Harry Potter and the Deathly Hallows

Harry Potter and the Deathly Hallows (harfiah: Harry Potter dengan Azimat Maut) ialah buku ketujuh dan terakhir dalam siri keseluruhan siri Harry Potter. Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2007 iaitu pada 21 Julai 2007, seminggu selepas pelancaran filem kelima, Harry Potter and the Order of the Phoenix.

Harry Potter and The Deathly Hallows
Umum
PengarangJ. K. Rowling
NegaraUnited Kingdom
Bahasabahasa Inggeris
Sirike-7
Penerbitan
Penerbit
Tarikh penerbitan
16 Mac 1831
Jenis media
Cetakan keras
Halaman607 (UK)
759 (AS)756 (Malaysia)
? (Indonesia)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 983-00-3303-1

Siri ketujuh dan terakhir novel karya J.K. Rowling ini mencatat sejarah apabila lebih 11 juta naskhah dapat dijual dalam masa 24 jam berada di pasaran di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kali ini, buku Harry Potter dipasarkan di 93 buah negara dan jualan awal naik kira-kira 20 peratus berbanding edisi keenam.

Plot sunting

Templat:Spoiler

Musim panas terakhir sunting

Permulaan buku kali ini memaparkan Lord Voldemort dan para Death Eater berada di pusat gerakan mereka iaitu di kediaman Lucius Malfoy. Mereka merancang untuk membunuh Harry Potter sebelum Harry dapat bersembunyi kembali. Voldemort telah membunuh tawanannya, Profesor Charity Burbage, guru Pengajian Muggle di Hogwarts, atas alasan pengajaran beliau memberikan pandangan positif kepada golongan Muggle (bukan keturunan ahli sihir) serta menggalakkan anjakan bagi golongan berdarah tulen untuk dihentikan.

Harry telah bersedia untuk melakukan perjalanannya dan beliau telah membaca wasiat Albus Dumbledore; dan diketahui bahawa ayah Dumbledore, Percival, ialah seorang yang benci akan golongan Muggle dan telah menyerang tiga orang Muggle (yang sebenarnya telah menyebabkan Ariana, adik Albus menjadi gila), dan meninggal dunia di Penjara Azkaban atas kejahatannya. Harry kemudian meyakinkan keluarga Dursley bahawa mereka harus segera meninggalkan rumah mereka untuk mengelakkan diri daripada serangan para Death Eater setelah Harry mencecah umur dewasa. Keluarga Dursley kemudian lari menyembunyikan diri dengan kawalan sepasang ahli sihir setelah mereka membuat pengakuan bahawa mereka masih risau dan pedulikan Harry.

Bersama-sama dengan anggota Kumpulan Phoenix, Harry kemudian bertolak ke The Burrow. Dalam perjalanan itu mereka telah diserang oleh Voldemort dan Death Eaternya. Serangan tersebut telah menyebabkan Hedwig, burung hantu Harry telah terbunuh akibat terkena sumpahan pembunuh, George Weasley pula kehilangan sebelah telinganya akibat Sihir Sectumsempra dan Mad-Eye Moody pula dibunuh oleh Voldemort sendiri. Harry berjaya meloloskan diri daripada Voldemort yang mengejarnya setelah tongkat sakti milik Harry menghancurkan tongkat sakti yang dipinjam Voldemort daripada Lucius dengan sendirinya. Kemudian, Harry mendapatkan tahu yang Voldemort telah menanyakan punca kejadian tersebut kepada En Ollivander, seorang pembuat tongkat sihir.

Beberapa hari kemudian, Menteri Sihir, Rufus Scrimgeour tiba di The Burrow dan memberikan beberapa barang peninggalan Dumbledore yang telah diwasiatkan untuk Harry dan rakan-rakannya, antaranya ialah: "Deluminator" (Pemadam Lampu) untuk Ron ; buku cerita The Tales of Beedle the Bard (Kisah Beedle Si Pujangga) iaitu mengenai buku cerita kanak-kanak untuk Hermione yang sebenarnya mempuyai maksud yang tersembunyi; dan pedang Godric Gryffindor dan Bola Snitch pertama yang ditangkap oleh Harry dalam perlawanan Qudditch pertamanya. Namun demikian, pedang tersebut tidak diserahkan kepada Harry kerana menurut Kementerian Sihir, pedang tersebut bukanlah milik Dumbledore. Ketiga-tiga mereka kemudiannya berusaha untuk mencari maksud tersirat di sebalik pemberian tersebut. Sehari kemudian, perkahwinan antara Fleur Delacour dan Bill Weasley berlangsung.

Pencarian bermula sunting

Semasa majlis perkahwinan Bill Weasley dan Fleur Delacour, patronus milik Kingsley Shacklebolt telah muncul, menyatakan bahawa Rufus Scrimgeour, Menteri Sihir telah mati dan Kementerian Sihir kini berada di bawah kuasa Voldemort. Semasa para Death Eater semakin menghampiri Harry, Ron dan Hermione, ketiga-tiga mereka Ghaib dan mencari perlindungan di Nombor Dua Belas,Grimmauld Place. Di sana, Harry membuat kesimpulan bahawa adik Sirius Black, Regulus Arcturus Black merupakan "R.A.B" yang membawa keluar loket Horcrux dari gua dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Hermione teringat semula bahawa beliau pernah terlihat seutas loket yang terdapat dalam barang-barangan milik Kreacher. Kreacher mendedahkan bahawa dialah yang bertanggungjawab meletakkan loket itu ke dalam gua tersebut untuk Voldemort, dan Regulus telah mati dalam usaha untuk mendapatkannya semula. Walau bagaimanapun, loket itu telah jatuh ke dalam genggaman Dolores Umbridge disebabkan ia telah dicuri oleh Mundungus Fletcher. Ketiga-tiga mereka telah memecah masuk ke dalam Kementerian Sihir dan menyamar dengan menggunakan Posyen Polijus untuk mendapatkan semula loket tersebut. Namun lokasi persembunyian mereka di Grimmauld Place telah terbongkar dan mereka terpaksa melarikan diri.

Mereka mendapat tahu bahawa Pedang Gryffindor yang terdapat di Gringotts merupakan satu replika. Harry perlu mencari pedang yang sebenar untuk memusnahkan Horcrux-Horcrux yang lain, namun Ron yang tertekan telah meninggalkan kumpulan tersebut. Harry dan Hermione cuba mencari pedang tersebut di Godric's Hollow. Di sana mereka telah diserang oleh Nagini dan Voldemort. Namun ketika mereka sedang menyelamatkan diri, Hermione secara tidak sengaja telah mematahkan tongkat sakti milik Harry.

Di dalam Hutan Dean, satu patronus rusa betina telah menunjukkan lokasi di mana terdapatnya pedang Gryffindor iaitu di dalam sebuah kolam berais. Semasa Harry cuba untuk mendapatkan pedang tersebut, loket Horcux yang berada di tengkuknya telah mencekik dirinya. Beliau diselamatkan oleh Ron yang kembali dengan membawa Deluminator dan memusnahkan loket tersebut dengan menggunakan pedang Gryffindor. Ron memberitahu mereka bahawa kini nama Voldemort merupakan satu Pantang: menyebut namanya akan mendedahkan lokasi si penyebut kepada pemburu yang dikenali sebagai Snatcher (Pencuri).

Azimat Maut sunting

 
Simbol Azimat Maut

Ketiga-tiga mereka mendapat tahu daripada Xenophilius Lovegood, ayah Luna Lovegood bahawa simbol Grindelwald yang ditemui oleh mereka mewakili tiga objek Azimat Maut: "Elder Wand" (Tongkat Elder), "Resurrection Stone" (Batu Kebangkitan), dan Jubah Halimunan. Apabila ditanya mengenai ketiadaan Luna, Xenophilius memberitahu bahawa Death Eater telah menculik Luna sebagai membalas dendam kerana telah menyokong Harry Potter dalam majalahnya, The Quibbler. Disebabkan bimbang akan keselamatan Luna, beliau telah memanggil pihak kementerian bahawa ketiga-tiga mereka berada di sana, namun mereka telah berjaya melarikan diri.

Harry dapat merasakan bahawa Voldemort sedang mencari Tongkat Elder. Namun, Harry secara tidak sengaja telah menyebut nama Voldemort yang menyebabkan lokasi persembunyian mereka telah terdedah dan ditangkap oleh Pencuri lalu dikurung di rumah besar milik keluarga Malfoy bersama-sama Luna, Dean, Ollivander, dan Griphook. Penemuan pedang Gryffindor milik mereka membimbangkan Bellatrix Lestrange kerana beliau memikirkan bahawa mereka telah berjaya memecah masuk ke bilik keselamatan keluarganya di Bank Gringgotts, lalu beliau telah menyeksa Hermione untuk mendapatkan jawapannya. Dobby Muncul Tiba-Tiba dan menyelamatkan Luna, Dean dan Ollivander. Bunyi yang terhasil menyebabkan Peter Pettigrew pergi menyiasat. Beliau berjaya menangkap Harry namun beliau diingatkan oleh Harry bahawa beliau masih berhutang nyawa dengannya kerana Harry pernah menyelamatkannya dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban yang menyebabkan Peter untuk merengangkan genggamannya. Perbuatanya yang teragak-agak untuk membunuh Harry menyebabkan tangan perak yang dihadiahkan oleh Voldemort untuk mencekiknya hingga mati. Harry dan Ron segera bergegas ke bawah untuk menyelamatkan Hermione. Dobby muncul semula dan Ghaib ke kotej Bill dan Fleur Weasley, namun semasa mereka cuba melarikan diri, Bellatrix telah melemparkan pisau yang menyebabkan kematian Dobby.

Di kotej, Ollivander mengesahkan bahawa Tongkat Elder benar-benar wujud dan kuasa tongkat sakti tersebut boleh berpindah milik andainya penggunanya sekarang dikalahkan atau dilucutkan senjata. Tingkah laku Bellatrix yang sedikit meragukan berjaya meyakinkan mereka bahawa terdapat satu lagi Horcrux yang tersembunyi di bilik keselamatan milik keluarga Lestrange. Dibantu oleh Griphook yang menjadikan pedang Gryffindor sebagai upah, mereka berjaya memecah masuk ke Bank Gringotts dan mendapatkan sebuah lagi Horcrux iaitu Piala Hufflepuff. Namun, setelah mereka berjaya melepaskan diri, Griphook telah mengkhianati mereka dan membawa lari pedang Gryffindor. Sementara itu, Voldemort pula telah membuka makam Dumbledore dan mencuri Tongkat Elder yang Dumbledore perolehi daripada pertarungannya dengan seorang ahli sihir jahat, Gellert Grindelwald. Voldemort sedar yang Horcruxnya sedang dirosakkan; hubungan mindanya dengan Harry secara tidak sengaja telah mendedahkan satu lagi lokasi Horcrux yang berada di Hogwarts.

Peperangan Hogwarts sunting

Ketiga-tiga mereka ke Hogsmeade, iaitu Aberforth Dumbledore menyeludup masuk mereka ke Hogwarts. Harry memberi amaran kepada staf-staf Hogwarts yang Voldemort akan datang menyerang sementara menunggu sekutu Hogwarts tiba. Harry mempelajari bahawa mahkota Ravenclaw ialah satu Horcrux, sementara Hermione memusnahkan piala Hufflepuff dengan taring Basilisk yang mereka peroleh dari Bilik Rahsia. Harry mengingat semula bahawa beliau pernah melihat mahkota tersebut dalam Bilik Keperluan dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Ketiga-tiga mereka walau bagaimanapun telah diserang oleh Malfoy, Crabbe dan Goyle. Crabbe yang cuai dalam penggunaan Sihir Fiendfyre yang digunakan untuk menyerang Harry, Ron, dan Hermione telah menyebabkan kematian dirinya sendiri dan memusnahkan mahkota tersebut.

Harry secara tidak sengaja telah menyelami minda Voldemort sekali lagi, yang menunjukkan mereka jalan ke arah Gubuk Menjerit. Setibanya di sana, mereka telah menyaksikan Voldemort membunuh Snape dengan menggunakan Nagini, dengan mempercayai bahawa dengan perbuatan itu akan menjadikan beliau tuan kepada Tongkat Elder. Semasa Snape hampir mati, beliau memberikan memori yang membuktikan kesetiaan beliau kepada Dumbledore, dimotivasikan oleh cinta seumur hidupnya terhadap Lily Potter kepada Harry. Ingatan itu telah mendedahkan perkara sebenar: Setelah disumpah oleh Horcux cincin Gaunt, Dumbledore yang malang telah mengarahkan Snape untuk membunuhnya, jika perlu, pada masa yang strategik. Didedahkan bahawa Snapelah yang membuat patronus rusa betina di dalam Hutan Dean. Memori tersebut turut mendedahkan bahawa Harry juga merupakan satu Horcrux.

Dalam keadaan terpaksa menerima hakikat bahawa beliau akan mati, Harry menghampiri kem Voldemort dalam Hutan Larangan. Sepanjang perjalanan, dia menemui Batu Kebangkitan di dalam bola Snitch untuk menyeru semangat ibu bapanya, Sirius Black dan Remus Lupin yang menenangkan dirinya dan menyediakan jalan yang selamat. Voldemort kemudiannya menyerang beliau dengan menggunakan Sumpahan Tidak Terampun Avada Kedavra. Terjaga di dalam dunia seperti dunia khayalan, Harry tidak pasti sama ada beliau masih hidup ataupun telah mati. Dumblelore kemudiannya muncul dan menerangkan bahawa Horcrux yang berada di dalam tubuhnya kini telah dimusnahkan. Beliau berkata Voldemort masih hidup kerana cebisan jiwanya masih ada yang bermakna Harry juga masih hidup kerana darahnya telah digunakan untuk membangkitkan semula Voldemort.

Harry kembali sedarkan diri, namun beliau telah berpura-pura mati. Voldemort mengarahkan Hagrid untuk mengangkat Harry ke Hogwarts sebagai satu trofi. Apabila Neville Longbottom menentang Voldemort, Topi Pengisih yang berada di atas kepalanya terbakar; yang menyebabkan beliau berjaya menarik keluar pedang Gryffindor dari topi tersebut lalu berjaya memenggal Nagini yang juga salah satu Horcux yang terakhir. Mengetahui bahawa dirinya merupakan tuan sebenar kepada Tongkat Elder, Harry mencabar Voldemort. Hal ini kerana, ketika Draco Malfoy melucutkan tongkat sakti milik Dumbledore dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan ini telah menjadikan draco sebagai tuan kepada Tongkat Elder. Namun, apabila Harry telah merampas tongkat sakti Malfoy, beliau secara tidak sengaja telah menjadi tuan kepada Tongkat Elder; Harry berjaya mendapatkan kesetiaan tongkat sakti tersebut apabila beliau berjaya menangkap tongkat sakti milik Draco. Voldemort menghasilkan Sumpahan Pembunuh ketika Harry melancarkan Sihir Expelliarmus, namun Tongkat Elder tersebut membalikkan semula sumpahan tersebut kepada Voldemort lalu membunuhnya.

Antara mereka yang terbunuh dalam peperangan ini ialah Fred Weasley, Remus Lupin, Nymphadora Tonks, Colin Creevey dan Bellatrix Lestrange. Harry memberitahu kepada potret Dumbledore yang beliau akan menyimpan Jubah Halimunan, tetapi Batu Kebangkitan kekal hilang dalam hutan sementara Tongkat Elder akan dipulangkan semula kepada makam Dumbledore di mana kuasanya akan terhapus jika Harry mati tanpa ditewaskan. Dumbledore mempersetujuinya. Sebelum memulangkan Tongkat Elder tersebut, beliau menggunakannya untuk membaiki tongkat sakti miliknya sendiri.

Epilog sunting

19 tahun kemudian, Harry dan Ginny Weasley telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak iaitu : James, Albus Severus, dan Lily. Ron dan Hermione juga telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak iaitu Rose dan Hugo. Keluarga-keluarga tersebut telah bertemu di Stesen King's Cross, di mana Albus yang gemuruh sedang bertolak ke Hogwarts sebagai pelajar tahun pertama. Anak angkat Harry, Teddy Lupin yang berusia 19 tahun, telah ditemui mencium Victoire Weasley (Anak perempuan Bill dan Fleur) di dalam gerabak keretapi. Teddy amat rapat dengan keluarga Potter, dengan Harry pernah berkata, "Beliau telahpun datang menghadiri makan malam empat kali seminggu." Harry ternampak Draco Malfoy dan isterinya dengan anak lelakinya Scorpius; Malfoy mengakui Harry dengan anggukan yang ringkas tetapi kasar sebelum berlalu pergi. Harry menenangkan Albus, yang ketakutan jika beliau dikisihkan ke Slytherin, dengan meberitahunya bahawa nama asal beliau berasal daripada Severus Snape, dan merupakan seorang ahli kumpulan Slytherin dan merupakan lelaki yang paling berani pernah beliau temui. Harry juga menambah bahawa Topi Pengisih turut mengisih seseorang ke kumpulan rumah yang disukai pelajar tersebut. Neville Longbottom kini merupakan profesor Herbologi Hogwarts dan merupakan kawan rapat Harry. Buku itu disudahkan dengan : The scar had not pained Harry for nineteen years. All was well. yang bermaksud "Parut tersebut tidak lagi pernah menyakiti Harry selama 19 tahun.Semua berada di dalam keadaan baik." Namun Harry sentiasa mengingati kejadian demi kejadian berkaitan dengan parutnya itu.

Templat:Endspoiler

Lebih kurang 50 orang terbunuh ketika Pertarungan Kedua di Hogwarts, tetapi nama mereka tidak diketahui.

Komen dan nota tambahan daripada J.K Rowling sunting

Di dalam beberapa temuramah selepas penjualan buku ketujuh ini, terdapat beberapa informasi tambahan mengenai beberapa watak tambahan yang beliau tidak masukkan ke dalam bahagian epilog buku tersebut. Beliau menyatakan bahawa:

  • Harry menjadi seorang Auror untuk Kementerian Sihir pada usia 17 tahun, dan kemudian dilantik sebagai ketua bahagian tersebut pada tahun 2007. Beliau menyimpan motosikal ayah angkatnya, Sirius Black yang telah dibaiki oleh Arthur Weasley. Namun kini beliau tidak lagi boleh berbahasa Parseltongue selepas kematian Voldemort kerana kini sebahagian jiwa Voldemort yang berada di dalamnya telah musnah. Anak ketiganya dengan Ginny, Lily Luna telah diberi nama sempena kawan baik mereka iaitu Luna Lovegood.
  • Ginny Weasley bermain Quidditch untuk pasukan Holyhead Harpies Quidditch untuk sementara sebelum membuat keputusan meninggalkannya untuk berkahwin dengan Harry dan menjadi wartawan yang melaporkan tentang Quidditch untuk akhbar Daily Prophet.
  • Ron Weasley bekerja dengan George Weasley di Kedai Barangan Sihir Weasley sebelum menyertai Harry sebagai seorang Auror.
  • Hermione Granger pula mencari ibu bapanya di Australia dan telah mengalihkan Sihir Pengubah Memori yang telah dikenakan olehnya kepada ibu bapanya. Pada mulanya, beliau bekerja di Kementerian Sihir dalam Jabatan bagi Kawalan dan Pengawalan Makhluk Ajaib, yang berjaya meningkatkan taraf hidup elf dan makhluk-makhluk setaranya. Beliau kemudian berpindah ke bahagian Jabatan Penguatkuasaan Undang-Undang Sihir dan membantu dalam membanteras undang-undang yang pro-ahli sihir berdarah tulen.
  • Hubungan antara Albus Dumbledore dan Gellert Grindelwald telah melebihi hubungan sekadar kawan. Hal ini kerana J. K. Rowling telah mendedahkan bahawa Dumbledore merupakan seorang homoseksual dan pernah mempunyai perasaan sayang terhadap Grindelwald.

Rowling juga menyatakan nasib beberapa watak-watak sampingan:

  • George Weasley meneruskan kedai barangan sihirnya yang berjaya dan telah berkahwin dengan Angelina Johnson dan mendapat dua orang anak iaitu Fred dan Roxanne. Nama Fred telah diberi sempena memperingati kembarnya yang telah meninggal dunia.
  • Luna Lovegood pula terus mencari kehidupan dunia makhluk yang aneh dan unik. Beliau akhirnya telah berkahwin dengan Rolf, seorang cucu ahli alamiah yang ternama, Newt Scamander dan telah mendapat kembar yang diberi nama Lorcan dan Lysander. Syarikat penerbitan ayahnya, The Quibler masih tetap diteruskan dengan "kegilaan yang bertambah" dan telah dihargai sebagai bahan lawak secara tidak langsung. Beliau dikatakan telah menjumpai beberapa spesies haiwan yang baru, walau bagaimanapun, Rowling telah menerangkan bahawa akhirnya Luna terpaksa menerima kenyataan bahawa tiada binatang jenis Snorkack Bertanduk Remuk pernah wujud.
  • Draco Malfoy telah berkahwin dengan Astoria Greengrass yang merupakan adik kepada Daphne Greengrass (kawan sebaya Draco di rumah Slytherin) dan telah mendapat seorang anak lelaki bernama Scorpius Hyperion. Rambut Draco pula semakin menipis yang menambahkan lagi kebujuran bentuk mukanya.
  • Firenze kini telah diterima oleh golongannya, yang akhirnya berterima kasih ke atas nilai murninya yang pro-manusia.
  • Dolores Umbridge pula ditahan, dibuang kerja, disoal-siasat, dan telah dipenjarakan ke atas jenayah terhadap mereka yang berdarah keluarga Muggle.
  • Cho Chang akhirnya telah berkahwin dengan seorang Muggle.
  • Neville Longbottom pula berkahwin dengan Hannah Abbott dan tinggal di sebuah rumah flat di atas kawasan Leaky Cauldron setelah Hannah menjadi seorang tuan tanah.
  • Percy Weasley telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Audrey dan mempunyai dua orang anak perempuan yang bernama Molly dan Lucy.
  • Selain Victoire Weasley, Bill dan Fleur Weasley mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama Dominique dan Louis.

Perubahan besar dalam dunia sihir termasuklah:

  • Kingsley Shacklebolt menjadi Menteri Sihir yang tetap, dengan Percy Weasley bekerja di bawahnya sebagai pegawai tinggi. Antara rombakan yang telah diperkenalkan oleh Shacklebolt ialah Penjara Azkaban kini tidak lagi menggunakan Dementor sebagai penjaganya. Harry, Ron dan Hermione pula menjadi antara sebab Kementerian Sihir telah dirombak.
  • Di Hogwarts, Rumah Slytherin tidak lagi menjadi rumah untuk para pelajar yang berdarah tulen. Namun, reputasi hitamnya masih kekal.
  • Sumpahan Voldemort terhadap jawatan sebagai seorang guru untuk subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam telah terhapus dengan kematiannya dan kini telah ada guru yang akan kekal mengajar. Harry juga mengajar subjek ini beberapa kali dalam setahun sebagai guru jemputan.
  • Potret Snape, yang sementara waktu menjadi Pengetua Hogwarts tidak lagi berada di dalam pejabatnya kerana beliau telah meninggalkan posisi tersebut. Harry bercadang untuk melobi Hogwarts agar sekolah itu menambah potret Snape yang baru, yang akhirnya kesetiaan dan kepercayaan Snape telah dapat diketahui umum.

Latar belakang penulisan sunting

Pilihan tajuk dan epigraf sunting

 
Tajuk buku ke-7 dari laman JK Rowling.

Sebelum mendedahkan tajukya, J.K Rowling pernah terfikirkan tiga tajuk yang agak sesuai untuk novel ini iaitu Harry Potter and the Deathly Hallows (Harry Potter dengan Azimat Maut), Harry Potter and the Elder Wand ("Harry Potter dan Tongkat Penatua") dan Harry Potter and The Peverell Quest ("Harry Potter dan Pemburuan Peverell"). Akhirnya, tajuk Harry Potter and the Deathly Hallows telah dipilih. Menjelang Krismas iaitu pada 21 Disember 2006, J.K. Rowling memperkenalkan tajuk bagi buku terakhir ini di laman web rasminya sebagai hadiah Krismas daripadanya kepada peminat dan untuk mengetahui tajuknya, pengunjung perlu memainkan sebuah permainan perkataan hangman di mana jawapan betul akan memaparkan tajuk mutakhir. Dikhabarkan, terdapat sepucuk nota yang ditulis oleh J.K Rowling di Hotel Balmoral di Edinburgh yang tertera "J.K Rowling telah siap menulis Harry Potter and the Deathly Hallows di dalam bilik ini (652) pada 11 Januari 2007."

Kesemua buku di dalam siri Harry Potter mempunyai dedikasi yang tertentu, dan bagi novel yang terakhir ini ia turut mempunyai sebuah epigraf selain daripada ucapan dedikasi daripada J.K Rowling. Ia mengandungi dua ungkapan yang berkaitan dengan kematian dan persahabatan. Ungkapan pertama adalah daripada karya "The Liberation Bearers" iaitu terjemahan bahasa Inggeris daripada karya Yunani kuno abad kelima sebelum Masihi oleh Aeschylus. Ungkapan kedua adalah daripada "More Fruits of Solitude" (1682) oleh William Penn, seorang penulis Quaker berpengaruh.

Kempen pemasaran sunting

Tujuh Soalan Scholastic
Semasa tempoh hampir-hampir buku mula dijual, penerbit buku Scholastic telah mengeluarkan 7 persoalan yang akan dijumpai peminat dalam buku ini.
  1. Siapa yang akan hidup? Siapa yang akan mati?
  2. Adakah Severus Snape Baik atau Jahat?
  3. Adakah Sekolah Hogwarts Akan Dibuka Semula?
  4. Siapa yang menipu dengan Siapa?
  5. Di manakah Horcrux-Horcrux berada?
  6. Adakah Voldemort Akan Dikalahkan?
  7. Apakah objek Azimat Maut?

Pelancaran buku tersebut telah disambut dengan majlis penandatangan dan pembacaan buku yang diadakan di Muzium Sejarah Semulajadi di London yang dihadiri oleh Rowling sendiri dan 1700 tetamu yang terpilih melalui undian. Rowling bercadang untuk melakukan lawatan ke Amerika Syarikat pada Oktober 2007, di mana satu lagi acara akan diadakan di Dewan Carnegie di New York di mana tiket-tiket diambil secara cepu lumba kuda.

Scholastic Inc., penerbit novel Harry Potter versi Amerika telah melancarkan kempen "THERE WILL SOON BE 7" yang bermaksud "AKAN ADA YANG KETUJUH" yang bernilai jutaan Dollar dengan kempen pemasaran melalui 'Bas Knight ' yang akan mengembara ke 40 perpustakaan seluruh Amerika selain mengadakan perbicangan peminat secara dalam talian, penanda buku untuk dikumpul, tatu dan pelepasan buku yang ketujuh yang akan dilakukan di atas pentas.

Scholastic juga mengacarakan "Harry Potter Place" — satu acara jalanan yang magikal dan menarik di ibu pejabat Scholastic di bandar New York, di mana edisi Harry Potter and the Deathly Hallows yang ditandatangani akan didedahkan. Sambutan tersebut termasuklah penayangan pokok Whomping Willow setinggi 6 meter, yang turut disertai oleh pengecat muka, pembuat tongkat sakti, pemakan api, ahli sihir, penjugel dan pejalan kaki yang menggunakan jangkungan.

Beberapa kedai buku juga telah membina gerai kecil yang memaparkan penanda buku percuma untuk diambil. Penanda buku tersebut menjelaskan alasan Snape patut dipertimbangkan sebagai seorang kawan atau lawan dengan logo Azimat Maut di bawahnya.

Semasa penulisan Bahagian Akhir sunting

Rowling telah menyiapkan bukunya semasa menetap di Hotel Balmoral di Edinburgh pada Januari 2007, dan telah meninggalkan satu kenyataan bertanda tangan di atas satu patung marmar Hermes di dalam biliknya yang bertulis: "J.K Rowling finished writing Harry Potter and the Deathly Hallows in this room (652) on 11 January 2007" yang bermaksud ("J.K Rowling telah menghabiskan penulisan Harry Potter and the Deathly Hallows di dalam bilik ini (652) pada 11 Januari 2007"). Dalam satu kenyataan di dalam laman web beliau, beliau mengatakan, "I've never felt such a mixture of extreme emotions in my life, never dreamed I could feel simultaneously heartbroken and euphoric" ("Saya tidak pernah merasai perasaan bercampur baur yang kuat, tidak pernah bermimpi saya boleh merasai perasaan kecewa dan kegembiraan yang teramat sangat secara serentak"). Beliau telah membandingkan perasaan beliau dengan perasaan yang telah diungkapakan oleh Charles Dicken dalam satu bahagian dalam novel tahun 1850 oleh Charles Dicken iaitu David Copperfield, "a two-years' imaginative task" yang bermaksud ("satu tugasan mengimaginasi selama dua tahun"). "To which," she added, "I can only sigh, try seventeen years, Charles..." yang bermaksud ("Yang," tambah beliau, "saya hanya boleh mengeluh, cubalah 17 tahun, Charles...") Beliau mengakhiri mesej beliau, bahawa "Deathly Hallows" ialah kegemarannya dan ia merupakan cara yang amat sempurna untuk menamatkannya.

Apabila ditanyakan mengenai buku yang akan datang sebelum buku yang ketujuh keluar,beliau menyatakan bahawa dia tidak boleh mengubah bahagian penamat sungguhpun beliau mahukannya. "Buku-buku ini telah diplotkan buat sekalian lama, dan pada masa buku yang keenam sekarang, kesemuanya menuju ke arah yang tertentu. Jadi saya benar-benar tidak mampu mengubahnya." Beliau juga telah membuat satu kenyataan bahawa buku keenam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan berkait rapat dengan buku yang ketujuh, "seperti setiap satunya merupakan separuh daripada sebuah novel yang sama". Beliau juga telah mengatakan bahawa bab akhir buku ini telah ditulis seperti dalam tahun 1990, sebagai satu bahagian antara karya-karya terawal beliau.

Sekatan 'Spoiler' sunting

J.K Rowling telah membuat satu permintaan awam bahawa kepada sesiapa yang mendapat maklumat tambahan mengenai buku tersebut hendaklah menyimpan maklumat tersebut untuk individu itu sahaja, dan dalam usaha untuk memastikan bahawa maklumat mengenainya tidak diceritakan kepada mereka yang masih belum membacanya. Setakat ini, pihak Bloomsbury telah membelanjakan £10 juta pound sterling dalam usaha untuk memastikan rahsia di dalam buku terakhir ini kekal selamat hingga 21 Julai iaitu tarikh pelepasan. Arthur Levine, seorang editor novel Harry Potter versi Amerika Syarikat menafikan kenyataan bahawa beberapa buku Harry Potter dengan Azimat Maut telah diedarkan untuk kenyataan media. Tetapi dua akhbar di Amerika Syarikat telahpun menyiarkan kenyataan media terlebih dahulu. Terdapat satu spekulasi bahawa terdapat kedai-kedai buku yang sanggup melanggar sekatan tersebut dan telah mengedarkan buku ini dengan lebih awal.

Kontroversi sunting

Kebocoran online dan Penghantaran terlajak awal sunting

 
Buku Harry Potter and the Deathly Hallows versi United Kingdom terbitan Bloomsbury.

Dalam tempoh seminggu sebelum tarikh pelancaran, sejumlah teks yang dikatakan tulen telah muncul dalam pelbagai bentuk. Pada 16 Julai, satu set fotograf yang menggambarkan setiap 759 muka surat novel tersebut dalam versi Amerika Syarikat telah bocor di Internet, di mana ia merupakan salinan yang keluar sebelum tarikh yang rasmi. Fotograf tersebut kemudiannya muncul dalam satu laman web dan rangkaian peer-to-peer, yang menyebabkan pihak Scholastic untuk mencari sepina dalam usaha untuk mengenal pasti sumber yang asal. Hal ini menggambarkan pelanggaran keselamatan yang paling serius pernah dialami oleh siri Harry Potter. J.K Rowling dan peguamnya telah membuat pengakuan bahawa kebocoran itu adalah benar. Ulasan yang telah diterbitkan di dalam akhbar The Baltimore Sun dan The New York Times pada 18 Julai, 2007 mentahkikkan banyak elemen plot daripada kebocoran tersebut, dan pada sehari sebelum hari pelepasan, akhbar The New York Times mengesahkan bahawa kebocoran tersebut adalah benar.

Pihak Scholastic telah mengumumkan kira-kira satu perseribu (0.01%) pihak pembekal Amerika Syarikat telah menghantar buku itu terlalu awal, kira-kira 1200 buah novel. Seorang pembaca di Maryland telah menerima senaskhah buku tersebut terlebih awal melalui penghantaran pos iaitu empat hari sebelum tarikh rasmi pelancaran dari DeepDiscount, yang menyebabkan pihak Scholastic dan DeepDiscount seolah-olah tidak percaya bahawa perkara tersebut boleh terjadi. Pada awalnya, pihak Scholastic berpuas hati bahawa perkara tersebut mungkin terjadi akibat "kesalahan manusia" dan tidak akan mengenakan sebarang penalti. Namun, pada keesokan harinya, pihak Scholastic telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan kepada DeepDiscount dan pengedarnya Levy Home Entertainment. Scholastic juga telah menfailkan saman kerosakan di Chicago's Circuit Court of Cook County, dengan mendakwa pihak DeepDiscount telah terlibat dalam "pencabulan terang-terangan dan lengkap terhadap perjanjian yang mereka ketahui bahawa ia merupakan sebahagian daripada satu pelan yang dirangka dengan berhati-hati sempena buku yang dinanti-nanti ini". Sebahagian daripada buku yang dilepaskan awal ini telah muncul dalam eBay, iaitu salah satu buku tersebut telah dijual kepada Publisher's Weekly untuk harga AS$250 daripada harga asalnya iaitu AS$18.

Perang harga sunting

  • Peperangan harga telah berlaku di Malaysia sendiri apabila empat buah kedai buku yang besar enggan menjual buku tersebut. MPH, Popular, Times dan Harris telah membuat keputusan untuk mengosongkan rak mereka daripada buku terbaru ini kerana menentang tindakan pasar raya Tesco dan Carrefour yang menjual novel tersebut dengan harga yang murah iaitu RM 69.90 berbanding harga runcit iaitu RM 109.90. Walau bagaimanapun, buku tersebut tetap berada di kedai-kedai itu tetapi hanya untuk mereka yang telah menempahnya sahaja.
  • ASDA, dan beberapa lagi pasaraya di United Kingdom, telah menerima tempahan awal buku tersebut pada harga diskaun yang tinggi. ASDA kemudiannya telah menyebabkan satu lagi kekecohan dua hari sebelum pelepasan apabila mereka mengumumkan yang mereka akan menjual buku tersebut dengan harga £5.00 pound sterling senaskhah.

Pencemaran Hari Sabbath sunting

Jualan sunting

Pada 21 Julai 2007, kesemua edisi bahasa Inggeris, kecuali untuk edisi Amerika Syarikat dan Kanada telah mula diedarkan satu minit selepas tengah malam iaitu pada 12.01 pagi mengikut zon masa musim panas Eropah Timur. Manakala edisi Amerika Syarikat dan Kanada pula dilepaskan pada 12.01 pagi mengikut zon masa mereka. Ia telah diedarkan ke hampir 93 buah negara dan buku tersebut telah menduduki tempat teratas dalam senarai buku jualan terbaik untuk Amazon.com dan Barnes and Noble dalam tempoh beberapa jam sahaja setelah tarikh pengeluaran diumumkan pada 1 Februari 2007. Pada Julai 2007, sebuah syarikat akhbar negara Britain, The Daily Telegraph melaporkan bahawa buku tersebut telah dibeli oleh lebih daripada 10 % populasi negara Britain dalam tempoh lima hari selepas pelepasan.

Pembekal seperti Amazon.com, Barnes & Noble, dan Borders telah melaporkan bahawa buku tersebut telah ditempah melebihi apa yang mereka pernah terima sebelum ini. Pihak Amazon.com juga menyatakan bahawa mereka telah menerima tempahan awal paling banyak buku tersebut hingga mencecah 2.2 juta buah memecahkan rekod yang dicatat oleh buku sebelumnya iaitu sebanyak 1.5 juta buah. Pihak Scholastic mengumumkan bahawa mereka telah mendahulukan cetakan awal sebanyak 12 juta salinan.

Pada hari pertama jualan buku tersebut, ia telah terjual sebanyak 11 juta buah di Britain dan Amerika Syarikat dan memecahkan rekod 9 juta salinan yang telah dicatatkan oleh buku yang keenam, Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Di Amerika Syarikat, 8.3 juta buah buku tersebut yang berkulit keras telah dijual dalam tempoh 24 jam memecahkan juga rekod yang dicatatkan oleh buku keenam yang mencatatkan sebanyak 6.9 juta buah. Tambahan lagi, 400 000 ribu salinan telah dijual di Jerman dalam tempoh 24 jam, 250 000 salinan di Belanda dan Belgium, 170 000 salinan di India dan 573 000 salinan di Australia. Sementara itu, di Kanada, 800 000 ribu buah telah terjual dalam tempoh dua hari. Barnes and Noble, sebuah syarikat buku rangkaian terbesar di Amerika Syarikat melaporkan 1.8 juta salinan telah dijual di sana termasuk 560 000 buah salinan pada tempoh satu jam yang pertama - pada satu kadar 150 buah salinan dijual dalam satu saat. Buku versi audio nya pula telah dijual sebanyak 225 000 pada dua hari yang pertama, mengikut Random House Audio's Listening Library. Borders menyatakan bahawa jualan buku sebanyak 1.2 juta salinan pada hari pertama telah memecahkan rekod yang dibuat oleh buku yang keenam iaitu sebanyak 850 000.

Dalam tempoh pengeluaran buku tersebut, syarikat pengeluar edisi Britainnya, Bloomsbury, telah kehilangan stok saham mereka sebanyak £151 juta pound sterling. Pada tahun kewangan terakhir di mana tiada buku Harry Potter yang dijual, keuntungan mereka telah jatuh sebanyak 75%.

Sambutan sunting

Jualan sunting

Siri ketujuh dan terakhir novel karya J.K. Rowling ini mencatat sejarah apabila sebanyak 8.3 juta naskhah dapat dijual dalam masa 24 jam setelah berada di pasaran di Amerika Syarikat. Kali ini, buku Harry Potter dipasarkan di 93 buah negara dan jualan awal naik kira-kira 20 peratus berbanding edisi keenam.

Scholastic, penerbit di AS, mencetak sebanyak 12 juta naskhah memandangkan buku itu dinantikan oleh ramai peminat. Ketua Pegawai Eksekutif kedai buku Borders cawangan Amerika Syarikat memberitahu ia merupakan hari terhebat dalam sejarah kedainya apabila 1.2 juta naskhah berjaya dijual di seluruh dunia pada Sabtu tersebut.

Menurut kenyataan Scholastic, siri keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince, yang dipasarkan pada 16 Julai 2005, dijual sebanyak 6.9 juta naskhah dalam masa 24 jam pertama, daripada keseluruhan 10.8 juta cetakan. Malah, enam edisi terawal siri Harry Potter terdahulu mendapat sambutan hangat dan dijual dengan begitu laris. Purata edisi terbaru ini terjual ialah lebih 300,000 naskhah dalam sejam dan lebih 5,000 naskhah dalam seminit.

Setiap siri Harry Potter menjadi buku paling laris di Amerika Syarikat, Britain dan seluruh dunia. Ia juga menjana pulangan lebih RM850 juta (lebih AS$250 juta), tiga kali ganda hasil jualan tiket filem Harry Potter and the Order of the Phoenix yang ditayangkan sejak 10 Julai 2007.

Kritikan sunting

Pengkritik dari akhbar The Baltimore Sun, Mary Carole McCauley's, memuji kseluruhan siri Harry Potter sebagai "sebuah bildungsroman klasik atau sebuah kisah yang meniti laluan masa".[nota 1] Beliau menyatakan perasaannya berkaitan buku terakhir dalam siri ini dengan berkata:

[b]ook seven... lacks much of the charm and humor that distinguished the earlier novels. Even the writing is more prosaic .. [...] [h]ow could it be otherwise?"
["buku ketujuh... kekurangan daya tarikan dan kelucuan yang membezakan novel-novel yang terdahulu. Malah gaya tulisannya juga lebih membosankan...bagaimana ia boleh jadi sebaliknya?""]

Seorang pengkaji, Alice Fordham dari The Times menulis

"Rowling’s genius is not just her total realisation of a fantasy world, but the quieter skill of creating characters that bounce off the page, real and flawed and brave and lovable [...] We have been a long way together, and neither [Rowling] nor Harry let us down in the end..."
["Kebijaksanaan Rowling bukan sahaja terletak kepada kejayaannya untuk merealisasikan dunia fantasinya, tetapi juga bakat tersembunyi beliau untuk mencipta watak-watak yang seperti keluar dari muka surat, iaitu benar dan tiada kecacatan dan berani dan mudah untuk disayangi... [...] Kita telah lama bersama, dan tidak pernah antara Rowling atau Harry yang akan mengecewakan kita pada akhirnya."

Secara kontranya pula, Jenny Sawyer dari The Christian Science Monitor mengulas:

"There is much to love about the Harry Potter series, from its brilliantly realised magical world to its multilayered narrative... [however,] A story is about someone who changes. And, puberty aside, Harry doesn't change much. As envisioned by Rowling, he walks the path of good so unwaveringly that his final victory over Voldemort feels, not just inevitable, but hollow."
["Terdapat banyak perkara untuk dicintai terhadap siri Harry Potter, daripada proses merealisasikan dunia sihir kepada naratifnya yang berlapis-lapis... [walau bagaimanapun] ...ia ialah sebuah kisah seseorang yang berubah dan selain daripada mencecah umur akhil baligh, Harry tidak banyak berubah seperti yang telah dibayangkan oleh Rowling, Harry berjalan ke arah laluan kebaikan yang tidak goyah yang kemenangan ke atas Voldemort seperti tidak dapat dielakkan, namun, ia agak kusam."]

Stephen King pula mengkritik reaksi sebahagian daripada pengkaji buku tersebut termasuklah McCauley sendiri sebagai membuat kesimpulan buku tersebut terlalu awal. Beliau berasa, disebabkan kerahsiaan buku tersebut sebelum pelancaran buku ketujuh, ia tidak banyak memberi masa kepada para pengkaji buku itu untuk membaca keseluruhan buku tersebut dan mendalaminya. Berbanding pengkritik lain, beliau berpendapat gaya penulisan Rowling semakin matang dan dewasa, dan berpendapat Rowling sentiasa memikirkan tentang pembaca bukunya yang telah dewasa. Beliau membandingkan karya Rowling dengan Huckleberry Finn dan Alice in Wonderland yang telah mencapai kejayaan sebagai karya klasik, dan juga menghiburkan pembacanya baik mereka yang dewasa ataupun kanak-kanak.

Adaptasi sunting

Buku ini telah diadaptasikan kepada dua buah filem:

Edisi terjemahan sunting

Buku ini mempunyai beberapa versi terjemahan yang ada dalam Nusantara:

  • versi bahasa Melayu Malaysia atau bahasa Malaysia di bawah nama "Harry Potter dengan Azimat Maut" diterbitkan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd pada tahun 2008,
  • versi bahasa Melayu Indonesia atau bahasa Indonesia di bawah nama "Harry Potter dan Relikui Kematian" diterbitkan oleh Gramedia Pustaka Utama pada tahun sama.

Nota sunting

  1. ^ Teks asal: "...a classic bildungsroman, or coming-of-age tale..."

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku