Harry Potter and the Chamber of Secrets (filem)

Filem Harry Potter
Harry Potter and the Chamber of Secrets
Pengarah Chris Columbus
Pengarang J. K. Rowling (novel)
Steve Kloves (lakon layar)
Pelakon Daniel Radcliffe
Rupert Grint
Emma Watson
Penerbit David Heyman
Pengedar Warner Bros.
Mula Tayangan 15 November 2003
Bahasa Bahasa Inggeris
IMDb Rujukan IMDb

Filem Harry Potter and the Chamber of Secrets dilancarkan bagi tayangan perdana pada 3 November 2003. Lakonlayar ditulis oleh Steve Kloves,yang diadaptasi dari novel Harry Potter and the Chamber of Secrets oleh J. K. Rowling. Filem ini diarah oleh Chris Columbus dan di buat di Leavesden Film Studios. Pada 14 Januari 2004, filem ini memenangi Filem Aksi Keluarga Terbaik di Anugerah Kritik Filem Phoenix (Phoenix Film Critics Awards).

Kata tag: "Something Evil Has Returned To Hogwarts!" (Sesuatu yang Jahat telah Kembali ke Hogwarts!) dan "Dobby has come to warn you, sir" (Dobby datang untuk memberi amaran kepada kamu, tuan)

Sinopsis sunting

Sila lihat Harry Potter dan Bilik Rahsia
Lihat bawah untuk beza buku/filem.

Harry Potter kembali ke Hogwarts pada tahun keduanya di sana, tetapi sebuah bilik misteri yang tersorok di sekolah itu kini dibuka dan setiap kelahiran Muggle dalam keadaan bahaya.

Pelakon sunting

Fail:Cast COS.jpg
Para Pelakon Harry Potter and the Chamber of Secrets
Watak Pelakon
Harry Potter Daniel Radcliffe
Ron Weasley Rupert Grint
Hermione Granger Emma Watson
Gilderoy Lockhart Kenneth Branagh
Nearly Headless Nick John Cleese
Draco Malfoy Tom Felton
Profesor Dumbledore Richard Harris
Profesor McGonagall Maggie Smith
Profesor Snape Alan Rickman
Rubeus Hagrid Robbie Coltrane
Arthur Weasley Mark Williams
Molly Weasley Julie Walters
Lucius Malfoy Jason Isaacs
Vernon Dursley Richard Griffiths
Petunia Dursley Fiona Shaw
Dudley Dursley Harry Melling
Ginny Weasley Bonnie Wright
Tom Riddle Christian Coulson

Perubahan dari buku sunting

 
  • Tiada mesej tiba dari Kementerian Sihir selepas Dobby menggunakan sihir di rumah Keluarga Dursley yang menyebabkan Harry hamper dibuang sekolah.
  • Tiada babak membuang gnome di halaman rumah keluarga Weasleys.
  • Harry tidak mendengar perbualan Lucius dan Draco di Knockturn Alley. Babak ini sebenarnya dirakamkan dan terdapat dalam DVD.
  • Tiada pergaduhan di antara Lucius Malfoy dan Arthur Weasley.
  • Di dalam buku, Hermione tidak marah ketika dipanggil Darah Lumpur kerana dia tidak tahu akan maknanya, tetapi di dalam filem, Hermione pun sudah tahu.
  • Penerangan tentang lagenda Bilik Rahsia oleh Profesor Binns telah dilakukan oleh Profesor McGonagall. (Profesor Binns tidak pernah muncul di dalam filem.)
  • Parti Ulangtahun Kematian Nearly Headless Nick (Nick yang Hampir Tidak Berkepala) dan sambutan Valentine diabaikan.
  • Ketika hendak menyerang Harry (atau Dobby) kerana kehilangan Dobby, Lucius Malfoy cuba untuk mengenakan sumpahan membunuh Avada Kedavra sebelum Dobby menyerang semula tetapi J.K. Rowling meminta agar sumpahan itu tidak ditunjukkan sehinggan filem keempat.
  • Di dalam filem, Harry memusnahkan diari itu sebelum Fawkes menyembuhkan lukanya berbanding selepas.
  • Di dalam filem, Hermione dengan mudah mengambil Moste Potente Potions dari rak di perpustakaan. Di dalam buku, Harry, Ron, dan Hermione terpaksa meminta kebenaran dari Lockhart sebelum mengambilnya kerana ia di bahagian yang dilarang.
  • Kisah mengapa Ron takutkan labah-labah tidak ditunjuk.
  • Filch tidak ditunjukkan sebagai seorang squib.
  • Harry tidak mencuri ramuan posyen dari stor peribadi Snape.

Catatan sunting

  • Filem ini, walaupun mengikut buku hampir keseluruhan jalan ceritanya, tetapi peranan watak dan ton ceritanya amat kurang meyakinkan.
  • Disney Channel telah menayangkan filem ini bersama babak-babak yang dipotong

Pautan Luar sunting

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku