Harry Potter and the Half-Blood Prince

Harry Potter and the Half-blood Prince (tajuk Malaysia Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, tajuk Indonesia Harry Potter dan Pangeran Berdarah-Campuran) ialah sebuah novel fantasi tahun 2006 karya J. K. Rowling. Ia merupakan buku keenam dalam siri Harry Potter.[1]

Buku / Novel

Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan
Siri Keenam
Pengarang Asal Joanne Kathleen Rowling
(J. K. Rowling)
Penterjemah Tidak diketahui
ISBN ISBN 983-00-2594-2
Kod Buku SHPM5301
Saiz 130mm x 187mm, 575 g
Genre Tidak diketahui
Terbitan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Negara Tidak diketahui
Bahasa Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 2006
Bilangan Muka Surat 708
Harga Tidak diketahui

Sebelum Sesi Persekolahan Bermula

sunting

Menteri Yang Lain (The Other Minister)

sunting

Setelah Voldemort dan para Death Eaternya mencetuskan kekecohan di seluruh Britain, Menteri Alam Sihir, Cornelius Fudge terpaksa meletakkan jawatan beliau berikutan bantahan orang ramai terhadap kecuaian beliau dalam menguruskan situasi berikut. Sebelum beliau meninggalkan pejabatnya, beliau telah melawat Perdana Menteri Britain yang merupakan seorang Muggle (Bukan Ahli Sihir) untuk memberi amaran bahawa kekecohan yang berlaku di dunia sihir akan memberi kesan juga kepada dunia Muggle (Bukan Sihir) dan keadaan semakin meruncing bagi Kementerian Sihir buat masa kini. Perdana Menteri Britain kemudiannya dikenalkan dengan pengganti Menteri Sihir yang baru yang mengantikan Cornelius Fudge, iaitu Rufus Scrimgeour.

Jalan Spineer Street (Spinner Street)

sunting

Manakala di rumah Severus Snape di Hujung Spinner pula, Snape telah membuat Ikrar Tak Terlerai dengan ibu Draco Malfoy, Narcissa Malfoy. Sungguhpun adik Narcissa, Bellatrix Lestrange tidak mempercayai Snape, namun Snape tetat bertegas yang beliau akan terus melindungi Draco apabila Draco cuba melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh Voldemort dan beliau sendiri akan menamatkan tugasan itu seandainya Draco gagal melaksanakannya.

Semasa musim panas, Albus Dumbledore telah menugaskan Harry (tanpa diketahui oleh Harry) untuk memujuk Profesor Horace Slughorn, seorang guru yang telah bersama, untuk menyambung semula kerjaya beliau di Hogwarts. Harry kemudiannya menghabiskan musim cutinya di The Burrow bersama keluarga Weasley dan Hermione. Di sini, Harry telah mendapat tahu bahawa Bill Weasley telah bertunang dengan gadis pilihanya (malangnya bukanlah gadis kegemaran keluarga Weasley terutamanya bagi Puan Weasley dan Ginny) iaitu Fleur Delacour. Harry, Ron dan Hermione pula telah menerima keputusan P.S.B mereka. Untuk menjadi seorang Auror, Harry dan Ron perlu mengambil subjek Posyen untuk meneruskan pengajian mereka ke tahap U.S.S.M. Walauu bagaimanapun, keputusan mereka itu tidak mencapai tahap yang diperlukan oleh guru posyen mereka iaitu Profesor Severus Snape yang sekaligus membantutkan cita-cita mereka. Walau bagaimanapun, Harry amat teruja apabila mendapat tahu bahawa hanya beliau sahaja yang menerima gred 'Cemerlang' bagi subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam jika dibandingkan dengan Ron dan Hermione.

Lencongan Draco (Draco Detour)

sunting

Di Diagon Alley, ketiga-tiga sahabat itu telah menjumpai Draco lalu mengekori beliau. Mereka kemudiannya mendapati Draco telah mengunggut Encik Borgin, pengurus kedai Borgin dan Burkes untuk membaiki satu objek dan menyimpan yang satu lagi. Di sini, Harry mula membuat andaian bahawa Draco telah menjadi seorang Death Eater.

Di Hogwarts

sunting

Kejayaan Snape (Snape Victorius)

sunting

Bermulanya sesi persekolahan, Snape tanpa disangka-sangka telah diumumkan menjadi guru baru bagi subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam sementara Slughorn pula akan menggantikan posisi Snape sebagai guru posyen yang baru.

Putera Berdarah Kacukan (The Half Blood Prince)

sunting

Slughorn hanya memerlukan para pelajarnya untuk mendapat gred minimum 'Melebihi Jangkaan' bagi P.S.B mereka sahaja untuk diterima masuk ke kelas beliau andaikata mereka ingin meneruskan subjek ini ke peringkat U.S.S.M yang membolehkan Harry dan Ron boleh meneruskan cita-cita mereka untuk menjadi seorang Auror. Slughorn telah meminjamkan salinan buku posyen lama kepada Harry dan Ron kerana mereka masih belum mempunyai buku yang baru. Buku yang diterima Harry mempunyai coretan di bahagian bawah kulit buku ini iaitu "Buku Ini Hak Milik Putera Berdarah Kacukan". Pemilik buku ini yang berbakat telah membantu Harry untuk menjadi pelajar yang terbaik di dalam kelas posyen mereka, namun identiti "Putera Berdarah Kacukan" masih belum diketahui. Sebagai hadiah kerana persembahan Harry yang menakjubkan dalam kelas Posyen, Slughorn telah menghadiahkan beliau sebotol kecil Felix Felicis, iaitu posyen bernasib baik.

Perak dan Baiduri (Silver & Opals)

sunting

Serangan Death Eater masih berterusan sepanjang tahun itu dan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan Hogwarts. Semasa lawatan pertama ke Hogsmeade bagi tahun itu, Katie Bell, seorang pelajar Gryffindor telah mendapat kecederaan yang teruk akibat membawa sebuah rantai baiduri yang disumpah semasa beliau dikenakan dengan Sumpahan Imeperius. Di dalam kejadian lain, Ron secara tidak sengaja telah terminum mead beracun yang sebenarnya ditujukan kepada Dumbledore. Harry telah membantu memulihkan Ron dengan memasukkan Bezoar ke anak tekak Ron. Sementara itu Hermione pula telah bergaduh dengan Ron kerana Ron telah mendapat tahu bahawa Hermione pernah bercium bersama Viktor Krum dua tahun sebelum itu apabila adiknya Ginny telah memecahkan rahsia itu. Hal ini menyebabkan Ron secara sengaja keluar berpacaran dengan Lavender Brown dengan tujuan untu menyakitkan hati Hermione. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berbaik-baik semula yang lantas menyebabkan Ron memutuskan perhubungannya dengan Lavender. Harry pula kini sedar akan perasaanya terhadap Ginny sungguhpun ketika itu Ginny sedang berpacaran bersama Dean Thomas.

Horcrux

sunting

Dumbledore telah memberi pengajaran secara peribadi kepada Harry dengan menggunakan Pensieve nya untuk menunjukkan koleksi ingatan beliau tentang zaman lampau Voldemort. Dumbledore telah membuat spekulasi yang Voldemort telah memisahkan jiwanya kepada enam dan telah membuat enam Horcrux dan telah meninggalkan pisahan jiwanya yang ketujuh di dalam badannya. Dua Horcrux telah dimusnahkan iaitu Diari Tom Riddle[HP2] oleh Harry sendiri dan Cincin Marvolo Gaunt[HP6] oleh Dumbledore.

Apabila Harry bertemu dengan Malfoy yang sedang menangis di dalam bilik air Myrtle Mengerang, mereka telah melancarkan sihir terhadap lawan masing-masing. Harry telah menggunakan sihir Sectumsempra yang telah menyebabkan luka yang dahsyat terhadap Malfoy. Snapa tiba dan telah menyelamatkan Malfoy. Beliau cuba untuk merampas buku posyen lanjutannya dari Harry, tetapi Harry telah menyerahkan salinan buku yang tertulis "Roonil Wazlib" (milik Ron). Harry telah menerima kelas tahanan yang menyebabkan beliau terlepas pertandingan akhir Quidditch. Walau bagaimanapun, pasukan Gryffindor tetap menang pertandingan itu dan semasa meraikan kemenangan itu, perasaan terpendam terhadap Ginny telah didedahkan secara tidak sengaja apabila Harry telah mencium Ginny. Perbuatan ini telah menyebabkan Ginny putus dengan Dean dan mula berpacaran bersama Harry pula.

Harry telah melaporkan perbuatan Malfoy yang mencurigakan kepada Dumbledore yang kelihatan acuh tak acuh dengan perkara ini. Dumbledore telah meyakinkan Harry bahawa beliau memang percaya akan Snape. Tidak lama selepas itu, Harry telah mendapat tahu dari Profesor Trelawney bahawa Snape ialah orang yan bertanggungjawab mendedahkan ramalan Profesor Trelawney kepada Voldemort yang telah menyebabkan kematian ibubapa Harry. Sementara itu, Dumbledore telah dapat mengesan satu lagi Horcux Voldemort dan telah meminta Harry untuk menemankan beliau. Disebabkan ketidakpercayaanya yang menebal terhadap Snape dan Malfoy, Harry telah meninta para sahabatnya Ron, Hermione, Luna, Neville dan Ginny untuk mengawal sekitar dewan sementara beliau pergi menemankan Dumbledore dan Harry telah menyerahkan baki posyen Felix Felicis kepada Ron dan Hermione. Harry dan Dumbledore kemudiannya Ghaib ke sebuah gua rahsia. Mereka berjaya mendapatkan Horcux tersebut (loket Salazar Slytherin). Dumbledore walau bagaimanapun berada dalam keadaan yang amat lemah akibat meminum posyen misteri yang beliau terpaksa minum demi mendapatkan loket tersebut.

Pertarungan di Menara Astronomi

sunting

Kembali ke Hogsmeade, Harry dan Dumbledore telah terlihat Tanda Kuasa Jahat yang bergentayangan di langit Hogwarts. Mereka kembali ke Menara Astronomi dengan menggunakan penyapu terbang yang dipinjam daripada Puan Rosmerta. Walau bagaiamanapun mereka telah diserang oleh Draco Malfoy. Dumbledore melumpuhkan Harry yang ketika itu berada di bawah Jubah Halimunan nya, betul-betul sebelum Draco melucutkan tongkat sakti Dumbledore. Draco telah mengaku bahawa beliaulah yang bertanggungjawab terhadap serangan terhadap sekolah itu dan telah membantu menyeludup masuk para Death Eater melalui Kabinet Menghilang, walaupun Dumbledore tahu bahawa Voldemort berjaya mempergunakan budak lelaki yang ketakutan itu.

Sedang beberapa ahli Kumpulan Phoenix dan Tentera Dumbledore bertarung dengan pengikut Voldemort di kawasan istana, Death Eater muncul di menara dan telah memaksa Draco untuk melaksanakan tugasannya untuk membunuh Dumbledore, tetapi Draco kelihatan teragak-agak untuk menjalankannya. Snape tiba dan melihatkan keadaan Dumbledore yang sedia lemah dan tidak bersenjata, beliau lalu melancarkan Sumpahan Avada Kedavra tepat ke dada lelaki tua itu lalu membunuhnya di situ juga. Selepas Dumbledore menghembuskan nafasnya yang terakhir, ikatan sihir yang membelenggu Harry terlerai. Kemudiannya Harry telah mengejar Snape dan Malfoy yang cuba untuk Ghaib selepas mereka melepasi dataran Hogwarts. Malfoy berjaya melarikan diri sementara Snape bertarung dengan Harry. Semasa pertarungan itu, Snape telah mendedahkan bahawa beliaulah Putera Berdarah Kacukan yang sebenar. Pertarungan itu akhirnya dileraikan apabila Buckbeak mula masuk campur. Snape akhirnya Ghaib dan berjaya meloloskan diri. Harry menngambil semula loket yang berada di mayat Dumbledore, hanya untuk mengetahui bahawa loket itu adalah Horcux yang palsu. Di dalam loket itu terdapat satu nota yang telah ditulis oleh seorang dengan parap R.A.B yang mengaku bahawa beliaulah yang telah mencuri Horcrux yang sebenar.

Musim persekolahan telah diberhentikan dengan serta-merta dengan pengebumian Dumbledore. Profesor McGonagall telah dilantik sebagai Pengetua Hogwarts manakala Profesor Slughorn mengantikan Snapoe sebagai ketua pasukan Rumah Slytherin. Hogwarts telah dikhabar anginkan bahawa ia akan ditutup disebabkan kematian Dumbledore. Harry telah membuat keputusan bahawa beliau akan meninggalkan sekolah dan pergi mengembara untuk mencari saki-baki Horcrux yang tinggal. Ron dan Hermione telah berikrar bahawa mereka akan tetap terus membantu Harry sementara Harry pula telah memutuskan hubungannya dengan Ginny demi melindungi Ginny dari Voldemort. Buku ini ditamatkan dengan Harry yang berharap beliau dapat menghadiri majlis perkahwinan Bill dan Fleur yang bakal dilangsungkan.

Templat:Endspoiler

Sambutan

sunting

Edisi terjemahan

sunting

Adaptasi

sunting

Sebuah filem adaptasi novel ini ditayangkan di seluruh dunia pada 15 Julai 2009.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Book 6 – The Half-Blood Prince". CBBC Newsround. 10 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2009. Dicapai pada 23 Mac 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku