Filem Soalnya Siapa merupakan filem komedi romantik Malaysia 2002 arahan pengarah yang sama iaitu Othman Hafsham dan dibintangi Erra Fazira, Afdlin Shauki dan Ellie Suriati. Filem ini merupakan kesinambungan filem Soal Hati lakonan Afdlin Shauki dan Erra Fazira pada tahun 2000.

Soalnya Siapa?
PengarahOthman Hafsham
PenulisHabsah Hassan
Lakon layarHabsah Hassan
Dihasilkan olehHabsah Hassan
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Serangkai Filem
Tarikh tayangan
  • 20 Disember 2002 (2002-12-20) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis Sunting

Sambungan kisah percintaan antara Nurul Ain dengan Ahmad Daniel. Hubungan mereka kembali teruji apabila Ain mula bersikap dingin setelah muncul orang ketiga. Keputusan Ain menerima pinangan orang lain merupakan tamparan hebat kepada Daniel. Masalah semakin rumit apabila Daniel secara spontan membuat pengakuan bahawa Profesor Dr. Sofiah adalah tunangnya… Bagaimanakah akhirnya kesudahan percintaan antara Nurul Ain dan Ahmad Daniel?

Pelakon Sunting

Anugerah dan pencalonan Sunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-16 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ellie Suriati Menang
Anugerah Skrin 2003 Pelakon Lelaki Terbaik Afdlin Shauki Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Erra Fazira Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ellie Suriati Tercalon

Rujukan Sunting

Pautan luar Sunting