Pilim 1

Namaku Bedah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Shuhaimi Lua Abdullah terbitan Tanah Beris Film Production.[1] Siri ini diadaptasi dari novel dengan tajuk sama karya Mohd Sharemy Ikmal terbitan PTS Milenia, dibintangi oleh Aishah Azman sebagai Bedah. Ia mengisahkan tentang Bedah yang ingin menukar namanya tetapi ibunya menentang kerana nama Bedah berasal dari gabungan nama beliau, Zubaidah dan suaminya, Bedul. Drama ini bersiaran di Slot Kelakarama TV9 dari 5 hingga 28 Februari 2017.

Sinopsis sunting

Bedah (Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang gedik dan sentiasa ingin bergaya. Wajah cantik dimilikinya telah membuatkan ramai jejaka tertarik dengan Bedah namun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenar Bedah malah dijadikan bahan ejekan. Bedah adalah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu, Hamidah dan ayahnya, Bedul. Selepas tamat persekolahan, Bedah telah melanjutkan pengajian ke kolej. Di kolej, Bedah menjadi perhatian ramai pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang tidak tidur malam, dan bergaduh semata-mata nak berebut mendapatkan hati Bedah. Suatu hari secara tidak sengaja Bedah bertemu dengan Zuhairi (Nadzmi Adhwa), seorang anak jutawan terkenal. Bedah terpegun dengan ketampanan Zuhairi. Rupa-rupanya Bedah tidak bertepuk sebelah tangan, kerana Zuhairi juga turut meminati Bedah. Mengetahui status Zuhairi Bedah menggunakan nama samaran sebagai Puteri Anis. Bedah sangat teruja sehingga apa yang dilakukannya serba tak kena. Bedah juga telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak melepaskan Zuhairi dalam hidupnya sehinggakan dia berfikir untuk berhenti belajar dan terus berkahwin.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Penggambaran sebahagiannya dijalankan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) milik kerajaan negeri Pahang.

Rujukan sunting

  1. ^ Drama “Namaku Bedah” kongsi keindahan kampus Universiti Malaysia Pahang (14 Februari 2017). Diperoleh pada 1 Mac 2017.

Pautan luar sunting