Halimah Jongang

Halimah Jongang ialah drama kelakar bersiri Malaysia yang ditayangkan di Astro Prima setiap Rabu mulai 2011. Drama ini mengisahkan watak perempuan jongang dan sering diperlekeh orang lain. Drama ini merupakan kesinambungan telefilem Halimah Jongang lakonan Johan Raja Lawak dan Sheera Iskandar dibawah terbitan A. Aida Productions dan skripnya ditulis oleh Zaini Kosnin.

Halimah Jongang
GenreDrama
Komedi
Romantik
Ditulis olehZaini Kosnin
PengarahNiza Mohammad Nasir
Dibintangi oleh
Sheera Iskandar
Pierre Andre
Lagu pembukaanHalimah Jongang - Eddie Hamid
Lagu penutupHalimah Jongang - Eddie Hamid
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifBoy Astro
PenerbitA.Aida
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
A.Aida Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima

Drama 13 episod ini dilakonkan oleh Sheera Iskandar , Pierre Andre, Aishah Atan, Diya AF, Zaibo, Hamid Gurkha dan Aznah Hamid. Watak utamanya Sheera menggunakan gigi palsu bagi menghidupkan watak kelakar.