Hermes [hér-més] (bahasa Yunani purba Ἑρμῆς) adalah utusan besar para dewa-dewi dalam mitologi Yunani dan juga penunjuk jalan alam barzakh dalam kepercayaan ini. Dia merupakan salah seorang dewa Olympus, dia juga pelindung kepada sempadan dan para pelancong yang melintasinya, juga pelindung kepada penggembala lembu dan kambing, kecerdikan pencuri dan pembohong, pidato, bahasa, sastera dan pemuisi, kesukanan, timbangan dan ukuran, rekaan, dan perdagangan secara umumnya.[1] Lambangnya merangkumi kura-kura, ayam jantan, sandal bersayap, topi bersayap, dan lambang perubatan (yang diberikan kepadanya oleh Apollo sebagai tukaran untuk kecapi).

Hermes
Hermes Logios Altemps 33.jpg
Utusan para dewa, dewa perdagangan, kecurian, pengembaraan, sukan dan sempadan
KediamanGunung Olympus
SimbolCaduceus (lambang perubatan), Sandal bersayap, Kura-kura
Ibu bapaZeus dan Maia
Anak-anakEros, Pan, Hermaphroditos, Tykhe, Abderos, Autolykos
Persamaan RomMercurius

Masyarakat Rom purba melihat dewa ini setaraf dewa Mercurius; meskipun dewa tersebut terbawa daripada kepercayaan masyarakat Etrusca, namun terdapat banyak ciri yang mirip, seperti peranan sebagai pelindung perdagangan.

CatatanSunting

  1. ^ Walter Burkert, Greek Religion 1985 section III.2.8; "Hermes." Encyclopedia Mythica from Encyclopedia Mythica Online. Retrieved October 04, 2006.

RujukanSunting

  • Walter Burkert, 1985. Greek Religion (Harvard University Press)
  • Kerenyi, Karl, 1944. Hermes der Seelenführer.
  • Ventris, Michael and Chadwick, John (1956). Documents in Mycenaean Greek. Second edition (1974). (Cambridge UP) ISBN 0-521-08558-6.
  • Meletinskii, Eleazar M. 1986, Vvedenie v istoričeskuû poétiku éposa i romana. Moscow, Nauka.(Rusia)
    • Introduzione alla poetica storica dell'epos e del romanzo (1993) (Itali)

Pautan luarSunting