Koordinat: 13°10′N 59°33′W / 13.167°N 59.550°W / 13.167; -59.550

Barbados adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di persempadan Laut Caribbean dan Lautan Atlantik. Merangkumi salah satu daripada gugusan pulau Antillen Kecil, Barbados terletak di bahagian sebelah timur gugusan tersebut.

Barbados

Bendera Barbados
{{{coat_alt}}}
Bendera Lambang
Cogan kata: "Pride and Industry"
Kebanggaan dan Kerajinan
Lagu kebangsaan: "In Plenty and In Time of Need"

Location of Barbados
Ibu negaraBridgetown
13°06′N 59°37′W / 13.100°N 59.617°W / 13.100; -59.617
Bandar terbesarIbu negara
Bahasa rasmibahasa Inggeris
Bahasa serantau yang DiiktirafBahasa Kreol Barbados
Kumpulan etnik
(est. 2010[1])
Agama
KerajaanKerajaan berperlembagaan berparlimen unitari
• Ratu
Elizabeth II
Sandra Mason
Mia Mottley
PerundanganParlimen
Senat
Dewan Perhimpunan
Kemerdekaan
• daripada United Kingdom
30 November 1966
Keluasan
• Jumlah
439 km2 (169 bt2) (ke-183)
• Air (%)
Boleh diabaikan
Penduduk
• Bancian 2010
277,821[2] (ke-181)
• Kepadatan
660/km2 (1,709.4/sq mi) (ke-15)
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Jumlah
$5.398 bilion
• Per kapita
$18,798[3]
KDNK (nominal)Anggaran 2019 
• Jumlah
$5.207 bilion
• Per kapita
$18,133[3]
HDI (2018) 0.813[4]
sangat tinggi · ke-56
Mata wangDolar Barbados ($) (BBD)
Zon masaUTC−4 (AST)
Bahagian memandukiri[5]
Kod panggilan+1-246
DPT Internet.bb

Barbados masyhur dengan industri pelancongannya dan dikenali sebagai Little England atau England Kecil bagi kepulauan Caribbean kerana pengaruh Britain yang kuat di pulau ini. Pulau Barbados terletak 2585 km (1610 batu) dari tenggara Miami, Florida di Amerika Syarikat dan 860 km (535 batu) dari Caracas, Venezuela.

SejarahSunting

Rencana utama: Sejarah Barbados

Zaman prapenjajahanSunting

Bukti-bukti arkeologi yang terhad membuktikan bahawa Barbados memiliki penghuni pada sekitar pertengahan alaf kedua SM.[6] Penghuni Amerindia yang lebih kekal wujud di Barbados pada abad keempat hingga ketujuh Masihi.[7] Penghuni-penghuni Arawak dan Kalinago dari Amerika Selatan mula menghuni di pulau ini sejak abad kesembilan Masihi.

Zaman penjajahanSunting

Orang Portugis merupakan orang Eropah pertama menemukan dan mencatat kelibat pulau ini dalam pelayaran mereka dari Brazil Jajahan. Salah seorang peneroka ini, Pedro A. Campos menamakan pulau ini sebagai Os Barbados yakni "yang berjanggut".[8] Nama ini dikatakan merujuk kepada pokok-pokok ara spesies Ficus citrifolia yang menjalar seakan janggut atau penampilan orang-orang asal yang menduduki pulau ini.

Barbados merupakan pulau yang lengang sebelum penjelajah British mula menetap di sini pada 1627. Kapten John Powell mendarat di Barbados pada 1625 dan mengisytiharkan pulau sebagai tanah jajahan British. Dua tahun kemudian, abangnya Kapten Henry Powell mendarat dengan 80 orang peneroka dan 10 orang hamba abdi. Kumpulan tersebut telah menubuhkan penempatan Eropah yang pertama di Jamestown di pantai barat, kini dikenali sebagai Holetown. Pada akhir tahun 1628 penduduk koloni ini bertambah menjadi 2,000 orang.

Pihak penjajah telah menebang kebanyakan hutan belantara dan menanam tembakau dan kapas. Pada 1640-an, mereka menanam semula ladang-ladang ini dengan tebu. Ladang-ladang ini ialah ladang tebu terbesar di kepulauan Caribbean, dan pengeluaran gula menghasilkan keuntungan lumayan bagi pihak penanam dan peneroka di Barbados. Oleh kerana permintaan gula yang tinggi, hamba-hamba abdi telah dibawa dari benua Afrika dan dikerjakan di ladang-ladang gula yang wujud hingga tahun 1834 apabila sistem perhambaan dihapuskan. Meskipun begitu, ekonomi Barbados masih bergantung kepada sektor gula, rum dan molases hingga kurun ke-20. Selepas Perang Dunia Kedua, industri gula mula merudum manakala sektor pelancongan telah meningkat naik.

Zaman pascakemerdekaanSunting

Barbados telah mencapai status kerajaan dalaman sendiri pada 1961 dan mencapai kemerdekaan pada 30 November 1966 dengan Errol Barrow sebagai Perdana Menteri pertama. Pada awal 1990-an, pelancongan telah menjadi sektor terbesar di Barbados.

GeografiSunting

Rencana utama: Geografi Barbados

Barbados terletak di Lautan Atlantik dan merupakan pulau paling timur di Antillen Kecil serta Hindia Barat. Barbados merupakan sebuah pulau yang agak datar yang semakin mencuram di kawasan pusat tanah tinggi dengan puncak tertinggi ialah Gunung Hillaby (336 m). Pulau ini beriklim tropikal, dengan musim hujan di antara bulan Jun dengan Oktober. Musim keringnya pula adalah antara bulan Februari dengan Mei. Ibu negara Barbados ialah Bridgetown. Bandar-bandar utama yang lain termasuklah Holetown dan Speightstown.

PolitikSunting

Rencana utama: Politik Barbados

Sebagai negara Alam Komanwel, ketua negara Barbados ialah Ratu Barbados iaitu Elizabeth II yang lebih dikenali sebagai Ratu United Kingdom, dan diwakili oleh seorang Gabenor Jeneral. Di Barbados, Ratu Elizabeth dikenali sebagai "By the Grace of God, Queen of Barbados and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth." (Dengan Rahmat Tuhan, Ratu Barbados dan Segala Wilayah dan Jajahannya, Ketua Persatuan Komanwel).

Namun begitu, kuasa eksekutif masih terletak di tangan Perdana Menteri dan kabinetnya. Perdana Menteri lazimnya ialah seorang ketua parti politik yang menang dalam pilihan raya untuk 30 buah kerusi dalam Dewan Rakyat. Ahli-ahli dipilih setiap lima tahun. Ahli Senat atau Dewan Negara berjumlah 21 orang dan dilantik oleh Gabenor Jeneral. Daripada jumlah tersebut, 12 orang ahli dilantik atas nasihat Perdana Menteri, dua orang atas nasihat Ketua Pembangkang dan tujuh orang dipilih oleh Gabenor Jeneral.

KariahSunting

 
Peta kariah-kariah Barbados.
Rencana utama: Kariah di Barbados

Barbados terbahagi kepada 11 kariah (parishes) seperti di bawah:

EkonomiSunting

Rencana utama: Ekonomi Barbados

Sejak dahulu, ekonomi Barbados bergantung pada penanaman tebu dan aktiviti berkaitan, tetapi beberapa tahun yang lalu, Barbados telah menerokai sektor pengeluaran dan pelancongan. Nilai keluaran dalam negara kasar negara setakat 2018 ialah $5.087 billion secara nominal dan $5.344 billion secara pariti kuasa beli.[9] Laporan pada 2017 menunjukkan kira-kira 88% daripada sektor ekonomi negara adalah bersumberkan perkhidmatan.

Kewangan Persisiran Pantai dan perkhidmatan maklumat merupakan punca tukaran wang asing yang utama, dan juga sektor pengeluaran ringan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kadar pengangguran, menggalakkan pelaburan asing, dan syarikat swasta masih dimilikki oleh syarikat milik kerajaan. Ekonominya telah menguncup pada 2001 disebabkan kelembaban di dalam perbelanjaan pelancongan dan pengguna.

DemografiSunting

Rencana utama: Demografi Barbados

Bancian negara pada 2010 menetapkan jumlah penduduk negara pada 277,821 orang, yakni 133,018 orang lelaki dan 144,803 orang perempuan.[10] Lebih 90% rakyat Barbados (dikenali juga sebagai Bajan) adalah berkulit hitam, dan kebanyakkan mereka adalah keturunan hamba abdi yang bekerja di ladang-ladang gula. Penduduk-penduduk yang lain ialah orang Eropah dan Asia. Bahasa rasmi Barbados ialah bahasa Inggeris, tetapi masyarakat lazimnya bertutur dalam suatu kreol yang dipanggil sebagai Bajan. Kebanyakkan rakyat negara beragama Kristian aliran Protestan (Gereja Anglikan) dengan peratusan kira-kira 40%.[11] Namun begitu, agama Katolik, Hindu dan Islam juga diamalkan oleh segelintir rakyat Barbados.

PrasaranaSunting

 
Bangunan Kolej Codrington di St. John.

PendidikanSunting

Rencana utama: Pendidikan di Barbados

Sistem pendidikan Barbados adalah menghampiri sistem pendidikan British. Barbados memiliki lebih 70 buah sekolah rendah serta lebih 20 buah sekolah menengah termasuk beberapa buah sekolah antarabangsa. Beberapa buah institut pengajian tinggi dibangunkan di Barbados untuk menyumbang kepada pendidikan tinggi penduduk negara. Kadar celik huruf masyarakat Barbados menghampiri 100%.[12]

PengangkutanSunting

Lapangan Terbang Antarabangsa Grantley Adams ialah lapangan terbang tunggal Barbados yang menjadi hab pengangkutan utama kawasan timur Caribbean. Barbados tidak memiliki sebarang pengangkutan rel.

BudayaSunting

Rencana utama: Budaya di Barbados

Pengaruh Inggeris sangat ketara di Barbados berbanding dengan kepulauan lain di Hindia Barat. Salah satu contoh ialah sukan kebangsaan negara iaitu kriket. Barbados telah melahirkan ramai pemain kriket terkenal, termasuklah Garfield Sobers dan Frank Worrell.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cia tidak disediakan
  2. ^ "Barbados – General Information". GeoHive. Diarkib daripada yang asal pada 1 Februari 2017. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  3. ^ a b https://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2019/01/weodata/weorept.aspx?pr.x=65&pr.y=5&sy=2017&ey=2024&scsm=1&ssd=1&sort=country&ds=.&br=1&c=316&s=NGDPD%2CPPPGDP%2CNGDPDPC%2CPPPPC&grp=0&a=
  4. ^ "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 10 December 2019. Dicapai pada 10 December 2019.
  5. ^ "Barbados". 29 August 2006. Diarkib daripada yang asal pada 15 October 2007. (fco.gov.uk), updated 5 June 2006.
  6. ^ Peter Drewett, 1993. "Excavations at Heywoods, Barbados, and the Economic Basis of the Suazoid Period in the Lesser Antilles", Journal of the Barbados Museum and Historical Society 38:113–37; Scott M. Fitzpatrick, "A critical approach to c14 dating in the Caribbean", Latin American Antiquity, 17 (4), pp. 389 ff.
  7. ^ Beckles, Hilary. A History of Barbados: From Amerindian Settlement to Caribbean Single Market (Cambridge University Press, 2007 edition).
  8. ^ Retrieved 5 March 2016.
  9. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org (dalam bahasa Inggeris). Tabung Kewangan Antarabangsa.
  10. ^ (dalam bahasa en) 2010 Population and Housing Census (Laporan). 1. Barbados Statistical Service. September 2013. m/s i. Diarkib daripada asal pada 18 Januari 2017. https://web.archive.org/web/20170118220332/http://www.barstats.gov.bb/files/documents/PHC_2010_Census_Volume_1.pdf.
  11. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 5 Februari 2018. Dicapai pada 3 Mei 2017.
  12. ^ "Unesco Institute for Statistics: Date Centre". 14 September 2007. Diarkib daripada yang asal pada 30 January 2011. Dicapai pada 28 February 2011.

Laman webSunting

Pautan luarSunting

Negara-negara di Caribbean
Negara merdeka
Alam Komanwel: Antigua & BarbudaBahamasBarbadosGrenadaJamaicaSanto Kitts dan NevisSaint LuciaSaint Vincent & Kepulauan Grenadine
Republik Komanwel: DominikaTrinidad dan Tobago
Republik lain: CubaRepublik Dominika & Haiti (kedua-dua di Hispaniola)

Wilayah tanggungan
Amerika Syarikat: Kepulauan Virgin Amerika SyarikatPuerto RicoPulau NavassaTeluk Guantanamo (enklaf di Cuba) •
Belanda: Aruba & Antillen BelandaBritish: AnguillaKepulauan CaymanKepulauan Turks dan CaicosKepulauan Virgin BritishMontserrat
Perancis: Guadeloupe & Martinique