Buka menu utama
Jangan dikelirukan dengan negara Republik Dominika.

Komanwel Dominika, atau Dominika (Bahasa Perancis: Dominique), adalah sebuah negara pulau yang terletak di Laut Caribbean. Dalam bahasa Latin, "Dominica" bermaksud "hari Ahad" iaitu hari di mana Columbus menjumpai pulau tersebut.

Komanwel Dominika
کومنويل دومينيکا

Commonwealth de la Dominique
Flag of Dominika
{{{coat_alt}}}
Bendera Jata negara
Cogan kata: "Après Bondie, C'est La Ter"  (Antillean Creole)
"Selepas Tuhan adalah Bumi"
"Après le Bon Dieu, c'est la Terre"
Location of Dominika
Ibu kotaRoseau
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
vernakularBahasa Perancis Kreol Dominika
Kumpulan etnik
86.8% kulit hitam, 8.9% kacukan, 2.9% Carib, 0.8% kulit putih, 0.7% lain-lain (2001)[1]
DemonimDominika
PemerintahanRepublik berparlimen
• Presiden
Nicholas Liverpool
Roosevelt Skerrit
Kemerdekaan
• daripada United Kingdom
3 November 1978
Keluasan
• Jumlah
750 km2 (290 bt2) (Ke-184)
• Air (%)
1.6
Populasi
• Anggaran Julai 2009
72,660 (Ke-195)
• Bancian 2003
71,727
• Kepadatan
105/km2 (271.9/sq mi) (Ke-95)
KDNK (PPP)Anggaran 2010 
• Total
$758 juta[2]
• Per kapita
$10,415[2]
KDNK (nominal)Anggaran 2010 
• Jumlah
$376 juta[2]
• Per kapita
$5,167[2]
HDI (2007)0.814
Ralat: Nilai HDI tidak sah · 73rd
MatawangDolar Caribbean Timur (XCD)
Zon masaUTC–4 (Timur Caribbean)
Bahagian memanduleft
Kod panggilan+1-767
Internet TLD.dm
  1. Kedudukan berdasarkan anggaran PBB pada tahun 2005.

Nama pulau Dominika sebelum kedatangan Columbus adalah Wai'tu kubuli, yang bermaksud "Tinggi badannya". Penduduk asal pulau ini, iaitu orang Carib, memiliki wilayah yang sama seperti tanah rizab kaum Pribumi Indian di Amerika Utara. Disebabkan kedudukannya di antara pulau-pulau jajahan Perancis, Guadeloupe dan Martinique, dan juga kerana ia pernah ditakluki Perancis pada suatu ketika, Dominika juga digelar "Dominika Perancis". Namun bahasa rasminya adalah Inggeris walaupun bahasa creole, creole Perancis ditutur secara umum.

Dominika telah diberi nama samaran "Nature Isle of the Caribbean" (Pulau Alam Semula Jadi Caribbean) kerana keindahan semula jadinya yang kelihatan tidak terjejas. Ia merupakan kepulauan yang paling muda dalam Antilles Kecil, dan kini masih dibentuk oleh aktiviti gunung berapi geoterma, sebagaimana dibuktikan oleh tasik didihnya yang kedua terbesar di dunia. Pulau ini menonjolkan hutan hujan bergunung-ganang yang subur, dan merupakan tempat asal kepada banyak spesies tumbuhan, haiwan dan burung yang jarang ditemui. Terdapat kawasan-kawasan xerik di sesetengah kawasan pantai barat Dominika, tetapi hujan lebat boleh didapati di kawasan pedalaman. Burung nuri Sisserou, burung negara Dominika, ditampilkan dalam bendera negara. Ekonomi Dominika sangat bergantung kepada sektor pelancongan dan pertanian.

Isi kandungan

SejarahSunting

Rencana utama: Sejarah Dominika

GaleriSunting

RujukanSunting

  1. ^ Dominica Ethnic groups 2001 Census
  2. ^ a b c d "Dominica". International Monetary Fund. Dicapai 2011-04-21. 

Pautan luarSunting

KerajaanSunting

Berita dan mediaSunting

PelanconganSunting