Ísland[6] (IPA: [ˈislant] dalam Bahasa Iceland; Bahasa Inggeris: Iceland) ialah sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Atlantik Utara.[7] Ia mempunyai penduduk seramai kira-kira 320,000 orang dan jumlah keluasan 103,000 km².[8] Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Reykjavík.

Iceland
أيسلاند
Ísland
Bendera Iceland
Jata Iceland
Bendera Jata
Lagu kebangsaanLofsöngur
Lokasi negara (jingga) di Eropah (putih)
Lokasi negara (jingga) di Eropah (putih)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Reykjavík
Bahasa rasmiBahasa Iceland (de facto)
Kumpulan etnik
93% orang Iceland,
7.0% lain-lain (lihat demografi)
DemonimOrang Iceland
KerajaanRepublik berparlimen
• Presiden
Guðni Thorlacius Jóhannesson
Katrín Jakobsdóttir
Keluasan
• Jumlah
103,001 km2 (39,769 bt2) (ke-107)
• Perairan (%)
2.07 (setakat 2015)[1]
Populasi
• Perkiraan 2022
376,248 (ke-171)
• Bancian Penduduk 2024
399,189[2]
3.66/km2 (9.5/sq mi) (ke-240)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
USD27.078 bilion[3] (152nd)
USD69,833[3] (15th)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
USD30.570 bilion[3] (ke-109)
USD78,836[3] (ke-8)
Gini (2018)positive decrease 23.2[4]
rendah
HDI (2021) 0.959[5]
sangat tinggi · 3rd
Mata wangKróna Iceland
(ISK)
Zon waktuGMT
(UTC+0)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan354
Kod ISO 3166IS
DPT internet.is
  1. "Statistics Iceland:Key figures". www.statice.is. 1 Oktober 2002.
  2. "CIA - The World Factbook -- Field Listing - Distribution of family income - Gini index". Kerajaan Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-25. Dicapai pada 14 September 2008. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)

Hikayat Íslendingasögur dan menceritakan pulau ini mula ditemukan seorang Nor bernama Naddodd yang menamakannya Snæland ("tanah salji");[9] pulau ini diberi nama mutakhirnya oleh viking Flóki Vilgerðarson yang mendaki sebuah gunung dan memerhatikan fiord Arnarfjörður sarat penuh air batu (Bahasa Nor Kuno: íss, bahasa Iceland: ís) lalu memberi nama Ísland yakni "Tanah Air Batu".[10][11]

Sejarah sunting

Geografi sunting

Iceland terletak di persimpangan Atlantik Utara dan lautan Arktik. Pulau utama terletak di selatan dari Lingkar Arktik, yang merangkumi pulau Iceland kecil; Grímsey melepasi pantai utara pulau utama. Negara ini terletak di antara garis lintang 63 dan 68°N, dan bujur 25 dan 13°W.

Iceland terletak lebih dekat ke daratan semenanjung Eropah daripada daratan benua Amerika Utara; maka dengan demikian, pulau ini umumnya termasuk dalam Eropah kerana alasan sejarah, politik, budaya, dan amalan. Secara geologinya, pulau ini termasuk bahagian dari kedua lempengan benua. Daratan yang terdekat dengan Iceland adalah Greenland (290 km). Manakala daratan yang terdekat dengan semenanjung Eropah adalah Kepulauan Faroe (420 km); Pulau Jan Mayen (570 km); Shetland dan Hebrides Luar, keduanya sekitar 740 km; dan daratan Scotland dan Orkney, keduanya sekitar 750 km. Semenanjung Norway pula berkedudukan pada jarak sekitar 970 km. Kepelbagaian lanskap Iceland. Iceland adalah pulau ke-18 terbesar di dunia, dan pulau kedua terbesar di Eropah setelah kepulauan British. Luas pulau utama sebesar 101.826 km persegi, tetapi luaran keseluruhan negara Iceland adalah 103.000 km persegi, yang 62.7% merupakan tundra. Sekitar 30 pulau-pulau kecil berada di Iceland, termasuk Grímsey dan kepulauan Vestmannaeyjar. Tasik dan glesier menutupi 14.3% dari permukaannya; hanya 23% yang tanah subur. Tasik terbesar adalah takungan air Þórisvatn: 83–88 km persegi dan Þingvallavatn: 82 km persegi; tasik penting lainnya termasuk Lagarfljot dan Mývatn. Jökulsárlón adalah tasik terdalam, dengan kedalaman 248 meter.

kebanyakan fyord berada di sepanjang garis pantai Iceland, yang juga di mana terletak sebahagian besar kawasan penempatan. Isi pulau, Dataran Tinggi Iceland, adalah kombinasi kawasan berpasir, pegunungan, dan lahar yang membuatkannya tidak boleh dihuni. Kota-kota besar utama adalah ibu negara Reykjavík, bersama dengan bandar-bandar seperti Kópavogur, Hafnarfjörður, dan Garðabær, Reykjanesbær di mana lapangan terbang anatarabangsa terletak, dan bandar Akureyri di Iceland. Pulau Grímsey dilingkari Arktik merupakan tempat penempatan terutara Iceland, sedangkan Kolbeinsey merupakan titik paling utara Iceland.

Iceland memiliki tiga taman negara. Taman Negara Vatnajokull, Taman Negara Snaefellsjokull, dan Taman Negara Þingvellir.

Rujukan sunting

  1. ^ "Surface water and surface water change". Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2021. Dicapai pada 11 October 2020.
  2. ^ "Þjóðskrá". www.skra.is (dalam bahasa Iceland). Icelandic National Registry. 14 January 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2024.
  3. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (Iceland)". International Monetary Fund. 10 October 2023. Dicapai pada 13 October 2023.
  4. ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income – EU-SILC survey". ec.europa.eu. Eurostat. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2020. Dicapai pada 9 August 2021.
  5. ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 8 September 2022. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
  6. ^ Ari Páll Kristinsson (Jan 11, 2010) "Hvert er formlegt heiti landsins okkar?". Vísindavefurinn. Dicapai Jan 7, 2013.
  7. ^ "CIA - The World Fact book -- Iceland". Kerajaan. Kerajaan Amerika Syarikat. 20 Julai 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-18. Dicapai pada 6 Ogos 2006. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  8. ^ "Statistics Iceland". Kerajaan. The National Statistical Institute of Iceland. 14 September 2008. Dicapai pada 14 September 2008. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  9. ^ "Garðarshólmi – 'The Isle of Garðar'". North Sailing.is. 13 December 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2016. Dicapai pada 28 March 2022.
  10. ^ Evans, Andrew. "Is Iceland Really Green and Greenland Really Icy?", National Geographic (30 June 2016).
  11. ^ Þorsteinsson, Björn dkk. (1991). Íslandssaga til okkar daga. Reykjavík: Sögufélag. m/s.. 24.