Drama bersiri K.I.T.A. berkisarkan hidup 4 orang sahabat yang pulang ke kampung dimana mereka membesar dan bertemu. Perkahwinan salah seorang dari mereka, Tina, bakal dilangsungkan disana. Ikuti kisah hidup mereka setelah habis kolej dan juga kerjaya hidup mereka.


SinopsisSunting

Plot cerita bermula dengan Kiera mengejarkan pesakit ke ICU. Kiera membuat pencubaan pernafasan kepada pesakit, dan semakin desperate bila pesakit tidak menunjukkan tindakbalas. Akhirnya, denyutan jantung pesakit terhenti dan Kiera mengalah. Di set lakonan, Ilma diserang wartawan yang mahukan kepastian tentang dirinya yang menjadi pemusnah rumahtangga orang. Alisa pula menyiapkan diri untuk presentation sebuah projek. Tina dilamar sahabatnya, William Ho. Ilma pula terkenangkan zaman sekolah. Kiera menunggu Azali yang sering cari fasal dengannya. Sampai sahaja di pintu pagar, Arief, abang Azali mengeluh. Mereka bertengkar, dan kemudiannya Kiera dan rakan-rakannya(Ilma, Tina dan Alisa), pergi mandi ditepi sungai. Malam itu, ketika bermalam di 'clubhouse' mereka, Azali sengaja menakut-nakutkan mereka. Ilma tersedar dari lamunannya. Di hospital, Azali memasuki bilik Kiera. Kiera memandang Azali dan terus memarahi Azali. Dia bertanya bila mereka akan berkahwin pula. Masa berlalu pantas. Kiera dan rakan-rakannya lulus SPM dan mereka juga memasuki universiti yang sama. Azali mula menyukai Kiera manakala Along Kiera menyukai Tina. Mereka mengekori Kiera dan rakan-rakannya pergi becuti dengan William dan Acik Kiera. Masuk ke universiti, Alisa bercinta dengan Zack yang sebenarnya sudah berkahwin, manakala Kiera jatuh pada Ryzal yang sudah bertunang. Kiera bersalah kepada Azali kerana memanggil Azali orang tiada masa depan. Dia harus mengakui dia menyayangi Azali. Dia pulang ke kampung untuk meminta maaf kepada Azali. Mereka bertengkar, dan tanpa sengaja Kiera meluahkan rasa cintanya kepada Azali. Mereka bercinta. Masa berlalu lagi, dan kini, perkahwinan Tina semakin dekat.

PelakonSunting

Pautan luarSunting