Dunia Barat

Negara dan kawasan yang berada di benua Eropah dan Benua Amerika

Dunia Barat ( Bahasa Inggeris : Western world ; Bahasa Latin : Occident ) merujuk kepada negara-negara yang berada di Benua Eropah dan Benua Amerika. Dunia Barat dibezakan dari Dunia Timur yang digunakan untuk merujuk kepada Asia. Meskipun begitu, pada umumnya kata ini lebih sering diasosiasikan terhadap negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk berkulit putih. Oleh sebab itu, Australia dan New Zealand juga sering dianggap sebagai sebahagian dari Dunia Barat.

Dunia Barat menurut Samuel Phillips Huntington

Orang-orang yang tinggal di Dunia Barat dipanggil Orang Barat.

Bagi penduduk Timur yang masih menjunjung nilai-nilai tradisional kebudayaan mereka, kehidupan di Dunia Barat yang biasanya lebih terbuka kadang menyebabkan konotasi negatif terhadap segala sesuatu yang berhubungan dengan Dunia Barat. Orang Timur yang telah menyerap sebagian dari gaya hidup Barat biasanya dikatakan sebagai kebarat-baratan oleh kalangan tersebut. Meskipun demikian, pengaruh negara adikuasa yang terletak di Barat seperti Amerika Syarikat yang semakin besar terhadap dunia secara keseluruhan telah membuat kesenjangan antara Barat dan Timur semakin memudar.

Lihat juga

sunting