Halloween

Perayaan yang disambut pada 31 Oktober

Halloween ialah suatu tradisi perayaan malam pada setiap 31 Oktober di sebilangan besar negara-negara dunia, terutamanya di negara-negara Barat. Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow),[5] yakni hari kebesaran Katolik, Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan pada 1 November, dan pernah dikenal sebagai All Hallows' Day, penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti "orang kudus". Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina.

Halloween
Jack-o'-Lantern 2003-10-31.jpg
Labu Jack-o'-lantern, satu tradisi dan perhiasan Halloween lazim
Juga dikenali sebagai
  • Hallowe'en
  • All Hallowe'en
  • All Hallows' Eve
  • All Saints' Eve
Diraikan oleh/di
Kristian Barat dan sebilangan besar bukan Kristian di seluruh dunia[1]
JenisKristian
KepentinganHari pertama Allhallowtide
SambutanTrick-or-treat, kostum parti, jack-o'-lantern, penyalaan unggun api, ziarah ke tempat berhantu.
UpacaraUpacara gereja,[2] upacara doa,[3] puasa,[1] dan vigil[4]
Tarikh31 Oktober
Berkaitan dengan
Samhain, Hari Kematian
Peraduan teka berat labu Halloween di Jepun.

Beberapa teori wujud berkenaan asal perayaan ini, satu teori ialah Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai (Samhain).[6] Selain itu, ada juga teori bahawa perayaan Celt ini mengalami pengkristianan, tetapi ada juga yang menganggap Halloween sendiri ialah perayaan Kristian yang terpisah.[7] Pada abad ke-19, orang Ireland dan Scotland membawanya ke Amerika Utara, sebelum tersebar ke peringkat antarbangsa pada zaman berikutnya.[8]

Halloween biasanya dikaitkan dengan hantu, ahli sihir, syaitan, goblin dan makhluk-makhluk ghaib lain kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut. Secara kontemporari, sambutan Halloween dilakukan dengan berpakaian kostum, dan berjalan pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat sambil berkata "trick or treat!" (helah atau habuan). Ucapan ini merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Akan tetapi, sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun. Selain itu, budaya-budaya Halloween lain termasuk ukiran jack-o-lantern, penyalaan unggun api, melakukan jenaka Halloween dan menonton filem-filem seram.[9] Di samping itu, ibadat dan upacara keagamaan Kristian turut diamalkan sebilangan pihak sempena Halloween seperti menghadiri upacara gereja dan menziarahi kubur-kubur si mati serta (pada dahulukala) berpuasa, sementara pihak lain menganggapnya sebagai perayaan sekular.

Muasal perayaanSunting

PeristilahanSunting

Penggunaan kata Halloween atau Hallowe'en berawal pada sekitar tahun 1785[10] dan berasal dari Kekristenan.[11] Kata "Hallowe'en" berarti "malam yang dikuduskan" atau "malam suci",[12] dan berasal dari suatu istilah Skotlandia untuk All Hallows' Eve (Malam Para Kudus, yaitu malam sebelum Hari Raya Semua Orang Kudus).[13] Kognat bahasa Scots ia even dipendekkan menjadi e'en atau een. Seiring berjalannya waktu, (All) Hallow(s) E(v)en lama-kelamaan dipendekkan menjadi Hallowe'en.

Frasa "All Hallows" ditemukan dalam bahasa Inggris Kuno, namun frasa "All Hallows' Eve" tidak terlihat hingga tahun 1556.[13][14]

Kelaziman sambutanSunting

 
Halloween di Johor, Malaysia.

Hiasan dan perlambanganSunting

Simbol Halloween dikaitkan dengan musim luruh dan watak-watak terkenal dan menyeramkan dari filem Amerika dan ahli pereka grafik. Simbol Halloween biasanya dikaitkan dengan kematian, keajaiban, dan raksasa dari dunia mitos. Watak yang sering dikaitkan dengan Halloween misalnya ialah watak syaitan dan iblis dalam kebudayaan Barat, manusia labu, makhluk asing, ahli sihir, kelawar, burung hantu, burung gagak, burung bangkai, rumah hantu, kucing hitam, labah-labah, goblin, zombi, mumia, tengkorak, dan serigala jadian. Di Amerika Syarikat, simbol Halloween biasanya turut dikaitkan dengan tokoh dalam filem klasik dari Drakula hinggalah Frankenstein.

Hitam dan oren dianggap sebagai warna tradisional Halloween, walaupun sekarang banyak juga barang-barang Halloween yang berwarna ungu, hijau dan merah.

Labu yang merupakan hasil tuaian musim gugur di hemisfera beriklim sejuk sering dijadikan simbol Halloween, begitu pula orang-orang sawah sebagai penjaga hasil tuai. Simbol Halloween yang difahamkan secara sejagat adalah labu yang diukir membentuk wajah "menyeramkan" yang diberi nama Jack-o'-lantern. Untuk kelihatan lebih seram, pelita Jack-o'-lantern biasanya diletakkan di tempat gelap, kerana di dalam labu diletakkan lilin yang menyala atau lampu.

Di Amerika Syarikat, pelita Jack-o'-lantern sering diletakkan di depan pintu masuk rumah apabila hari mula gelap. Tradisi membuat pelita Jack-o'-lantern berasal dari Amerika Utara yang banyak menghasilkan labu berukuran besar yang mudah diukir.

Makanan dijamuSunting

Di hemisfera utara, perayaan Halloween berlangsung ketika musim epal sehingga Candy Apple atau caramel apple (epal yang dicelup ke dalam cairan gula) terkenal sebagai makanan Halloween.

Selain itu, hidangan lain sebagai tradisi Halloween ialah pai labu, sari buah epal (minuman cider), gula-gula jagung, tofi bonfire, Tofi epal, dan gula-gula yang dibungkus dengan warna Halloween (oren, coklat, atau hitam).

Perayaan di Amerika SyarikatSunting

Bagi kanak-kanak di Amerika Syarikat, Halloween bererti kesempatan untuk mereka memakai kostum Halloween dan mendapatkan gula-gula, manakala bagi orang dewasa adalah kesempatan berpesta kostum. Bagi peniaga di Amerika, Halloween berada di tempat kedua di selepas Krismas sebagai perayaan yang paling yang menguntungkan.[15].

Sejarah topeng dan kostum Halloween sebelum tahun 1900 di Amerika atau di tempat lain masih sedikit yang diketahui kerana keterbatasan sumber utama.[16] Kostum Halloween masih belum terlihat di kedai-kedai hingga tahun 1950-an, walaupun topeng Halloween sudah ada lebih awal.

Pada tahun 2005, persatuan pengusaha gula-gula Amerika melaporkan 80% orang dewasa bercadang hendak memberi gula-gula kepada kanak-kanak yang datang,[17], sedangkan 93% kanak-kanak ingin berziarah dari pintu ke pintu rumah pada malam Halloween.[18]

Bandar Anoka di Minnesota mendakwa diri sebagai "ibu kota Halloween" dan merayakannya dengan besar-besaran. Bandar Salem di Massachusetts yang terkenal dengan legenda penyihir dari Salem biasanya dikunjungi lebih banyak pengunjung menjelang perayaan Halloween.

New York mengadakan sambutan perayaan Halloween terbesar di Amerika Syarikat yang disebut The Village Halloween Parade. Sambutan yang dimulakan oleh pembuat topeng di Greenwich Village New York sekarang menarik perhatian 2 juta peserta dan pengunjung, sekaligus ditonton 4 juta penonton televisyen.

Sudut pandang mengikut agamaSunting

Agama YahudiSunting

Menurut Alfred J. Kolatch dalam Second Jewish Book of Why, dalam Yudaisme, Halloween tidak diizinkan dalam Halakha Yahudi karena bertentangan dengan Imamat 18:3 yang melarang orang Yahudi untuk mengambil bagian dalam kebiasaan non-Yahudi. Banyak orang Yahudi yang merayakan Yizkor, yang mana dapat disetarakan dengan perayaan Masa Para Kudus dalam Kekristenan karena doa-doa didaraskan bagi "para martir dan keluarganya sendiri".[19] Namun demikian banyak orang Yahudi Amerika merayakan Halloween tanpa mengaitkan perayaan tersebut dengan asal mulanya yang dari Kekristenan.[20] Jeffrey Goldwasser, seorang rabi Reform, mengatakan bahwa, "Tidak ada alasan keagamaan mengapa orang Yahudi masa kini tidak seharusnya merayakan Halloween"; sedangkan Michael Broyde, seorang rabi Ortodoks, menentang kaum Yahudi yang merayakan hari libur tersebut.[21] Kaum Yahudi merayakan Purim; pada saat itu anak-anak juga mengenakan kostum saat merayakannya.

Agama IslamSunting

Dikatakan  di sini bahawa menyambut perayaan Halloween adalah haram di sisi Islam. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.  

Fatwa Kebangsaan Malaysia juga telah mengharamkan sambutan Halloween bagi umat Islam. Ianya jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah. Fatwa dari islamweb.net mengatakan bahawa merayakan hari Halloween adalah haram kerana asal sambutan ini adalah bersifat penyembahan dan juga dirayakan oleh kaum bukan Islam. Ibu-bapa dilarang untuk menghantar anak untuk turut serta dalam perayaan ini. [22]

Sheikh Muhammad Salih al-Munajjid juga mengatakan haram bagi umat Islam menyambut hari Halloween kerana menyerupai orang kafir manakala Sheikh Dr. Ahmad Sa’id Hawwa, ahli Majlis Agama Islam Syria mengatakan bahawa haram bagi umat Islam untuk menyambut hariHalloween. Halloween menurut beliau adalah hari yang suci yang di sambut oleh penganut masihi dan umat Islam dilarang untuk mengikuti dalam perayaan mereka. [23]

Mufti Negeri Pahang, S.S Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman juga berkata bahawa umat Islam haram hukumnya untuk menyambut hari Halloween. Tambah beliau lagi, selain hari Halloween, beberapa lagi hari sambutan kesan pengaruh barat seperti Hari Valentine dan April Fools juga haram diraikan kerana berkaitan rapat dengan unsur agama lain. Tambah beliau lagi, sambutan-sambuntan sebegini merupakan agenda luar untuk menyesatkan akidah umat Islam dengan cara yang tidak disedari.

Agama HinduSunting

Kebanyakan umat Hindu tidak merayakan Hallowe'en, sebagai gantinya mereka mengenang orang yang telah meninggal dalam festival Pitru Paksha, di mana saat itu umat Hindu memberi penghormatan dan melakukan upacara "untuk menjaga jiwa-jiwa leluhur mereka dalam peristirahatan." Mereka merayakannya pada bulan Hindu Bhadrapada, biasanya pada pertengahan bulan September.[24] Perayaan festival Hindu Deepawali terkadang bertepatan dengan tanggal perayaan Halloween, tetapi beberapa umat Hindu memilih untuk berpartisipasi dalam kebiasaan-kebiasaan populer Halloween.[25] Umat Hindu lainnya, seperti Soumya Dasgupta, menentang perayaan tersebut dengan alasan bahwa hari libur Barat seperti Halloween telah "mulai mempengaruhi festival-festival adat kami."[26]

Senarai bacaanSunting

  • Diane C. Arkins, Halloween: Romantic Art and Customs of Yesteryear, Pelican Publishing Company (2000). 96 pages. ISBN 1-56554-712-8
  • Diane C. Arkins, Halloween Merrymaking: An Illustrated Celebration Of Fun, Food, And Frolics From Halloweens Past, Pelican Publishing Company (2004). 112 pages. ISBN 1-58980-113-X
  • Phyllis Galembo, Dressed for Thrills: 100 Years of Halloween Costumes and Masquerade, Harry N. Abrams, Inc. (2002). 128 pages. ISBN 0-8109-3291-1
  • Ronald Hutton, Stations of the Sun: A History of the Ritual Year in Britain, Oxford Paperbacks (2001). 560 pages. ISBN 0-19-285448-8
  • Jean Markale, The Pagan Mysteries of Halloween: Celebrating the Dark Half of the Year (translation of Halloween, histoire et traditions), Inner Traditions (2001). 160 pages. ISBN 0-89281-900-6
  • Lisa Morton, The Halloween Encyclopedia, McFarland & Company (2003). 240 pages. ISBN 0-7864-1524-X
  • Nicholas Rogers, Halloween: From Pagan Ritual to Party Night, Oxford University Press (2002). 198 pages. ISBN 0-19-514691-3
  • Jack Santino (ed.), Halloween and Other Festivals of Death and Life, University of Tennessee Press (1994). 280 pages. ISBN 0-87049-813-4
  • David J. Skal, Death Makes A Holiday: A Cultural History of Halloween, Bloomsbury USA (2003). 224 pages. ISBN 1-58234-305-5
  • Ben Truwe, The Halloween Catalog Collection. Portland, Oregon: Talky Tina Press (2003). ISBN 0-9703448-5-6.

RujukanSunting

  1. ^ a b "BBC – Religions – Christianity: All Hallows' Eve". British Broadcasting Corporation (BBC). 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2011. Dicapai pada 1 November 2011. It is widely believed that many Hallowe'en traditions have evolved from an ancient Celtic festival called Samhain which was Christianised by the early Church.... All Hallows' Eve falls on 31st October each year, and is the day before All Hallows' Day, also known as All Saints' Day in the Christian calendar. The Church traditionally held a vigil on All Hallows' Eve when worshippers would prepare themselves with prayers and fasting prior to the feast day itself. The name derives from the Old English 'hallowed' meaning holy or sanctified and is now usually contracted to the more familiar word Hallowe'en. ...However, there are supporters of the view that Hallowe'en, as the eve of All Saints' Day, originated entirely independently of Samhain ...
  2. ^ "Service for All Hallows' Eve". The Book of Occasional Services 2003. Church Publishing, Inc. 2004. m/s. [ 108]. ISBN 978-0-89869-409-3. This service may be used on the evening of October 31, known as All Hallows' Eve. Suitable festivities and entertainments may take place before or after this service, and a visit may be made to a cemetery or burial place.
  3. ^ Anne E. Kitch (2004). The Anglican Family Prayer Book. Church Publishing, Inc. ISBN 978-0-8192-2565-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2017. Dicapai pada 31 October 2011. All Hallow's Eve, which later became known as Halloween, is celebrated on the night before All Saints' Day, November 1. Use this simple prayer service in conjunction with Halloween festivities to mark the Christian roots of this festival.
  4. ^ The Paulist Liturgy Planning Guide. Paulist Press. 2006. ISBN 978-0-8091-4414-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2017. Dicapai pada 31 October 2011. Rather than compete, liturgy planners would do well to consider ways of including children in the celebration of these vigil Masses. For example, children might be encouraged to wear Halloween costumes representing their patron saint or their favorite saint, clearly adding a new level of meaning to the Halloween celebrations and the celebration of All Saints' Day.
  5. ^ Simpson, John (1989). Oxford English Dictionary (ed. second). London: Oxford University Press. ISBN 0-19-861186-2. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ Smith, Bonnie G. (2004). Women's History in Global Perspective. University of Illinois Press. m/s. 66. ISBN 978-0-252-02931-8. Dicapai pada 14 Disember 2015. The pre-Christian observance obviously influenced the Christian celebration of All Hallows' Eve, just as the Taoist festival affected the newer Buddhist Ullambana festival. Although the Christian version of All Saints' and All Souls' Days came to emphasize prayers for the dead, visits to graves, and the role of the living assuring the safe passage to heaven of their departed loved ones, older notions never disappeared.
  7. ^ Roberts, Brian K. (1987). The Making of the English Village: A Study in Historical Geography. Longman Scientific & Technical. ISBN 978-0-582-30143-6. Dicapai pada 14 December 2015. Time out of time', when the barriers between this world and the next were down, the dead returned from the grave, and gods and strangers from the underworld walked abroad was a twice- yearly reality, on dates Christianised as All Hallows' Eve and All Hallows' Day.
  8. ^ Brunvand, Jan (editor). American Folklore: An Encyclopedia. Routledge, 2006. m/s. 749
  9. ^ Paul Fieldhouse (17 April 2017). Food, Feasts, and Faith: An Encyclopedia of Food Culture in World Religions. ABC-CLIO. m/s. 256. ISBN 978-1-61069-412-4.
  10. ^ (Inggeris) "Online Etymology Dictionary: Halloween". Etymonline.com. Dicapai pada 13 October 2013.
  11. ^ (Inggeris) The A to Z of Anglicanism (Colin Buchanan), Scarecrow Press, page 8
  12. ^ (Inggeris) The American Desk Encyclopedia (Steve Luck), Oxford University Press, page 365
  13. ^ a b (Inggeris) The Oxford English Dictionary (ed. 2nd). Oxford: Oxford Univ. Press. 1989. ISBN 0-19-861186-2.
  14. ^ (Inggeris) "DOST: Hallow Evin". Dsl.ac.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2014. Dicapai pada 13 October 2013.
  15. ^ Thompson Smith, Samantha (2004-10-19). "Halloween proves profitable for retailers in Raleigh, N.C., and elsewhere". The News & Observer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-28. Dicapai pada 2006-09-14. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ Skal, David J. (2002). Death Makes a Holiday: A Cultural History of Halloween. New York: Bloomsbury. m/s. 34. ISBN 1-58234-230-X.
  17. ^ "Trick-or-treaters can expect Mom or Dad's favorites in their bags this year". National Confectioners Association. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-03. Dicapai pada 2006-09-14.
  18. ^ "Fun Facts: Halloween". National Confectioners Association. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-03. Dicapai pada 2006-09-14.
  19. ^ (Inggeris) The Jewish Life Cycle: rites of passage from biblical to modern times (Ivan G. Marcus), University of Washington Press, page 232
  20. ^ (Inggeris) "Jews and Halloween". Jewishvirtuallibrary.org. Dicapai pada 5 March 2013.
  21. ^ (Inggeris) "Halloween and Judaism: a contradiction or a coalition?". Haamnews.wordpress.com. 30 October 2011. Dicapai pada 5 March 2013.
  22. ^ ((ms)) Fatwa Kebangsaan Diarkibkan 2015-12-30 di Wayback Machine/
  23. ^ ((ar)) حكم الاحتفال بمناسبة الهالوين / Terjemahan Google
  24. ^ (Inggeris) Lauren Stengele (25 October 2012), Halloween in India?, Vision Nationals, diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08, dicapai pada 2019-11-05
  25. ^ (Inggeris) Vineet Chander, Trick or Treat? Not quite sure., Beliefnet, dicapai pada 11 November 2015
  26. ^ (Inggeris) Soumya Dasgupta (5 November 2009), Should Indians Celebrate Foreign Festivals Like Halloween?, The Wall Street Journal

Pautan luarSunting