Hari Para Orang Kudus
Hari Para Orang Kudus atau Hari Para Santo (Bahasa Inggeris: All Saint's Day) merupakan hari untuk merayakan para orang kudus Kristian. Hari itu juga merupakan hari bagi orang-orang Kristian untuk memohon kepada para orang kudus dan para martir yang dikenali dan tidak dikenali, untuk mendoakan mereka kepada Tuhan. Dalam Gereja Katolik, hari ini merupakan salah satu daripada Hari Suci Wajib.
Sebahagian daripada siri tentang
|
---|
Yesus Kristus |
Yesus Kristus · Kelahiran · Penyaliban · Wafat · Kebangkitan |
Asas |
Gereja · Kerajaan · Pegangan · Perjanjian Baru |
Alkitab |
Wasiat Lama · Wasiat Baru · Injil · Kanun · Kitab · Apokrifa |
Teologi |
Tuhan (Bapa · Anak · Roh Kudus) · Apologetik · Katolikisme · Kristologi · Misi · Pembaptisan · Sejarah teologi · Penyelamatan · Tritunggal |
Sejarah dan tradisi |
Pengikut · Bunda Maria · Santo Petrus · Paulus si Hawari · Bapa Gereja · Awal · Konstantinus Agung · Persidangan · Thomas Aquinas · Perpecahan Timur-Barat · Perang Salib · Reformasi Protestan |
Tajuk umum |
Agama lain · Kesarwabangsaan · Kesenian · Khutbah · Kritikan · Liturgi · Muzik · Simbolik · Sembahyang · Tahun gereja |
Denominasi dan gerakan |
Adventisme · Anabaptis · Anglikan · Baptis · Calvinisme · Evangelikalisme · Kesucian · Katolik Bebas · Luteran · Metodis · Katolik Lama · Roman Katolik · Protestan · Pentekosta
|
Portal Kristian |
Hari Para Orang Kudus هاري ڤارا اورڠ قُدوس | |
---|---|
Official name | Perayaan Para Orang Kudus |
Observed by | Orang Kristian Barat |
Type | Kristian |
Date | 1 November |
Related to | Hari Para Mendiang |
Hari cuti ini bagi golongan Kristian Barat jatuh pada 1 November (secara rasminya dinamakan Festum omnium sanctorum oleh Gereja Roman Katolik) , diikuti dengan Hari Para Mendiang pada 2 November. Hari ini merupakan Hari Suci Wajib, yang dirayakan dengan vigil dan oktaf. Perayaan Para Orang Kudus bagi Gereja Ortodoks Timur pula mengikuti tradisi awal yang dikekalkan oleh keseluruhan Gereja iaitu menetapkan perayaan tersebut pada hari Ahad pertama selepas Pentekosta dan oleh itu menandakan penghujung bagi musim Paska.
Sejarah
suntingUpacara peringatan lazim oleh gereja bagi kematian para martir mula diraikan pada abad ke-4. Bukti terawal yang menunjukkan sambutan perayaan ini adalah di Antioch pada hari Ahad selepas Pentakosta. Amalan ini juga pernah diperkisahkan di dalam homili ke-74 John Chrysostom (407) dan tradisi ini dikekalkan sehinga ke hari ini oleh Gereja Ortodoks Timur. Orang-orang Ireland juga mengekalkan tarikh perayaan pada hari Ahad selepas Pentekosta, manakala Gereja Jerman pula mula meraikannya pada 1 November. Budaya ini kemudiannya tersebar sehinggalah tarikh perayaan hari ini ditukar secara umumnya ke 1 November oleh Paus Gregory III (731–741). Beliau menamai 1 November sebagai tarikh ulang tahun pentahbisan gereja kecil di St.Peter bagi tinggalan-tinggalan "para rasul dan segala orang kudus, martir-martir dan pengaku-pengaku, yang telah meninggal dunia di seluruh dunia". Menjelang pemerintahan Charlemagne, perayaan para orang kudus diraikan dengan meriah. Raja orang Frank iaitu Raja Louis menitahkan bahawa 1 November adalah hari suci wajib pada tahun 835.