Badang (filem)
Badang merupakan sebuah filem aksi komedi yang diarahkan oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen dan dibintangi oleh Dato' Sri Aliff Syukri, Fasha Sandha, Azhari Mohd Zain, Aminah Rhapor, Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak aksi / komedi / sampah. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 15 Februari 2018.
Badang | |
---|---|
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh | Abdul Razak Mohaideen |
Dibintangi |
|
Disunting oleh |
|
Syarikat penerbitan | FiTA Studio Sdn Bhd |
Diedarkan oleh | Empire Film Solution |
Tarikh tayangan |
|
Durasi tayangan | 105 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 2.2 juta |
Pecah panggung | RM 74,148.67 |
Filem ini mula ditayangkan pada 15 Februari 2018 dan pengedarannya diuruskan oleh Lescopaque Productions. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu.
SinopsisSunting
Badrul adalah anak buluh betung dalam mitos Melayu berusia 25 tahun yang sotong (lurus bendul) dan kemudian bertukar menjadi jejaka perasan apabila mendapat kuasa luar biasa. Setelah memiliki kuasa luar biasa, dia kemudiannya memilih nama Badang.[1]
PelakonSunting
- Aliff Syukri sebagai Badrul Hisham / Badang
- Fasha Sandha sebagai Tisha
- Azhari Zain sebagai Sarip
- Aminah Rhapor sebagai Mak Siah
- Fauzi Nawawi sebagai Taiko
- Norman Hakim sebagai Prof. De Brono
- Esma Daniel sebagai Pak Tam
- Julia Ziegler sebagai Prof. Alia
- Nadia Brian sebagai Puteri Bunian
- Nur Shahida sebagai Dr. Sayahida
- Fareez Fauzi sebagai Aeril
- Zalfa Zin sebagai Zaira
- Douglas Lim sebagai Ketua Geng Kamzin
- Dynas Mokhtar sebagai Ibu Budak Kecil
- Hanita Abdul Ghani sebagai Budak Kecil Babak Api
PenerbitanSunting
Filem Badang ini dihasilkan oleh Lescopaque Productions.