Hari Para Mendiang

Hari Para Mendiang (secara rasminya, Commemoratio omnium Fidelium Defunctorum atau Peringatan bagi Orang Beriman yang telah Meninggal Dunia, bahasa Inggeris:All Souls' Day), adalah hari yang ditetapkan oleh Gereja Roman Katolik dan gereja-gereja lain bagi memperingati orang-orang beriman yang telah meninggal dunia. Perayaan ini adalah berlandaskan doktrin bahawa roh-roh orang beriman yang sewaktu matinya tidak dibersihkan daripada dosa-dosa kecil, atau belum ditebus kesalahan lamanya, tidak berupaya untuk memperoleh penglihatan rahmat, dan mereka dapat dibantu dengan doa dan dengan penyerahan Misa.

Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Kesarwabangsaan  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

Perayaan ini jatuh pada 2 November dan merupakan urutan kepada Hari Para Orang Kudus. Semenjak pembaharuan liturgi semasa Majlis Vatikan Kedua, perayaan ini diraikan pada 2 November walaupun pada tahun-tahun ketika tarikh jatuh pada hari Ahad. Mengikut upacara Latin tradisional, pengamalan ini dialih ke hari Isnin, 3 November sekiranya 2 November jatuh pada Hari Ahad, kerana jubah hitam adalah dilarang sama sekali pada Hari Ahad.