Hermione Jean Granger (dilahirkan pada 19 September 1979) ialah sebuah watak rekaan dalam buku bersiri ciptaan J.K.Rowling iaitu Harry Potter. Hermione ialah seorang rakan baik Harry Potter dan Ron Weasley yang berada dalam tahun yang sama dengan mereka di Sekolah Sihir Hogwarts. Beliau yang berdarah Muggle (bukan sihir, kerana kedua-dua ibu bapa Hermione ialah doktor gigi Muggle).

Watak Harry Potter
Hermione Granger
Hermione Granger, dilakonkan oleh Emma Watson,
Hermione Jean Granger
Jantina Perempuan
Warna rambut Perang
Warna mata Perang
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan kelahiran Muggle
Patronus Memerang
Sekutu Tentera Dumbledore, Kumpulan Phoenix, Harry Potter
Dilakonkan oleh Emma Watson
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone

Hermione boleh dikatakan bersifat suka mengarah dan cerewet dalam sesuatu hal (terutama dalam bidang akademik). Walau bagaimanapun, sifatnya itu yang bersertakan sekali dengan kebijaksanaannya banyak membantu mereka bertiga menyelesaikan masalah dunia sihir. Oleh itu, Hermione agak dihormati oleh ramai warga Hogwarts kerana kebijaksanaanya sehingga pelajar terbaik pada tahunnya.

Kelulusan beliau setakat ini ialah PSB atau Peringkat Sihir Biasa (Ordinary Wizarding Level, OWL) dan memperoleh gred tertinggi dalam semua matapelajarannya kecuali Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam.

Seperti yang dapat diketahui melalui buku, Hermione boleh di sebut melalui ejaan "Her-mai-oh-nee". Hermione, berasal daripada perkataan Hermes iaitu Dewa Masyarakat Yunani Purba bagi penciptaan, bijaksana dan kreatif.

Ciri dan perwatakan sunting

Hermione mempunyai mata berwarna perang, rambut perang yang kerinting dan ketika pertama kali muncul, gigi depannya agak besar. Banyak orang di sekolah mentertawakan wajahnya, termasuk Profesor Snape. Hermione yang merupakan pelajar paling pintar dalam tahunnya, berusaha untuk tidak terlibat dengan gosip walaupun dia sedar dia tidak dapat melarikannya dan dengan Harry dan Ron yang bergantung kepadanya untuk bantuan dalam pelajaran mereka, kewujudannya membuktikan yang dia amat berguna dalam trio itu.

Hermione adalah pelajar yang setia, berani dan sering menyuarakan pendapatnya tetapi kadang-kala mempunyai permasalahan yang sering mengganggunya atau menutup fikirannya buat sementara waktu. Mungkin kita dapat melihat kegelisahannya ketika berhadapan dengan Jerat Syaitan yang dia ingin mencari kayu untuk dinyalakan sedangkan dia sendiri mampu menyalakan tongkat saktinya. Walau bagaimanapun, setakat ini, segala syak wasangka yang timbul di fikirannya adalah benar termasuk kes Firebolt[HP3], Sirius tiada di Kementerian Sihir[HP5] dan tentang Putera Berdarah Kacukan[HP6].

Rowling mengakui yang Hermione itu banyak berdasarkan sifat dirinya ketika di bangku sekolah. Patronus Hermione pula ialah seekor memerang yang merupakan haiwan kesayangan J. K. Rowling.

 
Gambar promosi untuk filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban

Lihat juga sunting