Harry James Potter

watak rekaan dalam siri buku Harry Potter
Rencana adalah tentang watak Harry Potter. Untuk ke rencana tentang novel Harry Potter, sila ke Harry Potter.


Harry James Potter (lahir 31 Julai 1980) adalah seorang anak ahli sihir rekaan yang merupakan protagonis dalam siri novel khayalan dan sihir hasil penulisan J. K. Rowling

Watak Harry Potter
Harry Potter
Harry Potter, dilakonkan oleh Daniel Radcliffe,
Harry James Potter
Jantina Lelaki
Warna rambut Hitam
Warna mata Hijau
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Campuran Sihir
Patronus Rusa jantan
Sekutu Tentera Dumbledore, Hogwarts, Kumpulan Phoenix
Dilakonkan oleh Daniel Radcliffe
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem)

Beliau merupakan anak tunggal kepada James Potter dan Lily Potter. Harry mewarisi mata ibunya yang hijau terang dan rambut bapanya yang berserabai. Pada usia mudanya, Harry digambarkan sebagai orang yang kecil dan kurus. Dia juga mempunyai parut di dahinya yang berbentuk panahan kilat. Parut itu adalah akibat sumpahan membunuh Lord Voldemort ke atasnya pada malam 31 Oktober 1981 yang pada malam yang sama turut membunuh ibu bapanya serta memusnahkan rumahnya.

Harry belajar di Sekolah Sihir Hogwarts dan bersahabat baik dengan Ronald Weasley dan Hermione Granger.

Harry Potter telah dilakonkan oleh Daniel Radcliffe dalam semua filem Harry Potter hingga kini.

Biografi

sunting

Merujuk novel Harry Potter

sunting

Harry sangat terkenal di kalangan masyarakat sihir kerana telah mengalahkan Lord Voldemort, seorang ahli sihir jahat yang paling berkuasa dan merupakan watak antagonis utama dalam siri ini, dan semua itu berlaku ketika Harry masih berusia setahun. Kejadian tersebut menyebabkan Voldemort telah kehilangan kuasa dan kehilangan tubuh walaupun masih terselamat dalam bentuk roh.

James dan Lily Potter telah terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada malam Halloween iaitu pada 31 Oktober 1981 ketika cuba melindungi Harry dari serangan Voldemort. James mati dahulu ketika bertarung di ruang hadapan rumah mereka. Lily pula memilih untuk mati ketika melindungi Harry setelah diberi pilihan oleh Voldemort lalu meletakkan sihir kuno pada Harry yang mampu menyelamatkannya. Kerana itulah ketika Lord Voldemort cuba untuk membunuh Harry, sumpahan tersebut telah berpatah balik dan mengena Voldemort membuatkan Voldemort tidak mempunyai jasad lagi dan meninggalkan Harry dengan parut berbentuk panahan kilat di dahinya.

Inilah yang menyebabkan Voldemort kehilangan kuasa (tetapi tidak kematiannya) dan pengasingannya dari dunia sihir. Kejadian tersebut membuatkan Harry terkenal dengan jolokan - "kanak-kanak yang terselamat dari maut" – kerana dia satu-satunya manusia yang terselamat dari sumpahan Avada Kedavra dan menjadi penyebab kepada kejatuhan Voldemort. Harry mempunyai parut sebagai peninggalan dari kejadian tersebut.

Selain Harry terselamat dari cubaan Voldemort untuk membunuhnya, sehingga buku kelima dia tidak tahu mengapa Voldemort kehilangan kuasanya – tetapi dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, Harry mengesahkannya apabila Tom Riddle menyoalnya, Harry menjawab:

Tak seorang pun tahu mengapa kamu kehilangan kuasa kamu semasa menyerang saya. Saya sendiri pun tak tahu. Tetapi saya tahu kenapa kamu tidak dapat membunuh saya…

Selepas kematian ibu bapanya, Harry terpaksa hidup bersama satu-satu keluarganya yang tinggal – adik perempuan ibunya, Petunia Dursley, dan suaminya, Vernon Dursley di sebuah pekan kecil Little Whinging di Surrey, England. Keluarga Dursleys tinggal di nombor empat, Privet Drive dalam rumah yang cantik yang mempunyai empat buah bilik dan selesa. Walau bagaimanapun, sepuluh tahun pertama Harry di sana, mereka mengabaikan Harry demi anak mereka sendiri Dudley Dursley dan mereka cuba untuk menanggalkan keajaiban diri Harry untuk menjadikannya"normal" dengan mengasingkannya dari dunia sihir dan apa-apa perkaitan dengannya termasuk perkataan "silap mata".

Perlu diketahui yang Harry adalah berdarah separuh – iaitu, anak kepada Muggle dengan berdarah sihir. Melalui bapanya, James, Harry adalah keturunan sihir tulen melalui keturunan Potter tetapi ibunya, Lily Evans (kemudian ialah Lily Potter) adalah kelahiran Muggle: ahli sihir yang dilahirkan oleh keluarga bukan sihir. Maka Harry adalah berdarah separa sihir dan mempengaruhi jalan cerita dalam banyak perkara.

Keluarga

sunting

Harry James Potter dilahirkan pada 31 Julai 1980, kepada James dan Lily Potter. Tidak banyak diketahui tentang hubungan kekeluargaan Harry. Ibunya dilahirkan sebagai Lily Evans, dalam keluarga Muggle dan selepas ibu bapa Harry mati, dia dihantar untuk tinggal bersama kakak perempuan ibunya, Petunia Dursley, dan keluarganya. Bapa Harry, James Potter, dilahirkan dalam keluarga berdarah sihir. Ini bermakna Harry adalah saudara jauh dengan keluarga sihir yang lain melalui bapanya, seperti mana yang Sirius Black katakan padanya yang semua keluarga lama sihir adalah berkaitan.

James dan Lily meninggalkan Harry banyak peninggalan wang sihir, yang digunakan Harry untuk perbelanjaan sekolah; rakannya, Ron, yang datang dari keluarga yang besar dan miskin, kadang kala mencemburuinya. Jika Gringotts berfungsi seperti bank dunia biasa, simpanan tersebut pasti bertambah kerana tiada pengeluaran wang dari simpanan tersebut hinggalah Harry berusia sebelas tahun.

Harry mungkin mempunyai kaitan kekeluargaan dengan bapa angkatnya, Sirius Black. James dan Sirius mungkin sepupu – tidak memeranjatkan jika dilihat saiz keluarga Black. Charlus Potter telah mengahwini Dorea Black, cucu perempuan Phineas Nigellus Black. Sesetengah peminat menyatakan yang Dorea dan Charlus mungkin ibu bapa James – walau bagaimanapun, ini bertentangan dengan pernyataan Rowling iaitu ibu bapa James "tua dalam istilah sihir" apabila mereka mati, oleh kerana beliau mengatakan ahli sihir mempunyai "jangka hayat yang lebih panjang dari Muggles " (Griselda Marchbanks diketahui lebih dari 160) – Dorea mati ketika hanya 57. Dalam kata lain, Charlus dan Dorea dilahirkan pada generasi yang sama dengan datuk Sirius, maka berkemungkinan mereka adalah bapa James. Dalam kes yang lain, tiada saudara Harry yang lain dalam siri tersebut, berkemungkinan Charlus Potter berkaitan dengan Harry dalam mana-mana cara.

Salasilah keluarga Harry Potter

sunting
 
 
Keluarga Dursley
 
 
 
 
 
Keluarga Evans
 
 
 
Keluarga Potter
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Marjorie Dursley
 
Vernon Dursley
 
Petunia Evans
 
Lily Evans
 
James Potter
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dudley Dursley
 
 
 
 
 
Harry Potter
 
 


Kehidupan dan cabaran di Hogwarts

sunting

Templat:Spoiler

Harry Potter dengan Batu Hikmat

sunting

Seperti dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat, Harry tidak mengetahui yang dirinya adalah ahli sihir sehingga hari lahirnya yang kesebelas. Rubeus Hagrid, penjaga mergastua Sekolah Hogwarts dan pembantu pengetua Profesor Albus Dumbledore, datang untuk menyerahkan kepada Harry jemputan untuk belajar di Hogwarts selepas jemputan yang sebelumnya dihalang oleh keluarga Dursley. Hagrid menerangkan kepada Harry tentang latar belakang sihirnya dan betepa terkenalnya dia di kalangan masyarakat sihir.

Harry kemudian belajar di Hogwarts, dan dimasukkan ke Rumah Gryffindor. Harry menjadi sahabat karib kepada Ron Weasley, dan kemudiannya Hermione Granger. Draco Malfoy, yang dimasukkan ke dalam Slytherin, menjadi musuh utama Harry di Hogwarts. Harry berkongsi asrama dengan Ron, Neville Longbottom, Seamus Finnigan dan Dean Thomas. Tahun pertama Harry berlaku banyak perkara dan di antaranya adalah pemilihannya sebagai Seeker bagi pasukan Quidditch Gryffindor kerana kebolehan beliau terbang dan kecekapan menangkap benda lalu membuatnya sebagai pemain termuda dalam abad tersebut.

Voldemort secara sembunyi keluar dari persembunyian, kembali ke dunia sihir untuk mendapatkan Batu Hikmat dalam pencariannya untuk mendapatkan semula jasad dan keabadian. Dengan mempergunakan guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam Hogwarts, Profesor Quirrell sebagai tuan punya badan, Voldemort tiba di Hogwarts untuk mencari batu tersebut. Harry menghalang Voldemort dalam pencarian itu, dan Voldemort, yang tak berdaya untuk menyerang Harry dan memperoleh batu itu, melarikan diri dan meninggalkan Quirrell yang kemudiannya mati. Selepas menamatkan tahun pertamanya, Harry kembali ke rumah Dursleys dengan mengetahui yang masih ada orang menyayanginya dan tempat yang boleh dikatakan "rumah."

Harry Potter dan Bilik Rahsia

sunting
 
Diari Tom Riddle (atau Lord Voldemort) yang menjadi punca kepada gangguan tahun kedua Harry di Hogwarts.

Dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, Harry menghadapi lebih cabaran. Terdapat yang menjengkelkan (seperti cubaan Gilderoy Lockhart untuk mempergunakan kepopularannya dan sikap Colin Creevey yang mengagung-agungkan Harry), dan yang lebih serius adalah apabila satu sekolah mengetahui yang dia adalah parselmouth, dan mengesyakinya sebagai Waris Slytherin yang menyebabkan serangan di sekolah. Cabaran terhebatnya adalah apabila menghadapi Basilisk yang boleh membawa maut yang dilepaskan oleh memori Tom Riddle, imej Voldemort ketika muda. Tom Riddle melepaskan ular tersebut dari bilik yang diperkatakan dengan mengawal Ginny Weasley, melalui diari yang mengandungi sebahagian daripada jiwanya.

Harry membuktikan kecekalannya pada kemuncak cerita dengan menyelamatkan Ginny, membunuh Basilisk dengan pedang Godric Gryffindor dan menewaskan Riddle dengan menikam diari tersebut dengan taring beracun basilisk lalu menghancurkannya bersama roh Riddle di dalamnya.

Harry Potter dengan Banduan Azkaban

sunting
 
Harry menggunakan seluruh tenaganya untuk menjelmakan mantera Patronus untuk menghalau serangan Dementor.

Dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry mula berubah. Dia mula membangkitkan kemarahan dirinya apabila dia mempercayai yang Sirius Black, banduan yang melarikan diri dari Azkaban, bertanggungjawab terhadap pengkhianatan tentang kedudukan ibu bapanya pada Voldemort. Harry juga mula mengetahui yang Black adalah kawan baik bapanya dan juga bapa angkatnya. Perkara tersebut lebih membangkitkan kegeraman Harry dan mendorongnya untuk membunuh Black. Kemudian, Harry mengetahui yang pesuruh Lord Voldemort yang bernama Peter Pettigrew, kawan James dan Sirius, yang mengkhianati ibu bapanya. Ketika penghujung cerita, Sirius menawarkan kepada Harry sesuatu yang amat diingininya iaitu tinggal jauh daripada keluarga Dursley. Harry terus menerimanya tetapi keadaan tidak memberinya peluang apabila nama Sirius masih belum dibersihkan dan kini Sirius masih dalam pelarian apabila semua orang menggelarkannya sebagai pembunuh gila.

Harry Potter dalam Piala Api

sunting

Dalam Harry Potter dalam Piala Api, Harry telah tiba-tiba terpilih untuk bertanding dalam Kejohanan Ahli Sihir Trio, walaupun dia tidak memasukkan namanya malahan dia terlalu muda untuk masuk. Apabila bertanding, Harry terpaksa berhadapan dengan tiga tugasan bahaya untuk memenangi Piala Triwizard. Selepas Harry dan Cedric Diggory terpilih sebagai wira Hogwarts, mereka mula bersahabat. Harry memberitahu Cedric tentang apa yang wira sekolah lain telah tahu iaitu tugasan pertama untuk berhadapan dengan naga. Sebagai balasan, Cedric memberikan Harry pembayang untuk menyelesaikan petunjuk yang diberikan untuk tugasan kedua.

Selepas Cedric dan Harry saling membantu dalam tugasan ketiga, pagar sesat yang mempunyai makhluk dan halangan ajaib, masing-masing enggam mengambil piala kerana masing-masing merasakan yang lainnya lebih berhak. Mereka membuat keputusan untuk mengambilnya bersama-sama tanpa menyedari yang ia adalah kunci gerbang lalu membawa mereka ke kawasan perkuburan yang telah ternanti Lord Voldemort di sana.

Harry menyaksikan Peter Pettigrew membunuh Cedric dengan sumpaha Avada Kedavra atas arahan Voldemort. Sejurus selepas itu, Harry diikat dan menyaksikan jampi yang menjelmakan kembali jasad Voldemort. (Sebahagiannya melibatkan darah Harry yang membolehkan Voldemort menyentuhnya).

Voldemort memanggil Death Eater dan memperli mereka kerana tidak mencarinya ketika dalam buangan. Dia kemudian ingin berperang tanding dengan Harry. Tanpa mengetahui yang tongkat saktinya dan Harry adalah bersaudara (dibuat dari teras yang sama iaitu bulu burung phoenix kepunyaan Dumbledore, Fawkes). Kerana itu, tongkat sakti itu menentang satu sama lain dan membentuk sambungan yang aneh. Priori Incantatem terbentuk ketika itu dan jelmaan jampi yang digunakan Voldemort muncul. Ini termasuklah jelmaan orang yang dibunuh oleh tongkat sakti itu iaitu termasukalah ibu bapa Harry dan Cedric, yang meminta Harry membawa pulang jasadnya. Jelmaan tersebut membantu Harry melepaskan diri dari kawasan perkuburan itu dengan kunci gerbang.

Harry mendapati yang guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitamnya, "Mad-Eye" Moody, adalah penyamar sepanjang tahun tersebut. Barty Crouch Jr. telah mengadakan rancangan untuk membantu Voldemort pulih - dialah yang meletakkan nama Harry ke dalam Piala Api dan menyebabkan Harry terpilih dalam kejohanan tersebut. Dia juga memastikan Harry berjaya untuk tiba ke Piala Kejohanan tersebut. Selepas Harry, Dumbledore, Snape dan McGonagall mendengar pengakuan daripada Barty Crouch Jr., Harry menceritakan semula segalanya kepada Dumbledore dan bapa angkatnya, kemudian tidur dengan lenanya dengan posyen tidur tanpa mimpi. Dalam novel inilah Voldemort kembali berkuasa.

Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix

sunting

Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix bermula dengan keadaan Harry di rumah keluarga Dursley yang terdesak untuk mengetahui sebarang berita tentang dunia sihir memandangkan Voldemort kini telah kembali (dan pihak kementerian enggan mengakuinya). Selepas melanggar peraturan dengan menjelmakan mantera Patronus untuk menyelamatkan nyawanya dan nyawa Dudley, Barisan Penjaga Pasukan Hadapan daripada Kumpulan Phoenix membantu Harry keluar dari rumah ibu dan bapa saudaranya dan dibawa ke Nombor 12 Grimmauld Place, sebuah rumah usang di London kepunyaan bapa angkatnya, Sirius Black yang kini adalah pusat gerakan operasi Kumpulan tersebut.

Harry mendapat tahu yang matlamat Kumpulan tersebut adalah untuk bersedia menghadapi Voldemort, tetapi dia tidak dapat mengetahui dengan lebih memandangkan dia masih terlalu muda. Harry mendapat tahu dari kawannya yang juga berada di Grimmauld Place bahawa pihak kementerian mengguna media masyarakat sihir untuk melancarkan kempen menentang Harry dan Dumbledore; The Daily Prophet memfitnahnya dengan memanggilnya dan Dumbledore sebagai penipu besar kerana 'mendakwa' yang Voldemort telah kembali.

Walaupun Harry di bawah umur dan menggunakan sihir, serta walaupun Kementerian Sihir dan sekutunya mencuba sedaya upaya untuk memenjarakannya (untuk memberhentikan sebaran cerita tentang kembalinya Voldemort), Harry berjaya juga dilepaskan dari tuduhan setelah pengakuan dibuat oleh Arabella Figg dan Dumbledore. Walau bagaimanapun, Menteri Sihir, Cornelius Fudge, yang menggugurkan tuduhan itu, menempatkan Dolores Umbridge di Hogwarts untuk memantau sebarang kegiatan yang berlawanan dengan kehendak Kementerian.

Perempuan ini, yang dibenci hampir semua warga sekolah, berkhidmat sebagai perisik, guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam yang Baru, serta bertindak sebagai satu-satunya Pegawai Penyoal Siasat Tetinggi Hogwarts. Sebagai guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, dia langsung tidak mengajar amali yang mendorong Harry (setelah didesak oleh Hermione) untuk mengetuai kumpulan belajar (dan dinamakan 'Tentera Dumbledore' sempena mengajuk paranoia kementerian). Kedudukan perempuan itu sebagai Pegawai Penyoal Siasat membolehkannya mengubah undang-undang pendidikan dan peraturan sekolah, mengehadkan apa yang boleh dilakukan oleh warga sekolah dan menggunakan cara 'kekerasan yang halus' untuk mendenda terutama apabila Harry yang enggan menguubah ceritanya tentang Voldemort kerana dia mengetahui akan kebenarannya.

Sepanjang tahun, Harry dibayangi dengan satu gambaran yang pernah sekali membantu menyelamatkan Arthur Weasley selepas diserang Nagini, ular peliharaan Voldemort. Ketika menziarah Encik Weasley di Hospital Penyakit dan Kecederaan Ajaib St. Mungo, Harry tanpa sengaja mengetahui yang bayangan itu adalah dari minda Voldemort dan dia menjadi takut yang dia akan dirasuki Voldemort.

Setelah Voldemort mengetahui hal tersebut, dia merancang untuk membuatkan Harry percaya yang dia telah menangkap Sirius di Kementerian Sihir. Harry menerima bayangan tersebut ketika menduduki peperiksaan Sejarah Sihir. Dengan ditemani ahli Tentera Dumbledore seperti Ron Weasley, Hermione Granger, Ginny Weasley, Neville Longbottom dan Luna Lovegood, Harry dan mereka itu menunggangi yang thestrals, kuda reptilia yang berkepak kepunyaan sekolah, dan terbang ke pejabat kementerian di London dengan kepantasan yang menakjubkan. Mereka berhadapan dengan Death Eater, yang cuba untuk mencuri rakaman tilikan yang melibatkan Harry dan Voldemort. Tilikan inilah yang menjadi sebab mengapa Voldemort memerangkap Harry untuk ke Kementerian – kerana Harry sahaja yang boleh memegangnya selain nama yang tercatit di atas ramalan itu, dan memandangkan dia sendiri tidak boleh ke sana. Tanpa mengetahuinya, Harry mengambil ramalan tersebut dan mendapati yang itu semua adalah satu perangkap dan dia cuba melarikan diri bersama rakan-rakannya. Mereka bertarung sehingga kedua-dua pihak cedera hinggakan Bellatrix Lestrange menyiksa Neville dengan girangnya. Walau bagaimanapun, mereka diselamatkan apabila Kumpulan Phoenix bergegas tiba di Jabatan Misteri dan menyerang semula Death Eater. Ketika pertarungan, Sirius dibunuh oleh sepupunya, Bellatrix Lestrange. Kemudian, Harry yang marah mengejar Bellatrix hingga ke ruang lobi Kementerian dan ingin membunuhnya. Voldemort tiba dan sekali lagi cuba untuk membunuh Harry. Walau bagaimanapun, Dumbledore tiba dan bertarung dengan Voldemort sebelum dia melarikan diri ketika ketibaan para pekerja kementerian. Sebelum itu, bebola kaca yang mengandungi ramalan tersebut telahpun pecah.

Inilah satu-satunya pertarungan Dumbledore dan Voldemort dalam buku. Cornelius Fudge dan pekerja kementerian yang lain sempat melihat Voldemort yang Menghilang bersama Bellatrix. Kementerian akhirnya terpaksa menerima kenyataan yang Voldemort telah kembali. Kembali di Hogwarts, Dumbledore akhirnya menerangkan kepada tentang ramalan Sybill Trelawney yang menyebabkan Voldemort cuba membunuh Harry ketika kecil malah Dumbledore sendiri mendedahkan ramalan itu. Tetapi ketika itu, Harry tidak kisahkan ramalan tersebut kerana masih lagi tidak dapat menerima pembunuhan Sirius Walau bagaimanapun, dia mampu menerima kematian Sirius setelah berbicara dengan Luna yang turut telah kehilangan ibunya ketika kecil. Pada penghujung penggal yang Harry sering mengasingkan diri, dia kini menyedari akan kewujudan rakan-rakannya dan terharu dengan kesungguhan mereka untuk membantu.

Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan

sunting

Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, masyarakat sihir mula menggelarkan Harry sebagai "yang Terpilih" — The Daily Prophet telah membongkarkan cerita tentang wujudnya ramalan dalam Kementerian yang Harrylah sepatutnya membunuh Voldemort. Walau bagaimanapun, dakwaan ini tidak dapat dibuktikan—Dumbledore dan Harry memutuskan, buat sementara ini, hanya sahabat baik Harry boleh mengetahui yang tentang maklumat tilikan itu. Maka, Harry memberitahu Ron dan Hermione tentang apa yang diketahuinya tetapi tidak kepada Menteri Sihir yang baru terpilih, Rufus Scrimgeour.

Harry, Ron, dan Hermione memerhatikan Draco Malfoy yang berkelakuan mencurigakan di Diagon Alley, dan Harry mendakwa yang Malfoy telah menyertai Death Eater. Ron dan Hermione menganggapnya sebagai suatu yang tidak mungkin.

Di Hogwarts, Harry dikejutkan apabila Snape ialah guru baru bagi subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Posyen pula diambil alih oleh rakan lama Dumbledore, Horace Slughorn. Slughorn berminat untuk menjadikan Harry dan beberapa palajar lain yang terkenal sebagai protégé. Slughorn berbaik dengan Harry sepanjang penggal dan pada masa yang sama Harry mendapati cinta barunya dengan adik Ron, Ginny.

Sepanjang tahun di sekolah, Dumbledore mengajak Harry ke pejabatnya untuk memberikan pelajaran khas. Harry ingatkan yang dia akan diajar lanjutan bagi Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, tetapi kemudian mendapati yang pelajaran ini adalah perjalanan ke dalam memori melalui Pensieve. Tidak semua memori tersebut adalah kepunyaan Dumbledore, tetapi semuanya berkaitan dengan Voldemort. Melalui memori inilah, Dumbledore dan Harry menjejaki kisah silam Voldemort, dari ketika ibunya bertemu bapanya hinggalah ketika kali pertama Voldemort berjumpa dengan Dumbledore di rumah anak yatim di London, dan seterusnya. Satu memori telah diubahsuai oleh Profesor Slughorn berkenaan perbualannya dengan Tom Riddle. Dumbledore mengarahkan Harry untuk memujuk Slughorn supaya mendedahkan keseluruhan memori tersebut. Memori tersebut tidak mendedahkan personaliti Voldemort tetapi rahsia untuk membunuhnya iaitu berkaitan dengan Horcrux. Semua memori itu dikaitkan untuk mencari jalan bagaimana untuk membunuh Voldemort.

Menjelang hujung tahun persekolahan, Dumbledore menemui tempat yang dipercayainya sebagai tempat tersembunyi satu daripada Horcrux dan membawa Harry bersama. Horcrux tersebut disembunyikan oleh Voldemort di tengah-tengah tasik yang dikelilingi Inferi di dalam sebuah gua yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarah hidup Voldemort. Di tengah-tengah tasik tersebut terdapat sebuah pulau kecil. Terdapat sebuah mangkuk berisi posyen dan sekalung rantai bersama loket di dalamnya. Harry terpaksa mendesak Dumbledore untuk meminum sejenis posyen yang membuatkannya sangat terseksa semata-mata untuk mendapatkan loket yang berada di sana.

Apabila Dumbledore dan Harry kembali ke perkarangan sekolah, keadaan di sana telahpun menjadi huru hara yang dilakukan oleh Draco Malfoy (dengan membawa Death Eater masuk ke sekolah) dan membuatkan berlakunya konfrontasi antara Severus Snape dan Dumbledore. Harry, yang sedang memakai jubah halimunan telah dipegunkan oleh Dumbledore untuk menghalangnya daripada mengganggu. Maka, Harry terpaksa menyaksikan kedahsyatan ketika Snape membunuh Dumbledore dan badan mentornya itu jatuh dari Menara Astronomi. Harry mengejar Snape dengan membati buta dan memegunkan beberapa Death Eater tetapi tetap tidak dapat bertarung menentang Snape dengan baik yang dengan megahnya mengatakan kepada Harry dengan megahnya yang Harry perlu belajar "tutup minda kamu dan mulut kamu" sebelum meninggalkan perkarangan sekolah. Selepas kematian Dumbledore, Harry membuka loket yang diperoleh dari gua tadi. Terdapat catatan di dalamnya mendedahkan yang loket tersebut adalah Horcrux palsu dan yang sebenarnya telah dicuri oleh R.A.B. Harry berasa kecewa kerana kematian Dumbledore hanya sia-sia.

Selepas pengkebumian Dumbledore, Harry menyedari sama ada Hogwarts akan dibuka tahun depan atau tidak, dia tidak berninat untuk kembali tetapi dia membuat keputusan untuk memusnahkan Horcrux Voldemort yang tinggal. Harry turut tidak melupakan hasratnya untuk membalas dendam dan kini dia membenci Snape sebagaimana dia membenci Voldemort. Harry kini terasa kesunyian; dia merasakan yang dia telah kehilangan semua yang dicintai kepada Voldemort dan kini, pelindungnya yang terakhir dan terhebat telah mati. Ron dan Hermione, berjanji untuk bersama Harry dalam pencariannya walaupun itu bermakna terpaksa meninggalkan sekolah.

Harry Potter dengan Azimat Maut

Harry, Ron & Hermione tidak meneruskan pengajian tahun terakhir mereka di Hogwarts. Mereka memulakan misi untuk mencari Horcrux lain yang dalam teori Dumbledore mempunyai tujuh unit. Harry kini berdepan dengan cabaran yang lebih besar dimana beliau akan mula meninggalkan zaman remaja & kenakalan untuk menggalas tanggungjawab sebagai orang dewasa. Harry juga telah mengetahui kebenaran Severus Snape yang sebenarnya amat menyayangi beliau.

Penampilan, watak dan perhubungan

sunting

Templat:Spoiler

Harry sering diberitahu yang dia mempuyai wajah bapanya, dengan rambut hitam yang kusut dan memiliki mata menyerupai ibunya. Pada awalnya, Harry digambarkan sebagai kanak-kanak yang kurus dan kecil. Parut berbentuk panahan kilat di dahinya adalah bekas tinggalan Voldemort ketika cuba membunuhnya sejak kecil lagi. Parut tersebut turut menyakitkan Harry apabila dia dalam tekanan atau dalam keadaan bahaya. Harry juga mempunyai cermin mata bulat.

Dia dibesarkan dalam keluarga Dursley tanpa kasih sayang yang cukup dan juga tanpa sihir lalu membuatkan Harry mempunyai hasrat untuk mempunyai keluarga yang menjaganya dan mahukan keluarga dan kawannya selamat dari ancaman bahaya. Dia menyedari yang semua itu tidak akan berlaku selagi wujudnya Voldemort yang cuba untuk membunuhnya. Harry agak tertarik dengan dunia sihir dan sering menyahut cabaran yang membawa dirinya terlibat dalam risiko yang besar, tetapi dia sering meyakinkan rakannya untuk tidak membahayakan diri. Namun, kawan rapatnya tetap setia dan enggan membiarkannya pergi berseorangan.

Harry mempunyai sedikit kekurangan iaitu dia cenderung untuk bersikap pesimistik, iaitu sering menganggap sesuatu yang buruk akan berlaku kpeadanya apabila dia terlibat dengan situasi tegang. Dia mudah marah, adakala ganas apabila sesiapa yang dia rapat dihina atau diancam. Dia juga tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa yang tidak mempercayainya. Seperti sahabatnya, Ron, Harry tidaklah begitu bijak dalam pelajaran walaupun sering bersama Hermione yang membantunya dalam kerja sekolahnya. Harry kadangkala suka berjenaka yang bersahaja yang adakala melawakkan dan adakala menyakitkan hati.

Sebahagian dari kekurangan diri Harry adalah dipengaruhi oleh kehidupannya. Selain dari kurang mendapat kasih sayang, dia pernah menyaksikan banyak peristiwa pembunuhan orang yang disayangi dan dikenali. Pembunuhan ibu bapanya telah menjadi kenangan yang paling dahsyat – apabila mendengar bapanya menjerit kepada ibunya untuk "lari!", dan ibunya menjerit ketika dia hendak dibunuh ketika melindungi Harry. Dia turut menyaksikan rakan sekolahnya Cedric Diggory dibunuh oleh Peter Pettigrew ketika penghujung Kejohanan Ahli Sihir Trio, melihat bapa angkatnya Sirius Black dibunuh oleh seorang Death Eater di Kementerian Sihir, dan juga kematian mentor dan pelindung yang paling dihormati: pengetua Hogwarts, Albus Dumbledore, di tangan Severus Snape. Harry juga telah berhadapan dengan Voldemort lima kali dan pernah diseksa olehnya dengan Sumpahan Cruciatus.

Pada tahun kelimanya di Hogwarts, dia sanggup menahan tohmahan apabila hampir seluruh masyarakat sihir menentangnya, apabila mereka percaya yang dia ialah penipu yang mengharapkan perhatian ramai. Harry juga selalu dijadikan bahan cerita dan gosip dari banyak akhbar tabloid sihir.

Walaupun tidak sukar untuk Harry mempunyai rakan baik, dia mempunyai kesukaran untuk mengajak gadis Ravenclaw Cho Chang keluar. Kadang kala Harry mudah hilang sabar dan marah dengan Ron dan Hermione, terutama apabila mereka berdua sering bertelagah. Walau bagaimanapun, persahabatan mereka semakin utuh setelah lama mereka bersama hinggakan Rowling mengatakan Harry telah menganggap Ron dan Hermione ibarat keluarga sendiri[1] Diarkibkan 2007-08-23 di Wayback Machine. Ketika tahun keenam mereka di sekolah, apabila Ron dan Hermione bertelingkah, Harry masih menjadi sahabat baik mereka berdua, (selain dia melihat Ron sebagai kawan paling baik) ia menunjukkan yang Ron dan Hermione adalah sama dalam hidupnya.

Harry juga mempunyai hubungan yang erat dengan golongan dewasa – yang paling jelas dengan Rubeus Hagrid, yang "menyelamatkannya" dari keluarga Dursley, dan dengan Albus Dumbledore mentor dan pengetuanya. Keluarga Weasley sudah menjadi keluarga kedua bagi Harry dan sering mengajaknya bersama mereka ketika cuti musim panas. Puan Weasley, yang diibaratkan ibu kepada Harry, melayan Harry seperti anaknya sendiri malah lebih baik lagi. Begitu juga adik beradik Weasley yang lain menganggap Harry ibarat adik beradik mereka dan Encik Weasley pula mengambil berat akan Harry. Harry turut mendapat yang perhubungannnya dengan Sirius Black membuatkannya mendapat perhatian dari seorang yang seperti ayahnya. Harry juga baik dengan bekas pengajar Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, profesor Remus Lupin, Penjarah yang terakhir dan sahabat baik bapanya.

Hubungan romantik

sunting

Templat:Spoiler

Sahabat perempuan baik Harry, Hermione sering dianggap sebagai kekasih Harry. Viktor Krum, yang berminat dengan Hermione, cemburukan Harry dalam Piala Api kerana dia berkata tentang Harry sepanjang masa; Rita Skeeter yang memanggilnya sebagai "cinta tiga segi" antara Harry, Hermione dan Viktor sebagai bahan menarik dalam Daily Prophet; dan akhirnya, apabila Cho Chang menjadi teman wanita dalam Kumpulan Phoenix, dia cemburukan persahabatan Harry dengan Hermione. Harry terpaksa berulang kali menerangkan tentang Harry dan Hermione persahabatan mereka.

Perhubungan Harry dengan Cho mula bercambah sejak Banduan Azkaban lagi, iaitu ketika dia mendapati betapa cantiknya dia. Hanya setahun kemudian apabila dia mula jatuh hati dan memberanikan diri untuk mengajaknya keluar bersama dalam Majlis tari Menari (Yule Ball) yang kemudian hanya mengetahui yang dia adalah teman wanita Cedric Diggory. Cho dan Cedric terpisah akibat kematian dan bermulanya buku kelima, Harry menjadi perhatiannya. Walau bagaimanapun, perhubungan tersebut tidaklah diharapkan Harry apabila Cho sentiasa bersedih dan menjadikan Harry sebagai pengganti Cedric kerana masih tidak dapat menerima hakikat yang Cedric telah mati. Kecemburuan Cho terhadap Hermione (yang cuba membantu dan menasihati Harry untuk bagaimana berinteraksi dengan gadis) menambahkan lagi kekeruhan. Selepas Cho mempertahankan Marietta Edgecombe yang mengkhianati Tentera Dumbledore, Harry tidak mampu menahan lagi dengan tangisan Cho dan memberi amaran kepadanya yang dia tidak mahu lagi bertolak ansur dengan tangisannya lagi. Perkara itu membuatkan Cho menjerit dan melarikan diri. Harry dan Cho tidak pernah berpisah secara rasmi tetapi mula menjauhi secara perlahan. Lambat-laun, dengan kemtian Sirius, dia tidak mempunyai perasaan lagi terhadapnya.

Berbeza dengan Cho, perhubungannya dengan Ginny Weasley, adik perempuan Ron, amat berlainan apabila J.K. Rowling mengatakan yang dia adalah gadis idaman dan unggul bagi Harry. Ginny turut jatuh hati dengan Harry sejak kali pertama diperkenalkan dalam Batu Hikmat dan muncul dalam Bilik Rahsia, Banduan Azkaban dan Piala Api, dan kemudiannya pudar dalam Kumpulan Phoenix apabila Hermione memberitahu Harry yang dia telah "menyerah kalah". Ini menunjukkan yang dia masih belum putus asa, cuma menyerah kalah. Dengan itu, dia tidak lagi malu-malu berhadapan dengan Harry. Harry tidak pernah mengetawakannya, membulinya dan memperlinya tetapi buat masa yang lama, dia tidak merasai apa yang dirasai Ginny terhadapnya. Kebelakangan tahun, Ginny sering dapat menenangkan amarah Harry dan akhirnya Harry mengaku yang dia rasa selesa apabila Ginny tidak terus mengadilinya.

Pada tahun keenamnya di sekolah, Harry sudah mula menimbulkan perasaan cemburu terhadap Dean Thomas, teman lelaki Ginny, melebihi apa yang dirasakan terhadap Cedric dua tahun sebelumnya. Ron tidak mengesahkan perhubungan Ginny dengan Dean, yang membuatkan Harry mentafsir bahawa Ron tidak mengizinkan sesiapapun menjadi teman lelaki Ginny. Ini membuatkan Harry percaya dia terpaksa memilih untuk menjadi teman lelaki Ginny ataupun menjaga persahabatannya dengan Ron. Ginny dan Dean berpisah dan apabila Harry menjulang Piala Quidditch kemenangan Gryffindor, tidak semena-mena dia mencium Ginny di hadapan semua yang ada di ruang tamu. Hermione kelihatan tersengih, Dean Thomas dengan serpihan kaca di tangan dan dengan muka yang sugul, Romilda Vane, pelajar tahun empat yang ada hati dengan Harry kelihatan seperti hendak membaling sesuatu dan Ron mempunyai perasaan yang bercampur baur tentang itu. Kemudian dia memberikan anggukan kecil yang bagi Harry, ia satu persetujuan. Hubungan Harry dengan Ginny buat beberapa minggu kemudiannya digambarkan sebagai sesuatu yang "membuatkan (Harry) lebih gembira dari apa yang pernah diingatinya." Pada penghujung buku keenam, Harry berpisah dengan Ginny semata-mata untuk memastikan keselamatannya kerana khuatir Voldemort akan mensasarkannya sebagai mangsa apabila tahu hubungan mereka. Ginny menerima keputusannya dan memberitahunya mungkin itu adalah "kerumitan wira", dan betapa dia tidak mampu senang selagi dia memusnahkan Voldemort, adalah mengapa dia menyukai Harry dan dia mengatakan yang dia takkan berputus asa dengannya (dan itulah nasihat Hermione kepadanya dahulu.)

Yang menariknya, bapa Harry, James, juga jatuh cinta kepada gadis yang menarik, berani bersuara dan berambut merah iaitu emak Harry, Lily.

Kekuatan

sunting
  • Hanya segelintir ahli sihir yang dapat menjelmakan mantera Patronus dengan jayanya berulang kali untuk menghalau Dementor dan dapat melakukannya pada usia yang sangat muda. Puan Bones menganggap kebolehannya magisnya sangat luar biasa bagi yang seusia dengannya.
  • Mampu mengawal keadaan apabila berada dalam krisis genting ketika dalam pertarungan sihir.
  • Mampu mengatasi Sumpahan Imperius,
  • Mampu menggunakan sesetangah jampi walaupun sekali lihat. (Lazimnya untuk jampi Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam)
  • Bijak, mempunyai gerak hati yang kuat dan cepat terlintas difikiran.
  • Mempunyai kebolehan ajaib yang kadang kala mampu dilakukan tanpa tongkat ataupun jampi. (mengikut keadaan tertentu).
  • Sering bernasib baik.
  • Mempunyai kebolehan untuk mengetuai pasukan dan memastikan keselamatan anak buahnya.
  • Mempunyai ketegasan dan tekad, (walaupun kadang-kala silap. Hermione mengatakan yang dia mempunyai kebolehan untuk "jadi hero".)
  • Mewarisi kebolehan terbang.
  • Parselmouth: kebolehan untuk berkomunikasi dengan ular walaupun bukan keturunan Salazar Slytherin ataupun dari kalangan penyihir jahat.

Kelemahan

sunting
  • Sangat rabun.
  • Pemalu – mempunyai masalah untuk bertegur sapa.
  • Mempunyai masalah dalam membuat jampi, sumpahan dan pembalik sumpahan tanpa sebutan.
  • Tidak mampu untuk mengamalkan Oklumensi walaupun dengan latihan.
  • Sentiasa mempunyai konflik di antara ragu-ragu dan terlampau yakin.
  • Mudah marah dengan sesuatu yang mengejek ibu bapanya, kawan-kawannya dan dirinya.
  • Pelajar yang di tahap sederhana baik berbeza dengan sahabat baiknya, Hermione.
  • Kurang minat dengan sesuatu melainkan terlibat dengan dirinya dan jika dirinya memerlukannya.
  • Terlalu melindungi rakan-rakannya hingga sanggup pergi berseorangan dalam situasi berbahaya.

Barang milikan

sunting
  • Sebilangan jumlah kepingan wang emas dan syiling lain dalam bilik kurungan di Gringotts, yang diwarisi oleh ibu bapanya dan bapa angkatnya Sirius Black.
  • Sebatang tongkat sakti sepanjang sebelas inci dengan teras sehelai bulu ekor burung phoenix. Pemilik asal bulu tersebut, Fawkes, turut menyumbang bagi tongkat sakti milik Lord Voldemort.
  • Hedwig, burung hantu putih binatang peliharaan yang juga sebagai penghantar surat Harry yang dihadiahkan oleh Hagrid sempena hari jadinya yang kesebelas.
  • Tinggalan penyapu lumba Nimbus Dua Ribu yang hancur setelah melanggar Dedalu Perkasa ketika perlawanan Quidditch.
  • Set catur dan Gobstones tidak kelihatan sejak Batu Hikmat.
  • Jubah Halimunan, diwarisi oleh ayahnya melalui Albus Dumbledore sebagai hadiah Krismas pada tahun pertamanya.
  • Album gambar dengan gambar ibu bapa dan rakan-rakan mereka pemberian Hagrid.
  • Pena bulu helang pemberian Hermione sempena Krismas.
  • Anugerah Khas bagi Perkhidmatan kepada Sekolah kerana mencari Bilik Rahsia dan membunuh raksasanya.
  • Sneakoskop poket, hadiah hari lahir daripada Ron.
  • Peta Penjarah. Diberikan oleh Fred dan George Weasley, dicipta oleh Encik Wormtail, Moony, Padfoot, dan Prongs.
  • Penyapu lumba Firebolt bagi menggantikan Nimbus Dua Ribu, sebagai hadiah Krismas daripada Sirius Black
  • Dompet dengan rahang, diberikan oleh Hagrid
  • Pisau pembuka, diberikan oleh Sirius Black. Sebilah daripadanya telah hancur akibat cuba membuka salah satu pintu di Kementerian Sihir.
  • Model mini hidup naga Tebuan Kayu Hungary, yang diperoleh ketika Kejohanan Sihir Trio.
  • Model mini Firebolt yang diberikan oleh Tonks untuk memuaskan hati Harry ketik penyapunya disita.
  • Cermin dua hala diberikan oleh Sirius Black
  • Rumah lama London di Nombor 12 Grimmauld Place, diwarisi daripada Sirius Black, beserta segala khazanah di dalamnya.
  • Elf-rumah bernama Kreacher, yang tanpa rela diwarisi daripada Sirius Black, telah dihantar bekerja di dapur Hogwarts.
  • Seekor hippogriff bernama Buckbeak, yang kini dipanggil Witherwings, diwarisi daripada Sirius Black, kini di Rimba Larangan di Hogwarts, bawah jagaan Hagrid.
  • Buku teks Pembuatan Posyen Lanjutan, asalnya milik Putera Berdarah Campur beserta catitan dan jampi yang dibuat oleh pemilik terdahulu.
  • Sebotol kecil posyen bertuah Felix Felicis yang dihadiahkan ketika pembelajaran Posyen. Telah digunakan.
  • Sebuah loket yang dibuktikan sebagai Horcrux palsu, yang ditinggalkan oleh R.A.B..

Trivia

sunting
  • Harry Potter baru-baru ini telah terpilih sebagai yang ke-85 antara 100 Watak Rekaan Terbaik Sejak 1900.
  • 31 Julai (Hari lahir Harry dalam siri tersebut) adalah hari lahir J. K. Rowling.

Pautan Luar

sunting


Lihat Juga

sunting

Senarai Watak siri Harry Potter

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku