasan yang berbeza.

Kebanyakan daripada laman-laman web ulasan memberi sesebuah ulasan daripada kadaran berjumlah lima, sepuluh, seratus dan kadang-kala juga menggunakan huruf. Mteacritic menukar gred tersebut kepada sebuah peratus tertentu. Untuk ulasan yang tidak memiliki sebarang kadaran (misalnya, ulasan oleh Amazon), Metacritic secara manualnya menilai ulasan tersebut sebelum memberikan gred yang bersesuaian. Meskipun Metacritic sebelum ini pernah mengulas judul-judul buku, disebabkan keluaran Harry Potter and the Deathly Hallows, ulasan mereka secara tetap terhadap judul-judul buku yang baru dipasarkan telah berkurang, kecuali jika judul-judul tersebut adalah keluaran yang terkenal di pasaran.

Pada tahun 2008, Microsoft telah mula menggunakan kadaran purata Metacritic untuk mengeluarkan daripada senarai beberapa judul permainan video Xbox Live Arcade yang kurang menonjolkan prestasi.[1][2] Namun hal ini gagal dilaksanakan di atas keluaran Xbox Experience.[perlu rujukan]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Chris Remo (22 Mei 2008). "Microsoft To Delist Low-Ranking XBLA Titles, Raise Size Limit". GamaSutra. Dicapai pada 22 Mei 2008. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  2. ^ Joe Keiser (22 Mei 2008). "EXCLUSIVE INTERVIEW: MS to Delist XBLA Titles". Next Generation. Dicapai pada 29 Mei 2008. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)[pautan mati kekal]

Pautan luar

sunting