Rita Skeeter
Rita Skeeter (lahir kk. 1951) merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter. Beliau bekerja sebagai wartawan bagi Daily Prophet dan penulis bagi Witch Weekly.
Watak Harry Potter | |
---|---|
Miranda Richardson yang membawa watak wartawan akhbar tabloid, Rita Skeeter dalam Harry Potter and the Goblet of Fire | |
Rita Skeeter | |
Jantina | Perempuan |
Warna rambut | Kuning |
Warna mata | Tidak (hijau dalam filem) |
Dilakonkan oleh | Miranda Richardson |
Kemunculan pertama | Harry Potter and the Goblet of Fire |
Dengan bersenjatakan peralatan ajaib seperti Quick-Quotes Quill yang akan menulis apa-apa saja berkaitan dengan yang ditemu ramah tidak kira betul atau salah. Sebagai wartawan yang mereka-reka dan menambah maklumat untuk menjadikan ceritanya lebih menarik, beliau merupakan seorang berperwatakan antagonis kepada Harry dan rakannya dalam Harry Potter and the Goblet of Fire.
Rita Skeeter dilakonkan oleh Miranda Richardson dalam filem keempat yang ditayangkan pada 2005.
Sejarah
suntingRita Skeeter cuba untuk mencipta kontroversi apabila mula muncul dalam Harry Potter and the Goblet of Fire dan termasuklah beberapa peristiwa sebelum Harry kembali ke Hogwarts untuk tahun keempatnya. Apabila Rita menulis tentang Tanda Kuasa Jahat yang muncul ketika Piala Dunia Quidditch, dia turut mengatakan yang terdapat khabar angin beberapa jasad dikeluarkan dari hutan sejam selepas serangan; Arthur Weasley memberi komen yang laporan sebegini bakal mencipta khabar angin walaupun tak pernah wujud. Dia turut melaporkan perbicaraan Ludo Bagman beberapa tahun sebelumnya, yang Harry dapat saksikan sendiri dalam Pensieve Dumbledore.
Peranan dalam siri
suntingHarry Potter and the Goblet of Fire
suntingHarry pertama kali bersua dengan Rita ketika dia menemu bual wira Kejohanan Ahli Sihir Trio bagi satu ruangan rencana dalam The Daily Prophet. Dia menarik Harry ke dalam almari penyapu dan Quick-Quotes Quill menokok tambah apa yang dikatakannya. Rencana akhirnya lebih kepada Harry. Sebuah gambar mukanya mengambil tempat di muka hadapan, dan Rita menambah-nambah jawapan Harry. Dua wira yang dari negara lain turut disalah eja malah tidak muncul lagi sehingga akhir rencana dan Cedric Diggory (wira Hogwarts yang lagi satu) langsung tidak disebut. Harry hanya menahan segala ejekan tentang ceritanya. Pada satu tahap temu bual itu, Dumbledore menerjah masuk dan peristiwa tersebut berlaku.
"Profesor Dumbledore" teriak Rita Skeeter. "Apa khabar tuan? Saya harap tuan dah baca tulisan saya pada musim panas lalu tentang Gabungan Antarabangsa Persidangan Ahli Sihir?" "Kerja jahat yang sungguh mengagumkan", komen Dumbledore, matanya bersinar. "Saya sangat seronok baca pandangan kamu tentang saya sebagai si tua bodoh."
Rita kemudian menemu bual Hagrid, tetapi berbanding bercakap tentang haiwan peliharaannya, seperti apa yang dipercayai Hagrid, dia lebih banyak bertanya tentang Harry. Hagrid mengulas selepas temu bual itu yang Rita kecewa apabila dia katakan dia tidak pernah menegur Harry untuk sebarang kesalahan. Tidak lama selepas itu, Dumbledore mengharamkannya dari Hogwarts.
Harry Potter and the Order of the Phoenix
suntingHermione mengugut Skeeter untuk menemuramah Harry tentang kembalinya Lord Voldemort dan menghantar kisah tersebut kepada The Quibbler. Jika tidak, dia Hermione akan mendedahkan kepada Kementerian Sihir yang Rita merupakan Animagus tidak berdaftar.
Harry Potter and the Half-Blood Prince
suntingPada penghujung Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, yang menimbulkan kemarahan Harry, Rita kelihatan ketika upacara pengebumian Dumbledore, sambil menulis.
Harry Potter and the Deathly Hallows
suntingWalaupun beliau tidak membuat kemunculan fizikal, beliau sering disebutkan di dalam akhbar berkenaan buku yang bakal diterbitkan iaitu buku biografi tentang Dumbledore yang bertajuk "The Life and Lies of Albus Dumbledore" yang menjadikan Dumbledore bahan sasaran dan hentaman.