Madu Sorok
Rencana ini tidak mempunyai bahagian utama. (September 2017) |
Sinopsis: Arun mempunyai dua orang isteri iaitu Maria dan Sofea. Hasil perkahwinan dengan mereka, dia memperoleh sepasang cahaya mata dari kedua-dua isterinya yang kini sudahpun menginjak remaja. Maria (anak: Sara dan Johan) selaku isteri tua tidak mengetahui dirinya dimadukan, memiliki sebuah butik. Bagaimanapun Sofea (anak: Mona dan Norman) tahu statusnya sebagai isteri kedua namun tidak pernah mengetahui siapakah madunya pula memiliki sebuah Spa.
Arun menyimpan rahsia ini lebih 20 tahun dan bijak membahagikan masa antara Maria dan Sofea. Siang selepas waktu pejabat dia pergi ke rumah Sofea dan malam barulah dia pulang ke rumah Maria. Dalam bulan puasa, Arun akan bersahur seawalnya bersama famili Maria dan selepas itu menggunakan alasan untuk berqiamulail untuk bersahur bersama Sofea dan anak-anak.
Tanpa pengetahuan anak masing-masing, Norman dan Sara mula berkawan rapat dan Johan dan Mona juga hampir keluar dating bersama. Suasana lucu dan janggal mula berlaku, apabila Norman dan Mona terjumpa ayah mereka ketika bersama famili Maria. Norman dan Mona mula menjauhi Johan dan Sara dan ini menyebabkan Johan dan Sara cuba berdepan dengan Norman dan Mona. Namun, mereka tidak sampai hati untuk memberitahu Johan dan Sara. Tapi telah merencana satu plot untuk mengenakan ayah mereka, sehingga Arun sendiri bercerita hal sebenar kepada Johan dan Sara.
Di samping itu, Kak Com yang pernah ditinggalkan suami untuk perempuan yang lebih muda telah berusaha memberitahu Sofea dan Maria. Bagaimanakah reaksi anak-anak dan isteri-isteri Arun bila mengetahui perkara ini?
Pelakon utama:
Jalil Hamid: Arun
Aida Khaleda: Maria
Rozita Che Wan: Sofea
Rizal: Johan
Intan Ladyana: Sara
Raja Farah: Mona
Kamal Adli: Norman
Maimon Mutalib : Kak Com
Penampilan Istimewa:
Zaibo: Mail
Nora Danish: Nora