Percy Ignatius Weasley (lahir 22 Ogos, 1976) merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter.

Watak Harry Potter
Percy in the movies
Chris Rankin sebagai Percy
dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets
Percy Ignatius Weasley
Jantina Lelaki
Warna rambut Merah
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Chris Rankin
Kemunculan pertama Harry Potter and the Philosopher's Stone

Biografi sunting

Percy merupakan anak ketiga bagi Arthur dan Molly Weasley daripada tujuh orang (adik kepada Bill dan Charlie, dan abang kepada Fred, George, Ron, dan Ginny). Dia berkongsi nama tengah dengan ahli keluarga Prewett, Ignatius, yang mengahwini Lucretia Black dari keluarga Black. Beliau mula belajar di Hogwarts pada 1987, dan digabarkan memakai cermin mata (walapun tidak dalam filem), dan, seperti Arthur, Bill dan Ron, iaitu berbadan tinggi dan kurus.

Apabila pembaca mula-mula menemui Percy dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat, beliau adalah pengawas Gryffindor; dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, dia menjadi Ketua Pelajar (yang sangat dibanggakannya). Beliau merupakan kambing hitam bagi keluarganya, dan dia tidak mempunyai unsur humor, alu menjadikannya mangsa kenakalan Fred dan George.

Beliau mempunyai burung hantu, Hermes (dinamakan smepena mitos Yunani, pengutus dewa). Hermes diberikan kepada Percy oleh bapanya kerana menjadi pengawas.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

Lihat juga sunting