Nagini merupakan salah satu watak haiwan dalam siri karangan J. K. Rowling iaitu Harry Potter. Nagini merupakan seekor ular betina yang kehijauan kepunyaan Lord Voldemort. Ia boleh dibandingkan dengan basilisk kepunyaan Salazar Slytherin yang kedua-duanya merupakan ular yang mematuhi arahan Raja Kejahatan itu. Ia juga dapat dilihat sebagai lawan bagi Fawkes, phoenix kepunyaan Albus Dumbledore yang masing-masing menggambarkan jiwa pemiliknya.

Spesies sunting

Nagini mempunyai bisa yang sangat beracun yang mampu membuatkan luka terbuka dan meleburkan jahitan. Spesies sebenar Nagini tidak diketahui tetapi ia mampu mengembang seperti ular tedung. Walaupun dalam filem ia digambarkan seperti ular sawa, ia berlawanan dengan buku yang mengatakan bahawa Nagini adalah spesies ular beracun. Walau bagaimanapun, ia berkemungkinan juga merupakan ular sawa spesies beracun yang direka untuk filem.

Terminologi sunting

  • "Nagini" berasal dari perkataan Hindi, "Nagin" yang bermaksud "ular betina".