Benua Amerika

Koordinat: 19°00′N 96°00′W / 19.000°N 96.000°W / 19.000; -96.000

Benua Amerika (Jawi: بنوا امريك) adalah sebuah benua di dunia yang merujuk kepada wilayah daratan di antara Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Benua besar ini umumnya dibahagikan kepada tiga iaitu Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Benua Amerika juga merangkumi wilayah Caribbean, pulau-pulau sekitar Laut Caribbean, dan Tanah Hijau (bukan Iceland).

Benua Amerika
بنوا امريك
Americas (orthographic projection).svg
Kawasan42,549,000 km2
Penduduk911,000,000 (anggaran Julai 2008)
Ketumpatan penduduk21/km2 (55/sq mi)
DemonimOrang Amerika[1]
Negara35
BahasaBahasa Sepanyol, Bahasa Inggeris, Bahasa Portugis,
Bahasa Perancis, Bahasa Quechua, Kreol Haiti, Bahasa Guaraní, Bahasa Aymara, Bahasa Belanda dan lain-lain
Zon masaUTC-10 hingga UTC±0
Peta dunia menunjukkan benua Amerika

Benua Amerika juga dikenali sebagai Dunia Baru dan ia meliputi 8.3% jumlah luas permukaan bumi (28.4% keluasan tanahnya) dan mengandungi lebih kurang 14% populasi manusia (kira-kira 900 juta orang).

PenamaanSunting

Pada tahun 1507, ahli kartografi Jerman, Martin Waldseemüller menamakan kawasan di Hemisfera Barat dalam peta dunia ciptaannya sebagai America sempena pengembara dan ahli kartografi Itali, Amerigo Vespucci[2] - ia diolah daripada pelatinan nama pertamanya iaitu Americus.[3]

Nama ini turut digunakan lanjut dalam buku peta dunia Cosmographiae Introductio dikarang Matthias Ringmann merujukkepada benua Amerika Selatan[4] sebelum kemudiannya merangkumi benua tetangga di bahagian utara sekali pada 1538 oleh Gerardus Mercator.

Entiti politik serata benuaSunting

NegaraSunting

 
Peta menunjukkan tarikh kemerdekaan negara-negara di benua Amerika. Warna hitam menunjukkan kawasan yang belum merdeka.

Wilayah tanggunganSunting

RujukanSunting

  1. ^ "American". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  2. ^ "Cartographer Put 'America' on the Map 500 years Ago". USA Today. 2007-04-24. Dicapai pada 2008-11-30.
  3. ^ Toby Lester, "Putting America on the Map", Smithsonian, 40:9 (December 2009)
  4. ^ "The Map That Named America (September 2003) - Library of Congress Information Bulletin". www.loc.gov.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.