Saint Kitts dan Nevis

Persekutuan Saint Cristopher dan Nevis (juga dikenali sebagai Saint Kitts dan Nevis)[3] yang terletak di Kepulauan Leeward ialah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada dua pulau di Hindia Barat. Ia adalah negara berdaulat terkecil di Amerika daripada segi keluasan dan populasi.

Persekutuan Saint Christopher dan Nevis1

Saint Christopher dan Nevis
Bendera Saint Kitts dan Nevis
{{{coat_alt}}}
Bendera Lambang
Cogan kata: "Country Above Self"
Lagu kebangsaan: 

"O Land of Beauty"

Location of Saint Kitts dan Nevis
Ibu negaraBasseterre
Bandar terbesarIbu negara
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
DemonimOrang Kitts, Nevis
KerajaanDemokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan
• Monarki
Ratu Elizabeth II
Sir Cuthbert Sebastian
Dr. Denzil Douglas
Kemerdekaan
• dari United Kingdom
19 September 1983
Keluasan
• Jumlah
261 km2 (101 bt2) (ke-207)
• Air (%)
boleh diabaikan
Penduduk
• Anggaran Julai 2005
51,300 (ke-209)
• Kepadatan
164/km2 (424.8/sq mi) (ke-64)
KDNK (PPP)Anggaran 2009 
• Jumlah
$726 juta[1]
• Per kapita
$13,429[1]
KDNK (nominal)Anggaran 2009 
• Jumlah
$557 juta[1]
• Per kapita
$10,315[1]
HDI (2018) 0.777[2]
tinggi · ke-73
Mata wangDolar Caribbean Timur (XCD)
Zon masaUTC-4
Bahagian memanduleft
Kod panggilan+1-869
DPT Internet.kn
  1. atau "Persekutuan Saint Christopher dan Nevis".
  2. hdr.undp.org

Ibu negara dan pusat pentadbiran kerajaan pusat adalah Basseterre yang terletak di bahagian pulau yang lebih besar iaitu Saint Kitts. Negeri yang lebih kecil iaitu Nevis terletak kira-kira 2 batu (3 km) ke tenggara Saint Kitts, di seberang terusan cetek yang dikenali sebagai "The Narrows".

Saint Kitts dan Nevis adalah di antara kepulauan Caribbean pertama yang diduduki oleh para peneroka Eropah. Saint Kitts menjadi rumah bagi koloni pertama Britain dan Perancis di Caribbean.

SejarahSunting

Saint Kitts dan Nevis mendapat kemerdekaan pada 19 September 1983. Pihak negara bersetuju untuk mengekalkan negara dalam Komanwel dan mengiktiraf Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara yang diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral.

GeografiSunting

Saint Kitts dan Nevis terletak di Kepulauan Leeward yang menjadi sebahagian daripada Antillen Kecil. Negara ini terdiri dari dua pulau utama, Saint Kitts dan Nevis yang dipisahkan sejauh 3 km oleh Selat Narrows atau The Narrows.[4] Kedua-duanya berasal daripada aktiviti gunung berapi, dengan puncak-puncak pusat yang besar di dalam hutan hujan tropika.[5] Ada banyak sungai yang turun dari pergunungan di kedua-dua pulau yang menyediakan air bagi penduduk setempat.

Saint Kitts terdiri daripada beberapa barisan pergunungan di tengah pulau yang menempatkan puncak tertinggi negara, Gunung Liamuiga yang berketinggian 1,156 meter.[4] Pantai timur pulau menempatkan Bukit Kanada dan Bukit Conaree. Pulau menyempit di bahagian tenggara lalu membentuk semenanjung dengan badan air terbesar, Tasik Great Salt. Nevis, pulau yang lebih kecil daripada Saint Kitts dan agak berbentuk bulat, didominasi oleh Puncak Nevis dengan ketinggian 985 meter.[5]

IklimSunting

Saint Kitts memiliki iklim savana tropika manakala Nevis memiliki iklim monsun tropika.[6] Julat suhu tahunan negara adalah kecil, iaitu daripada 23.9 °C ke 26.6 °C Taburan hujan tahunan purata ialah 2,400 milimeter.[7]

PolitikSunting

Saint Kitts dan Nevis ialah sebuah negara Alam Komanwel yang mengiktiraf Elizabeth II sebagai ketua negara dengan gelaran Ratu Saint Kitts dan Nevis. Ratu diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral yang membantu Perdana Menteri. Parlimen negara ialah parlimen satu dewan, iaitu Perhimpunan Kebangsaan.

Pembahagian pentadbiranSunting

Negara ini dibahagikan kepada 14 buah kariah, iaitu sembilan buah kariah di Saint Kitts dan lima lagi di Nevis.

DemografiSunting

Anggaran jumlah penduduk negara setakat 2019 ialah 53,000 orang, dan jumlah ini adalah lebih kurang sama sejak bertahun-tahun. Emigrasi dari Saint Kitts dan Nevis adalah ketara.[8] Kebanyakan rakyat negara (92.5%) adalah berketurunan Afro-Caribbean.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b c d "Saint Kitts and Nevis". International Monetary Fund. Dicapai pada 21 April 2010.
  2. ^ "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). UNDP. 10 Disember 2019.
  3. ^ Both the names Saint Christopher and Saint Kitts are given in the Constitution of Saint Christopher and Nevis.
  4. ^ a b "Enclopedia Britannica – St Kitts and Nevis". Dicapai pada 10 Julai 2019.
  5. ^ a b "CIA World Factbook- St Kitts and Nevis". www.cia.gov. Dicapai pada 10 Julai 2019.
  6. ^ "Climate of Saint Kitts and Nevis: Temperature, Climograph, Climate table for Saint Kitts and Nevis – Climate-Data.org". Climate-data.org (dalam bahasa Inggeris). Alexander Merkel. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  7. ^ "Country Historical Climate – St. Kitts & Nevis". Climate Change Knowledge Portal (dalam bahasa Inggeris). The World Bank Group. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  8. ^ "Table 5: Estimates of Mid-year Population: 2007–2016" (PDF). United Nations Demographic Yearbook: 2016. United Nations. 2017. m/s. 2.